ASHH&ANNAS Boutique Launching

Assalamualaikum!

I'm probably the last person on earth to update on this. 

Teehee.

Maaf dah lama tak update blog. Masa tak mengizinkan & few days ni, kesihatan pulak tak mengizinkan. Sekarang Alhamdulillah semakin baik. Masa pun curi-curi sekejap sementara tengah tak mengantuk lagi. And kucing-kucing kesayangan tak mengada nak ikut tidur dalam bilik.

By the way, hari Sabtu lepas, 29 Mac 2014, saya pergi Ashh&Annas Boutique Launching. Bertempat di The Strand, Kota Damansara. 


Butik dibuka seawal pukul 10 pagi tapi assistant Annas kata, customers dah beratur di luar since pukul 7 pagi lagi tau. Hebat gila penangan Ashh&Annas ni!




Haa.. gila tak gila Ashh&Annas Boutique Launching ni. Ramai gila orang kerumun! 

Nak tahu tak apa yang semua orang dok gilakan sangat tu? Skirt & Square Tudung la of course! Cantik sangatttt. Boleh sawan tau. Meleleh air liur tengok. T_T





Saya sebab ada hal je pagi Sabtu tu, if tak, saya pun ikut beratur sekali. Hihi.

Saya datang dah lewat petang dah. Dalam pukul 6 petang macam tu. Orang pun dah tak ramai macam awal pagi. Tapi yang sedihnya, skirt yang saya nak pun dah habis! T_T


Tengok lah. Glitter skirt tinggal colour ni je. 




Flare Skirt dah habis. Square tudung dah habis. Mermaid skirt pun dah tak banyak stock. Sedih sangat. Tapi tak apa lah.. Tak ada rezeki kan. Redha je la. Haha. 

Yang bestnya, saya jumpa Ainul Aishah kat sana. Terubat la sikit jiwa raga ni. Hihi. Sebelum ni pernah jumpa dia time photoshoot majalah Dara.com (baca: Me In Dara.com). Kak Ainul ingat kita lagi. Yayy! =')


Kalau pergi Boutique Launching, haruslah tangkap gambar dengan owner butik kan. Ini lah dia, Annas. Ataupun lebih dikenali sebagai Annas Easkey, salah seorang photographer Malaysia yang talented gila.

Sebelah dia tu saya tak tahu siapa. Annas tarik dia sekali.

Walaupun muka habis sememeh and pakai pun habis selekeh sebab dari luar terus datang sini rushing gila but I'm happyyyy. Seronok sebab dapat datang butik Ashh&Annas yang sangat cantik ni. And I got myself 2 Mermaid Skirt yang OMG cantik gila tak sabar nak pakai.


Check out other photos kat link di bawah ni. Sesetengah gambar di atas pun diambil dari sana: 

Instagram kedai: instagram.com/ashhannas
Instagram tuan kedai: instagram.com/annaseaskey

Congrats Ashh & Annas on your boutique!
Semoga terus maju

2 comments

Norra Abdullah said...

Sebelah dia tu pelakon, Ahmad Nabil. Dia berlakon dengan Koe Yeet dalam movie pendek tajaan Samsung.

Boleh tgk kat youtube, "Wind Chimes in a Bakery" Sweet gila cite tu.

Nana S. said...

@Norra Abdullah oh ye keee? ahaha. sorry la tak kenal dia. >_<

thank you by the way! ;)