KAM's suprise birthday party: The Planning

Assalamualaikum!

As i promised, post kali ni akan mengisahkan tentang the background story, the behind the scene, the planning, the.. whatever you wanna call it lah, about KAM's suprise birthday party few days ago. Im sharing this with ya'll sebab mana la tahu it might help if you're planning a suprise birthday party or out of ideas nak buat apa for your special someone ke kan. Ha. Wait, if you're feeling lost, read this post first okay? KAM's suprise birthday party! 

Done? Alright, first off:

The Venue.

Sebenarnya nak pilih tempat pun saya dah pening kot. Seriously. Haha. I wanted to find a place yang ada nice ambiance, makanan sedap, no bad reviews and etc. Lastly, I picked out Kokopelli Travellers Bistro dekat PJ as suggested by one of his friends. 









Apa yang buat saya suka about Kokopelli is because they have a separate room for 10 people if you wanna do a private event. Its better that way coz nanti if kita tengah nyanyi lagu birthday ke, potong kek ke, tangkap gambar or apa-apa, tak ada mata yang meliar pandang pandang. I dont like that. That's why saya suka Kokopelli for having this room. Haha.




Saya angkut sekali adik datang teman masa buat reservation few days before the event. Haha. Seronok betul bila ada orang tolong pegangkan handbag. Wakaka. =P

Oh and one more thing yang saya suka about Kokopelli is because of their famous dessert: Creme Brulee. Setiap review yang saya baca on the web meeeeeesti cakap pasal this particular dessert. And KAM being KAM, he's crazy for anything based on Creme Brulee. Good thing I know his favourite! Haha. So its totally a big plus. Antara salah satu sebab juga kenapa saya pilih Kokopelli. :)



What's that you asked? Price range? Plus minus lebih kurang macam standard Secret Recipe sahaja. Kokopelli serve western foods as well as masakan melayu. Even pastas pun ada. Pilih je apa-apa yang korang nak. InsyaAllah sedap. :)

Next, The Decorations.

Saya buat simple decorations je. Balloons, paper flower for table centerpiece, flower pom poms and happy birthday signs using paper. Just, paper. Basically all of my decorations are based on papers. Haha. Very cheap and very easy to do. But hasilnya omg sangat cantik. SERIOUSLY!


Flower pom poms ni actually boleh buat sendiri. Beli tissue paper (bukan tisu muka dalam kotak tu eh!) then potong la panjang-panjang. But saya pemalas, pergi beli je dekat Kaison ada jual. RM1 je hokayy. Murah gila. Pergi la beli banyak-banyak hias bilik sendiri. Follow the instruction dekat pembalut.


Paper flower.

Ini pun saya belajar di Youtube. Beli Crepe Paper kat kedai buku and you can make thousands of them depending on what size you want. Ini la hasilnya. Everything done by hand. Sambil tengok TV je saya buat ni. Very simple. Korang pun boleh buat. 




Bekas untuk table centerpiece ni saya pinjam mak saya punya. Dah save budget kat situ. Hihi. Batu biru beli kat Hinode Shop.



Helium Balloons.

Balloons I bought from Balloon Buzz. Service sangat bagus, balloons sangat cantik & hasilnya pun sangat puas hati. Mulanya saya pilih balloon colour monotone je. But then terfikir, wouldn't it be nice if ada colour lain lain? So saya pilih shades of blue. Kan cantik dalam gambar. Ada biru gelap, biru terang, putih. Lawaa. Try la dengan colour lain! Sure cantik dalam gambar.


Happy Birthday sign.

Saya lukis setiap huruf atas paper and potong then lekat onto another paper. Then gantung guna benang. Bahaha. Ye saya guna benang. Why? Sebab benang sangat halus so tak nampak la macam kena gantung. Bagi effect floating sikit. Wakaka. And benang very cheap coz saya ambil mak saya punya je. HAHA.


The Cake.

I ordered the cake from a good friend of mine, Shakira. Dia memang ada buat business Cuppycakes by Shakira Sahil. Dia layan je saya yang kejap tukar design cake macam ni, kejap macam tu. Even nak letak candles dekat mana pun saya buat dia pening kepala. Hahaha. Sabar je Shakira. Oh and I specifically told her to leave the top empty, tak perlu letak Happy Birthday sign or etc coz I'll be doing it myself. I love doing everything by myself. Kalau boleh kek tu pun nak bake sendiri tapi tak cukup masa pulak. Heh. :)



Ini Happy Birthday sign yang saya buat by hand untuk diletakkan atas kek as you can see in the photo above. Saya cuma guna benang, small pieces of paper, glue, cellophane tape & kayu lidi 2 batang. Dah siap. Very easy and very nice effect. Cuma dalam gambar atas tu senget-senget la pulak. -.-


The Door Gift.

Yes, I prepared door gifts for my guests. Cake In Jars ini pun saya order a dozen from Shakira. I specifically told her to do everything in blue. Coz temanya biru. So dia pun buat la cake Blue Velvet. Why cake in jars? Because I've always wanted to eat one (because they're so pretty hee!) so saya buat la untuk event ni. Every guest ambil satu untuk bawa balik. 


Activities during the event.

This totally depends on you. You're the party planner. Apa yang korang nak buat untuk menceriakan keadaan? Apa yang korang nak buat untuk make the party interesting and memorable? Nak play games? Sure! Macam-macam jenis game boleh main. Contohnya charades or music chair. Tengok pada kesesuaian tempat, tetamu and also waktu party dibuat ye.

For me, the party tak ada game sebab saya dah buat Lucky Draw. I bought a few souvenirs from Hong Kong masa pergi holiday before CNY hari tu. Cut out small pieces of papers then tulis nombor from 1-10 depending on how many of your guests are coming. Then tulis pulak jenis souvenirs yang ada. Then saya suruh KAM yang cabut. The result serious best. Everyone berebut hadiah paling besar. Haha.




Alright, setakat ni je post kali ni. Habis dahh explain semua. Hihi. I hope this helped! Yang penting, be creative! Think out of the box. Tak kisah la kalau guna recycled paper sekalipun yang penting, hasilnya cantik. And, yang penting, you did it by yourself for someone you really care about. KAM terharu gila bila tahu semua benda saya buat sendiri. Even his friends and my friends pun tak percaya yang saya buat table centerpiece tu by hand. They thought itu Kokopelli punya. No way man! Haha.

Here are some infos kalau korang nak refer:

Balloon Buzz: Ballon Buzz Party Centre (Facebook)

Cuppycakes By Shakira Sahil: @shakirasahil (Instagram)

Kokopelli Travellers Bistro: Map
Operating hours: 12-3pm & 6-11pm.

Good Luck!
Hope I inspired you guys. :)

1 comment

Unknown said...

Hi All,

Kokopelli Travellers Bistro had moved to a new bigger place at No 1, Section 14/48, Section 14, 46100 Petaling Jaya. Our new phone number is 03-78767505.

Have a great day!