My Trip To Hong Kong (Part 3)

Assalamualaikum!

HONG KONG DISNEYLAND!!!!

Okay dah habis mukadimah. Haha. Tengah tulis ni pun excited kemain nak cerita pasal HKD. Best gilaaaa. I felt like a kid again. =')

Okay, before that, before saya cerita about the Disneyland Park, cuba teka ktorg buat apa dulu? Check in hotel! Hee. Be jealous people. Be very jealous. Ktorg duduk kat Hong Kong Disneyland Hotel (HDH). Our tour guide, Mary kata HK Disneyland Hotel lagi best berbanding hotel lagi satu, iaitu Disney's Hollywood Hotel (DHH). If korang datang sini, silalah pilih HDH. Serious sangat cantik, sangat exclusive, sangat best, sangat tak boleh lupa.











Awina & I decide untuk tinggal dulu beg kat concierge and check in bilik after balik from the park. Ktorg ambil 2 Days Pass sebab lagi murah and plus, sehari memang tak cukup nak tawaf Disneyland sebab sangat besar and you surely wanna catch all of the shows and naik all of the rides kan. Maka, silalah upgrade ke 2 Days Pass kalau korang datang sini ye.



Lepas dah settle bag, settle registration bilik, said goodbye to Mary, ktorg pun berlari-lari keluar hotel untuk pergi ke Disneyland Park. Haha. Untuk ke sana akan ada shuttle bus yang akan datang every 10 minutes. Ni jadualnya but it might vary from time to time.


Kita dah ada depan main gate Disneyland Park! Huishhh excited mengalahkan budak kecik tau. =')


Mak abah, thank you bagi kakak pergi Disneyland sorang sorang padan muka adik adik semua tak dapat ikut! Padan muka! Padan muka! BAHAHAHA.


Kalau kita yang dah besar ni pun bila jumpa semua Disney characters akan rasa excited, bayangkan la budak kecik macam mana. Ramai budak kecik sanggup beratur tunggu lama dengan gown princess warna pink dorg tu. Comel sangat. Kita yang dah besar ni main tipu tangkap gambar kat luar pondok je. Malas beratur. Kekeke.


One thing yang korang WAJIB buat bila datang Disneyland, ialah tengok their parade. Flights of Fantasy parade ni best gila. Best gila! Seronok sangat sebab nampak depan mata all of the cartoon characters yang you watched during your childhood days came to life. They're dancing in front of your eyes. All of Disney's princesses pun Ya Allah cantiknya! I wanna be a princess too. Teehee.




Lunchtime! Don't worry. Dalam Disneyland Park ada makanan halal. Pergi je ke Tahitian Terrace. Nasi lemak tau. Its like you never left home. Haha.



Oh ya, one thing yang korang wajib naik ialah Jungle River Cruise. Seronok. Binatang yang ada semua pun nampak sangat real. Saya tak sempat nak naik ke Tarzan's Treehouse. If korang pergi, naik tau. Janji? ;)



Mystic Manor pun wajib naik tau!






Show ini namanya Stitch Encounter. Its never the same show twice. Comel gila. Gelak-gelak ktorg semua dalam tu. Experiment 626 is hilarious. And adorable! >_<


At 8.00pm, every rides yang ada kat dalam Disneyland Park ni akan ditutup untuk beri jalan pada fireworks. Ini pun you cannot miss. CANNOT! If you come to Disneyland, please stay for the fireworks. You'll never regret it I promise. Cantik sangat tau.




Tapi kan.. the moment habis je fireworks..


Perghhh! Orang berpusu-pusu keluar. Kalah tin sardin. Ni saya pergi bukan public or school holidays tau. Bayangkan kalau time tengah cuti macam mana. Leper. T_T

Ktorg berebut jugak untuk balik cepat sebab dah buat reservation dinner dekat Walt's Cafe. They serve halal foods. Ada nasi tau. Kenyang sangat malam tu. Hihi. Alhamdulillah.


And then.. this is the best part. Mohon korang semua jealous berjuta-juta lemon.

Drum roll please..


Ktorg dapat bilik suite time check in! SUITE! Free upgrade! Woohooooo! Hahaha. Berlari-lari ktorg dua masuk bilik. Siapa tak excited weh datang Disneyland bayar untuk harga bilik biasa tapi tetiba rezeki Allah bagi, ktorg dapat bilik suite. Dua orang je hokay. Ktorg berdua je, tapi dapat suite. Melompat-lompat dalam bilik. Bahaha. Seronok beronok ronokk~









Siap ada nama lagi tau kat dalam tv. Terharu sangat. I love you Hong Kong Disneyland Hotel. Hahaha.


Ini view from our suite. Ecewahh. =P


Lepas tu ktorg shopping souvenirs kat kedai Kingdom Gifts dalam hotel. No worries if tak sempat shopping dalam park. Kat hotel pun ada. Harga pun sama je.




Masuk bilik, tidur sengih je sebab dapat bilik besar. Kekeke.

Next post Disneyland Day 2 
and Sky 100!

2 comments

Zila Zainal said...

hai nana! welcome to hong kong! ekeke.. best kan disneyland.. hubby keja sana.. so every two weeks i gi sana.. oh by the way, dah follow ur blog! :D

Nana S. said...

@Zila Zainal bestnyaaaaaaaa every two weeks pergi sanaaaa. JELES GILAAA! haha. k over. :P

oh and and, thanks follow kitaa ^_^