My Wedding Story (#khairilnana) : Engagement Day


What better way to start off my first post with the story of my wedding day. Hee. Let's flashback to the day of my Engagement, shall we? I got engaged last year, on the 11th of April. Six days after my 24th birthday. Our initial plan was to have it on my birthday but was later postponed because ktorg baru je pindah rumah baru time ni, tak sampai 2 minggu lagi. Rumah pun still sepah tak sempat nak kemas. Time tu I dah berangan baikkk punya hadiah birthday dapat tunang seketul. Sekali tunda pulak. Tett.

Preparation simple je sebenarnya. Tapi sebab everyone contribute nak sponsor this and that, makanya nampak meriah la jugak. My engagement dais, I rent it from Kak Izza of @butik_tengkuq (Instagram). Her service bagus sangat and harga pun not bad, murah juga. Saya sangat sangat puas hati! She followed exactly what I want. I am a bit fussy when it comes to my dais, daripada sekecil-kecil detail sampailah sebesar-besarnya. The type of chair to use, how to tie the fabric in the background, what colour are my flowers and etc. Heh. And this was the result. I wanted simple, and simple was what she gave me. Exactly what I want. Perfect!


My hantaran, semuanya gubahan my aunties. Dorg yang pakat-pakat letak bunga and all. Saya langsung tak masuk campur. They put real flowers btw. Our hantaran 3 berbalas 5. Tak banyak pun coz our initial plan, memang nak simple. Tema hari pertunangan saya ialah, hijau. Sebab my dress pun hijau. Chocolate box ni we got it from my cousin's bakery shop in Puchong, called The Chocolate Mansion. I love it! So cute.


My adorable cupcakes were from my Mak Ndak in Shah Alam. She's awesome! I didn't have to tell her pun cupcakes macam mana semuanya dia yang buat. Saya tengok pun masa dekat atas dulang hantaran, I was like, my gosh lawa gila! If only I didn't have to give them away. Haha.


My beautiful hantaran cake was from Mak Ndak's friend. Cantik yang amat amat amat sangat. It was beyond my expectation! Tak sangka lawa sampai macam ni sekali. Saya bagitahu sikit-sikit je apa yang saya nak, tengok-tengok OMG lawa gila. I loved it so much.


Bakul buah pun cantik sangat! Haih geram betul. Their hands are amazing. Semua gubahan lawa-lawa.


This is my 5th dulang. Dah tak tahu nak bagi apa dekat KAM, so I bought him 2 shirts instead.


Ini pula dulang daripada pihak lelaki. They gave me Chocolates & Garret Popcorn, Birthday/Engagement Cake (Yes 2 in 1) as well as engagement ring. Cincin tak payah tengok la eh. PnC. Sorry.




Time sebelum rombongan sampai, sempat la berphotoshoot kat dalam bilik dulu. Ini baju hari tunang saya. Initial plan nak plain kosong je tapi tiba-tiba tah macam mana, ada pulak beads kat baju tu. Lol.


So the event officially started off with the arrival of our guests. Serious masa dorg update kat saya yang rombongan dah sampai, time tu la nak terkencing la, peluh ketiak la. Terus tak senang duduk macam kucing hilang anak.


And.. the discussion began.


Tapi sebenarnya walaupun tengah nervous gila, ktorg siap main main lagi kat atas. Practice macam mana nak sarung cincin kot! Hahaha. Gosh Fyna, what were we thinking? Muka habis tahan gelak tak nak bagi orang bawah dengar.


Dah habis discussion, dorg panggil saya turun. Nervous gila wehh! Serious rasa nak tercabut lutut masa turun tangga. Bercampur-baur perasaan time tu. Awkward, pelik, happy, segan, malu, semua ada.



Nenek KAM sarungkan cincin risik. Bila time ni alahai segan gila. Dah la semua orang pandang. I was like, what am i suppose to do now? Someone please help? Anyone?


Thank God for Fyna. Dia ada kat sebelah time ni. At least kalau segan boleh pusing belakang kengkonon cakap dengan dia. Hahah.


Then lepas sarung cincin risik, it was time to sarung cincin tunang. Ibu yang akan sarungkan. Walaupun dah banyak kali jumpa ibu, tapi this time macam lain macam sikit. Segan level seribu. Haa. Tetiba je terus bertukar jadi perempuan melayu terakhir. Lembik macam sotong I tell you.



Selesai sesi sarung cincin, semua tetamu pun menjamu selera. The rest of us, photoshoooooooot! Ngehehehe.





Family photo kali ni tak cukup sebab both of my brothers tak ada. Sorang dekat Melaka, sorang lagi dekat luar negara. Sobs sobs.



Both of my mothers.


The in-laws. 




You must be wondering, mana KAM dalam cerita ni? Haha. KAM tak datang masa majlis. Tapi dia muncul after selesai semua. Dapat la jugak bergambar dengan tunang baru. Eh?




I love this photo of us. Warna baju semua orang colorful sangat. Buat gambar ni jadi lawa. I framed it up on my bedroom wall. Hee.


Itu sahaja buat masa ni. Next part of My Wedding Story, preparation untuk majlis akad nikah. See you on my next post! :)

2 comments

Cik Raihana said...

Congrats Nana! Btw, just notice I know someone in that picture, Badrul & her mom. Her mom cikgu masa zaman kita dulu2. hehe.

Nana S. said...

Cik Raihana

Seriouslahhh? Haha.
That means you go to school around here jugak la kann.
Tak sangka kenal. Haha.