Plaster Fun House, Empire Subang.

Assalamualaikum!


Kali ni saya nak cerita pasal my newly found favorite place, which is the Plaster Fun House!

Plaster Fun House ni ada di second floor di Empire Subang Jaya. Tak susah pun nak cari. Naik je escalator sampai atas then terus akan jumpa. Sebab dia betul-betul dekat tepi escalator. Masuk je dalam ni, korang sure akan pening kepala. Pening sebab tak tahu nak pilih yang mana satu. Semua pun comel comel, semua pun cantik cantik.



Bila jumpa menatang kecik kecik macam ni, terdetik dalam hati, "Eleh kecik sangat tak nak la tak thrill! Cepat je habis color nanti!" Padahal azab gila nak color. Juling mata weh. Tapi comeeeeeelll sangat. Siapa yang suka Marvel Heroes tu mesti suka yang ni.


If korang ni jenis yang artsy fartsy, pilih la plaster yang besar sikit. Macam-macam corak ada. Cupcakes, cars, horses, flowers.. You name it.



Haa.. dah pening kan? Tak tahu nak pilih mana satu kan? Bila tengok yang tu, rasa macam eh ni senang nak color. Tapi bila jumpa yang lain, eh yang ni lagi cantik kalau color. Lepas tu ternampak pulak plaster gambar kuda. Terus macam omg i want those! Tu belum jumpa plaster yang ada bunga lagi. -_-'


Kalau nak hadiahkan kat orang as a coin box pun boleh. Jangan bagi kat budak kecik sebab once dia baling or jatuh je, sure akan pecah. Penat je korang color lelawa nanti.


Oh ya, lepas dah jumpa plaster idaman hati korang, tengok harga kat bawah ye. Setiap plaster harganya lain-lain. It depends pada size and the complexity of the plaster.


Kalau nak dapat inspirasi boleh tengok pada dinding ni. Bermacam-macam jenis plaster ada kat dinding ni. Dah la semua cecantik pulak tu. My favorite is the purple horse! Serious rasa macam nak curik bawa balik. Heheh.


Oh ya, saya pergi ke sini dengan KAM. Dia punya cadangan, ktorg paint untuk each other then switch. Haha. Ini plaster yang KAM pilih untuk saya. Kemain ada love. Kita tengok hasil dia paint macam mana nanti.


Ini saya punya. Saya pilih untuk dia yang ada gambar bunga bunga. Wakaka. Sebab yang ni senang nak color! Selain daripada size dia yang kecik sikit, plaster yang ini tak ada those complicated detailings yang nak kena color sampai juling mata. Hihi. Senang sikit nak paint. Habis pun cepat sikit ye dak? Haha.


Lepas kita dah pilih plaster yang kita nak, take your seat and they'll provide you with the colours to paint your plasters. Don't worry, no charges for the colours. Plaster je korang kena bayar.


Okay, are you ready KAM? Lets paint!


Tengok. Kemain tau dia. Tekun gila sampai tak bercakap langsung! Hahaha. Terharu tau bila fikir dia semangat betul paint benda tu sebab nak bagi kat saya. Tak boleh silap sikit. Sure mengeluh sebab stress. Hahaha.


Ini saya punya separuh siap. Teehee. Dah lama sangat tak buat kerja-kerja artsy fartsy ni. Tangan dah keras gila. I cant remember the last time i held a brush. Or even a pencil, to draw. Haihh. Rindu zaman rajin melukis dulu. I wish I have more time. =')


He was so quiet sebab tekun sangat dok fokus kat benda tu. Nak bagi yang paling cantik kat saya katanya. As for me, I just go with the flow. Terasa nak color kuning, saya letak kuning. Terasa nak pink, mix kan color merah and putih. Habis cerita. Haha.


Saya punya dah siap! Hee.

Lepas kita dah siap kan, kita bagi kat pekerja kedai ni, then they'll dry out the paint using hairdryers for a few seconds. Then dorg akan spray something to it bagi dia berkilat sikit. The plaster akan bertambah cantik lepas dah shine bright like a diamond. Haha.


Tadaa! Inilah hasilnyaa. Sebab tak larat nak tunggu KAM siapkan dia punya lama gila, so saya tolong dia serba sikit. Haha. He was happy with his work of art. I was happy with mine. So we switched. Jadilah hadiah untuk memasing. Haha.


You guys should go try this too! Serious seronok to spend time sama-sama buat ni. Tak kisah la whether dengan family ke, kawan ke, anak ke.. Anyone! Come and bring them all together! This activity boleh involve semua orang. And kita boleh tengok tahap kreativiti masing-masing. Time ni la kita tahu whether kita tetiba ada bakat terpendam yang kita sendiri pun tak tahu pernah wujud. Haha. Ia boleh juga dijadikan hadiah birthday, hadiah friendship or apa-apa lah. Or kalau korang dah bosan asyik tengok wayang and window shopping je, why not try this! Its something different kan. Rugi kalau tak cuba.

Dear parents, please bring your kids. ESPECIALLY your kids. Teach them this. Let them be creative. Instead of main dengan all those gadgets and smartphones for 24/7. Okay? ;)

PLASTER FUN HOUSE
Empire Shopping Gallery, Subang Jaya
Level 2 S-05

Next time kena bawa kanta pembesar.
Juling.

Nak buat duit lebih? Drop a message HERE!

6 comments

norah said...

Ada cawangan kat JB tak? Boleh akak bawak anak-anak... mesti diorang suka...

Nana S. said...

@norah setahu saya kat situ je kak. :/

Afiqah said...

nana nananananana....... rinduuuuu laaa

Nana S. said...

@Afiqah aww rindu dia jugakkk :)

Mar Mansor said...

menariknya tempat ni..teringin..

Fatirah said...

cantiknya tempat ni..simple dan teratur je:)