CalaQisya JB Boutique Launching

Assalamualaikum!

Hai! Happy New Year 2014! *insert fireworks here*
Hehe. Boleh la tu. Lambat 8 hari je kan. >_<

Nak cerita ni, nak cerita ni.. tapi cerita 2 minggu lepas punya la. 
Basi sikit dah. Hahah. -__-" Sedihnya sekarang ni tak ada masa langsung nak update. Biarlah. Janji post. 


Saya pergi Boutique Launching CalaQisya di JB dengan lagi dua ketul kawan. Bahaha. Dua orang. Dua orang. Mimi & Jua. Yayyyy! Seronok gilaa. My favourite boutique in the whole wide world finally ada dekat dengan UTMJB. Tak payah tunggu balik rumah baru boleh shopping. Sebab dekat sangat. =')

Serious cakap, masa opening dia ramaaaai sangat orang. Itupun saya pergi dah lewat petang sikit. Kalau pagi tak tahu la sesak dia macam mana. 


Saya dah lama aim Lacey Ara Jubah. Selalu kalau nak beli je, mesti tak ada size. Ataupun, singkat. Nyampah betul kalau size macam giant ni tau. Haha. Lepas dah belek-belek tengok, saya berkenan sangat dengan satu LAJ ni. Terus beli. Tapi bukan untuk diri sendiri. Rahsia. Hee.



Ini koleksi Maggie Shawl. Saya ada banyakk sangat Maggie Shawl and segala jenis shawl belit-belit yang lain tapi sekarang ni tahap kemalasan amat sangat la tinggi. Pakai tudung syria je senang. Sarung, dah siap. Tak payah pin, tak payah iron. Hahah.

Ahem. Back to the story.





Baju-baju yang ada kat sini pun lawaaa. Kalau la time ni nafsu shopping saya menggila, memang dah borong habis semua. Tapi Alhamdulillah, saya behave. Good girl sangat tau. =')




Oh oh oh! I didn't tell you the best part! 
Saya jumpa Baby Hanaaaaaaaa! 


Ya Allah comel sangat diaaa! I was the first yang pergi kat Uncle Khairuddin, 

"Boleh tak saya nak dukung?"

AAAAAAAAARRRGHHH! Comel macam nak telan telan je budak ni. Time ni memang excited tahap tera. First, sebab dah lama tak jumpa baby. Haha. Second, sebab omg baby ni comel gila i cannot tahan any longer! Haha.


Lepas dah puas gomol and camwhore dengan Hana, ktorg pun balik. Tapi sebelum tu, haruslah bergambar depan kedai kan. Sweet sangat concept kedai dorg. Dekat Shah Alam pun comel. Suka la!


CQ buka 11am-8pm setiap hari except Isnin.
Ni alamat CQ JB:

18, Jalan Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.
(Belakang Jakel dekat dengan Angsana Mall)

Nak tengok post CQ Shah Alam Boutique Launching?
Klik SINI & kalau nak tengok video opening klik SINI.

No comments