Recipe: Black Pepper Mushroom Gravy

Assalamualaikum!

Hai!
Korang semua dah lunch ke belum?
Kalau dah alhamdulillah. Tapi kalau belum, alalaa siannya.. Pergi la makan cepat. Nanti masuk angin pulak perut tu. :(

Cakap pasal makan, dah lama simptom masterchef dalam diri ini tak keluar kat Blog Nana ni kan. Dulu rajin betul. Bahaha. So hari ni, Masterchef Nana nak share resipi Black Pepper Mushroom Gravy.

Sedaaaaaapp! And omg sangat la senang. Sambil tutup mata pun boleh buat. Hahaha. Saya buat ni untuk family haritu, habis licin pinggan semua tak sempat saya nak makan pun. Sobs. :(

Bahan-bahan yang anda perlukan ialah:

  1. Cendawan butang (tak kisah dalam tin or raw punya)
  2. Tepung gandum (4 sudu besar)
  3. Air
  4. Black pepper
  5. Garam
  6. Kicap
  7. Olive oil (minyak masak biasa pun okay je)
So. Dah siapkan semua barang-barang di atas? Haa.. Then kita pergi amek pan then letak kat api dapur. Cara-caranya:

  1. Panaskan olive oil dalam pan. Kuantiti korang pandai pandai la bajet ye. 
  2. Goreng semua cendawan butang tadi. 
  3. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Bila agak-agak cendawan dah siap, masukkan tepung gandum.
  5. Masukkan air, kicap & black pepper. Then kacau kacau kacau kacau kacaaaaaaauuu je saaaaaammpaii la color gravy tu jadi macam color yang korang nak.
          *if nak color gelap, kacau lama sikit. Nak color terang, kacau sekejap je.
        *kuantiti air pun ikut kepekatan yang korang nak. If korang suka gravy cair, letak air lebih & vice versa.

Dah siap! Simple je kennzzzz. Pastu dah la sedap gila omg.


Korang boleh makan dengan apa-apa makanan yang korang nak. Be it spaghetti ke, roti ke, steak ke, anything la! Blackpepper mushroom gravy ni sangat flexible. Semua pun dia boleh masuk. As for me, saya makan dengan burger. Hee.


Burger yang tak cukup bahan. Wahaha. Lantak la. Asalkan boleh makan kann. Selamat mencuba! :)

6 comments

Nur Inani said...

sedapnyaa.. boleh try pasni :)

ubai ismail said...

nak try jugak laa ^^ cm sedap jeerr..

Nana S. said...
This comment has been removed by the author.
Nana S. said...
This comment has been removed by the author.
Nana S. said...

@Nur Inani sedaapp. try la! :D

Nana S. said...

@ubai ismail good luck! :)