Raya Open House with Friends ♥

Assalamualaikum!

Raya + Weekends = Open House
Raya x Food = Buncit.
Raya + Open house = Friends.
Open house + Buncit + Friends = Extremely happy!

So to achieve extreme happiness, mestilah wajib pergi ke setiap open houses yang telah dijemput. Haha. 

Ahad lepas, saya mulakan dengan rumah Zhafir dulu. Kawan baik time sekolah menengah. Selalu pergi rehat sama-sama kot dulu. Eh tetiba jumpa pulakkk kawan-kawan sekolah yang lain. Lama gila tak jumpa semua orang!


Apa lagi, lepas makan, photoshoot la. Bahaha. Bukan senang nak jumpa ramai-ramai macam ni. =')


Bila dah habis sekolah ni kan, no matter if kita rapat dengan orang tu ataupun tidak, if dia satu sekolah, mesti excited nak jumpa dia sekali. Cerita zaman sekolah dulu mesti lupa terus. Well at least, for me macam tu la. I don't know if it applies to everyone else. Haha.


Gambar di atas, ialah Shida. Classmate masa ambil Pendidikan Seni Form 5 dulu. Ahhh.. rindunya nak melukis lagi. Tangan keras dah ni.

Gambar di bawah, ialah Adrin. Classmate masa Form 4 & 5. Blurr macam dulu jugak Adrin ni. Cecomel je la. Haha.


This is Waie. Bukan classmate. Tapi saya baik dengan dia dari dulu lagi. He's fun to talk to. :)


Ini pula Fazrul. BFF sangat kottt time Form 3. Pergi mana-mana je mesti dia ada. Lama sangat tak jumpa. Rindu nak sembang, menganjing, mengejek, gelak-gelak sama. Glad to know he's still the same Fazghul i used to know. =')


This is Fyna. Kembar lain mak bapak. Haha. We've been friends since Form 1 and melekat sampai sekarang. She's like a sister I've never had. Pinjam baju? Make up? Kasut? Semua dah. We can even finish each other's sentences. I love you Fynaaa. ♥


Ini ialah Zhafir. Tuan rumah. Haha. I love our photos below. Tukang ambil gambar suruh ktorg buat gaya lain sementara dia snap. Tengok tengok gaya ketiga ktorg buat sama. Terus masing-masing gelak lepas tu. Haha. Sekepala sangat.


I love these two amazing people. We've been friends since highschool and InsyaAllah sampai bila-bila. Kalau Syahir ada, mesti dah cukup dah bergambar 4 orang. Macam dulu duluuuu. =')


Next house, saya pergi ke Wangsa Maju, KL. Ke rumah Din, classmate UTM. Konon nak konvoi dengan the girls, tapi hampehh tak jadi pun. Saya yang lambat. Wakaka.


Mereka ini classmate UTM dari Tahun 1 lagi. Dengan dorg ni tak segan langsung. Cakap la apa pun, tak hairan dah. Haha. Even kalau makan pun, tak ada nak cover ayu or sopan bagai. They're like a family to me. Family AIW. :)


Lepas tu ke rumah Aizat, the tallest in the photo above. Saya dah kata, saya tak malu langsung dengan dorg. So bila datang rumah, usung balang kuih ke hulu ke hilir pun takde hal. Wahaha. Kuih mak Aizat buat sedap! I can't resist myself. >_<


Sampai malam kot saya pergi open house. Waktu siang perut dah disumbat dengan macam-macam makanan, imagine la size perut kecik saya ni dah mengembang macam mana. Wahaha. Kecik okay. Kecik.

Sebelah malam jumpa kawan-kawan sekolah yang lain pulak. Rindu yang amat sangat dekat semua oranggg. =')



We even sempat buat reunion kelas 6C waktu sekolah rendah. Haha. And flashbacks on our memories sama-sama dulu. Gelak sakan bila buka cerita pasal zaman budak-budak dulu kot. Nak tahu takk yang masa sekolah rendah dulu, I was a librarian okay? HAHAHA. Bayangkan la how nerdy-ish I was dulu. =P


I knew some of the people in the photo below even before puberty lagi. Alhamdulillah we're still friends eventhough bertahun tak jumpa. Its like nothing has ever changed. I hope it'll remain that way. =')


My dearest girlfriends. ;)
Ada yang still single. Want me to introduce? Bahaha. Tettt.



My guy friends.
Masing-masing sekarang makin handsome dahh. Banding dengan zaman sekolah dulu, selekeh je. Haha!


Photo below, saya tengah tengok apa Armand & Fazrul did to my ipad. They hijacked my ipad sukehati. -.-


And later i found this photo on my ipad. Way to go guys. Way to go.

LOL. 


Sengal tak sengalnya dorg ni. Believe me, this is not the only one. Banyak lagi. Haha.
(NASIB LAAA GAMBAR KORG DAH MASUK BLOG! MUAHAHAHA)

Group photo is my most favorite part bila ada berjumpa kawan-kawan. Because then, one day, you'll be able to look back and reminisce about this very moment. To me personally, a group photo is the most special and the most beautiful. It tells everything about the relationships between the people in the photo. Err.. Tak tahu la macam mana nak explain. Haha. :)



Sakit perut and tekak saya malam Ahad haritu sebab sembang and gelak banyak sangat. Haha. Tak sedar langsung dah lewat malam. Sampai terlupa yang esoknya Isnin & saya kena kerja. If tak, mesti dah sembang sampai ke pagi.

I love each and every single one of my friends. No matter how silly, weird or crazy they may get, thats what make them special. Every individual holds a special place in my heart. Sayang korg sesangat la. =')


This weekend, ada open house lain pulak. Yayy! Can't wait!

Kita kalau berkawan dengan orang biar ikhlas.
Jangan ada langsung perasaan hasad & dengki tu, okay? :)

No comments