UTM CAREER CARNIVAL 2014

Assalamualaikum!

Hai kawan-kawan semua.
Blogpost kali ini special sikit. Sebab saya nak promote program yang saya terlibat iaitu:

UTM CAREER CARNIVAL 2014


Apa yang istimewanya Career Carnival kali ni?
Sebab saya ada! Because.. it is the largest Career Fair in UTM JB and the admission is free tau. YES! FREE! Dah lah paling besar, paling gah, paling awesome, lepas tu free pulak. Ish ish.. Rugi sangat kalau korang tak pergi. Especially kepada kawan-kawan saya yang warga UTM ni. Inilah peluang keemasan korang untuk cari peluang pekerjaan. Tak lama lagi kita semua dah nak graduate dah. Mesti nak cari kerja cepat-cepat kan? Mesti nak kumpul duit kan? Mesti nak kahwin kan? Eh?

Ehem. Meh saya nak cerita serba-serbi pasal UTM Career Carnival 2014 ni. Ianya akan berlangsung pada 6-7 Mei 2014 bersamaan dengan hari Selasa & Rabu ni. Yes, esok lusa je tau. Jangan lupa pulak. Bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM, bermula dari pukul 8 pagi hinggalah ke 5 petang.


Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah exhibitions daripada company-company yang terlibat, Career Talk, Luncheon Talk, Walk-in Interviews, Q & A Sessions, and banyak lagi.

Lebih kurang 50 buah syarikat dari serata Malaysia yang akan hadir untuk event ni. Mereka terdiri daripada Schlumberger, Dialog Corp, Onesubsea, Maybank, Toyota, Finisar Malaysia, Nestle, Baker Hughes & baaaaaanyakkkk lagi. Kalau nak list satu-satu memang panjang berjela la jawabnya. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, kena la datang DSI UTM 6-7 May ni.



Untuk makluman korang, Career Talk itu ialah suatu aktiviti di mana wakil daripada setiap company akan bagi ceramah atau pendedahan tentang membina karier di syarikat dorg la. They will share their experiences, apa yang mereka cari and etc. Korang pun boleh tanya any questions yang korang nak kepada wakil-wakil syarikat tersebut. Kiranya, kalau ada soalan yang dah lama terbuku dalam hati nak tanya pada mereka yang lebih berpengalaman, silakan. Kehadiran anda amatlah kami alu-alukan. Bawak sekali kawan-kawan satu kelas. :)


Di atas ialah jadual untuk Career Talk yang akan berlangsung pada kedua-dua hari tersebut. Korang boleh rujuk jadual nak datang untuk sesi yang mana satu. Make sure jangan terlepas! Sebab lepas ni tak ada dah Career Carnival 2014. Kena tunggu tahun depan la pulak untuk Career Carnival 2015. Haha. Oh ya, lebih kurang macam ni la keadaan semasa Career Talk itu nanti.


Nak tahu pulak Luncheon Talk tu apa? Luncheon Talk ialah satu sesi di mana, sambil makan lunch nanti, akan ada sharing session dari wakil company juga. Kiranya, lebih santai la. Sambil makan, sambil sembang. Haa. Seronok kan boleh mingle dengan orang-orang hebat macam ni? Takkan korang tak nak? Time ni la nak ambil hati, nak bodek, nak kipas, supaya dorg akan lembut hati untuk ambil korang bekerja. Betul tak? Bukan senang nak dapat peluang macam ni. ;)

Haa.. ini lagi satu yang korang perlu tahu. Di setiap booth certain companies juga akan ada sesi temuduga secara walk-in tau. Sila la bawa resume masing-masing. Time ni la korang nak promote diri, jual diri & yang seangkatan dengannya. InsyaAllah if korang perfom elok-elok time interview, mana la tahu nanti dapat terus kerja kan? Wahh. Best kot!


Makanya janganlah anda tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi sebab tak mahu menjejakkan kaki ke Dewan Sultan Iskandar UTM pada 6-7 May ini nanti. Sesungguhnya peluang sudah terbentang luas di depan mata. Tinggal korang nak tak nak je. Sila tepuk dada, tanya diri sendiri.

Untuk maklumat lanjut boleh tengok sini:

You'll see me berkeliaran keliling dewan.
See you there!

No comments