KAM's suprise birthday party!

Assalamualaikum!

Hai semua! Hee.
Lama sungguh tak jenguk blog kesayangan ni. Untuk post ni nak bahasakan diri 'kita' la. Bahaha.

Kita ada benda nak cite ni. Semalam (6 Februari) seronok sangat tau. Sebab kan.. sebab kan.. once again, kita berjaya meng-suprise-kan KAM for his birthday! Woot woot! Bestnyaaa suprise menjadi! Penat berlakon tau dak? Haha.

Tahun ni kita fikir cam, okay la buat lain sikit. If tahun tahun sebelum ni ktorg celebrate berdua je (baca: Ada Apa Dengan 16 Februari? & Ini Bukan Valentine's Day & Another Suprise!), and ada jugak yang sengal sengal sampai macam ni (baca: Kek Buat Yang Tersayang) so tahun ni nak buat dengan kawan-kawan dia la. Then, kita pun cari la contact number kawan dia one by one. BEHIND HIS BACK OKAY! Hahaha. Kadang-kadang tu nak reply whatsapp, tengok dulu nama recipient takut tersalah tulis kang kantoi susahh. 

Kita dah plan dengan kawan-kawan KAM since January lagi. Nampak tak semangat berkobar-kobar kat situ? Haha. Tapi terpaksa buat awal sikit la sebab nanti nak balik Johor dahh. I told them about my plan and they're all on board. Tapi sedih jugak la sebab kawan-kawan perempuan dia semua tak dapat datang. So i invited mine untuk jadi teman sembang. Hihi.
**
Petang tu dalam pukul 5 kita datang untuk setup decorations, hantar cake and everything. Semua buat sendiri tau! Nasib baik ada adik boleh angkut sekali untuk tolong. Senang sangat kerja dia. Tolong potong cellophane tape and tampal number Lucky Draw kat meja. Lain semua kita buat sendiri, gantung sendiri. Temanya biru. Ni la hasilnya:

From this:


To this:




Hee. Semua decorations kita buat by hand tau. Tiap-tiap malam sebelum tidur, mesti tengah balut hadiah or lipat bunga. =P

Sebelah malamnya, kita konon-kononnya ajak KAM pergi dinner berdua je la. "Tapi i nak pilih tempat boleh?" Dia agree je. He didn't see it coming. Duh! Haha. Once dia masuk je restoran tu, terkejut badak dia nampak semua muka kawan-kawan dia. Haha.

Ini screenshot dari video time KAM masuk. Dia keluar balik. Bahaha. Boleh nampak la kat muka dia yang dia terkejut & happy sangat. Aww. Priceless tau. I'd do it all over and over and over again. =')


Dia tak sangka sangat. And he was like, "Kawan-kawan i tu i jumpa hari-hari kot. How can they do this?!" Haha. Baby, I hired pretty good actors to play the part. Wakaka.

Dorg kat bawah ni semuaaaa dah tahu plan dari awal. Bangga sangat dengan dorg for being too awesome. Haha.



Kek ni KAM suka sangat. Dia kata lawa and sedap. His friends pun said the same thing. Thank you Shakira! Full story pasal kek tunggu next entry ye. Panjang cite. Haha. 


He's a big boy now. Im so proud of you. =')


Then makan makan lah. Lets skip that part shall we?




Next: Lucky Draw!

Kita pergi holiday kat Hong Kong before Chinese New Year hari tu, so kita memang dah beli siap-siap souvenirs untuk guests suprise party ni nanti. And to make it interesting, kita buat la lucky draw masa party ni. Nasib la siapa dapat souvenir apa. Haha! Of course la guest of honour, KAM yang kena cabut lucky draw. The result serious buat ktorg gelak gila! Ada yang barang perempuan dapat kat lelaki & vice versa. Hahah.


Ini after dah habis lucky draw. Masing-masing tunjuk hadiah. Haha. 

Lepas tu ada sesi baca kad. Kita buatkan KAM satu kad then bagi semua orang tulis ucapan dalam tu. :)


Oh. Nak tahu tak ktorg duduk kat restoran ni sampai pekerja dia halau tau. Mula-mula angkat pinggan satu satu, lepas tu bagi bil, tapi ktorg still tak paham bahasa sampai la dia cakap ktorg nak kemas nak tutup dah. Baru bangun. HAHAHA!






And last but not least, gambar ktorg berdua. Hihi. >_<


Thank you semua yang datang, yang tolong, yang.. semua lah. Kita seronok sangat dapat buat someone happy. And in this case, him la. :) 

p/s: Next post nanti kita cerita from A-Z pasal decorations and etc ye. Semua buat sendiri tau. Korang pun boleh buat! Nanti kita tunjuk tutorial.

Kokopelli Travellers Bistro PJ.

2 comments

Qura said...

So sweet sis! Cepat-cepat kahwin!

Nana S. said...

@Qura insyaAllah. haha doa2 kan ye :)