Media Prima Open House Raya

Assalamualaikum!

Dah lama tak update blog, tup tup muncul je nak cerita pasal jumpa artis. Bahaha. Sorry bro. Heheh.

Last 2 weeks saya dapat invitation via email untuk ke Open House Media Prima ni. Excited kemain wehh nak pergi. Siapa takk?! Best kooooottt. Haha. Terus angkut lagi 2 ketul kengkawan saya pergi hari Jumaat lepas. =D

Sampai je sana, driver drop off kat depan pintu entrance. Ecececeyyy..


Pastu masuk je kat Grand Ballroom ni, perghhhh ramainyaaaa manusia!


Pastu siap ada persembahan lagi. Cecomel sangat dorg ni menari. :)


Ada juga booths dari NTV7, TV9, NSTP & etc. Dekat booths ni, ada macam-macam contest & hadiah menarik untuk dimenangi. Saya pun ada try jugak. Saya pergi booth HotFM, main charades untuk cuba menang RM1k. Hihi.




Ini pula bahagian dalam ballroom. Ramaaaai. Cuba teka berapa orang ada dalam gambar. Haha. =P


Selepas dah makan, isi perut penuh-penuh, saya pergi serbu artis-artis yang datang. Ramai ada! Saya jumpa Zed Zaidi, ND Lala, Marsha and ramai lagi tapi sedih, sebab tak sempat nak bergambar pun. Sempat bergambar dengan mereka di bawah ini sahaja:


Diana Amir yang lembut sangat orangnya. Cakap pun baik je. Haihh. Kalau saya lelaki, dah lama jatuh cinta. Haha. Tett.


Arash Mohamad ni tinggii sangaaatt. Rasa kecikk je berdiri sebelah dia. Haha.

Gambar di bawah, saya dengan Shaheizy Sam yang super duper comel yang amat. Wehh, comel gilaaaa! Patut la ramai orang minat dia. Rasa macam nak pengsan je bila cakap dengan dia. Haihh. Comel sangat. >_<


Kawan-kawan saya cakap, gambar saya & Zain Saidin ni macam matching pulak sebab dua-dua pun kuning. Hahah. Marah Che Ta nanti.


Dah ambil gambar dengan Zain, haruslah ambil gambar dengan Che Ta kannn. Haha. Kebetulan pulak time tu Zalif Sidek & Nelydia Senrose pun ada sekali, saya pun ajak dorg join. Cantik sangatt Nelydia ni!


Bila ada Nelydia, of course la Uqasha pun kena ada. Uqasha ni pun lembut sangat orangnya. Baikk sangat. Cantik pulak tu. Untung Pekin Ibrahim. ;)


Saya hampir-hampir tak kenal Sam Bunkface ni sebab dah tukar imej. Nasib baik tak salah tegur. Kalau tidak buat malu je. Bahaha. Sebab kan, sebab kan, saya cam Paan. So I thought, that must be Sam. Hihi. I was right. And Sam were soooo cute! Haihh. Meltinggg~


Kak Yong a.k.a Yana Samsudin ni amatlah busy. Bila nak minta bergambar je mesti ada wartawan nak interview dia. Ini pun saya kacau dia masa dia baru je duduk. Haha. Saya cakap tak payah berdiri. Kesian Kak Yana. Tapi dia baik je layan. Saya tanya soalan lain pun dia jawab mesra je. :)


Ini Hanez Suraya yang amatlah cantik. Putih sangat orangnya! Silalah guna Aura White untuk dapat kulit macam Hanez. Hihi.


Excited ktorg jumpa Almy Nadia sebab orangnya alahai lembut sangat. Lain betul dengan watak gila dia dalam tv. Haha.


Bila jumpa Mia Sara pulak, saya yang lebih-lebih excited. Haha. Comel gilaaa budak kecik tu! Rasa macam nak culik bawak balik je. Bijak sungguh Mia ni. Salam siap cium tangan okay? Good girl Mia. :)



Ini pula Maria Tunku Sabri, Tam & Farish Aziz. Dulu-dulu masa saya kecik saya tengok kot Kecil-kecil Cili Padi. Favourite show dulu. Hahah. Tak pernah terfikir pun bila dah besar dapat bergambar dengan Tam.

Fizz Fairuz pun comel gila. Senyum je memanjang. Tahu la ada dimple! Benci tahu. Haha. >_<


This is Sari Yanti. Kecik comel orangnya. :)


Big boss MIG, Mr. David Teo and his wife, Jane. Comel gila David Teo, siap kenalkan his daughter dekat saya kot. Silap tak suruh dia berpantun je hari tu. Haha.


Iqram Dinzly yang saya selalu tengok dalam tv, tapi tetiba dia ada depan mata, i was like.. AAAAAA!! Haha.


Lisdawati yang sangatlah motherly. Lembut sangat sangat orangnya. Sorry Kak Lisda kacau tengah suap anak makan. Hihi. =P


Last but not least, and my most favourite photo of the day ialah dengan Johan Asari!!

Jumpa dia pun by luck je. Time tu tengah nak ambil air, dah dahaga sangat lepas pusing satu ballroom. Tetiba saya selisih dengan Johan. I was like, tergamam terus, mampu cakap, "eh.. eh.. eh.. ehh.." Hahaha. -.-
Tapi Johan sedar pastu dia pusing and saya terus cakap kat dia, "Johan! Nak ambil gambar boleh?"

Padahal dekat tangan dia ada sepinggan nasi and air kot. Dia letak semua tu atas meja, lepas tu dia bagi senyuman yang OMG CAYAQ HABAQ HANG and he said, "bolehhh.." in the most nicest way. Lepas tu tengok laaa cara dia senyum dalam gambar niiii. Wehhhh jatuh cinta gilaaaaa. Boleh sawan terus macam nii! Hahahaha. Sorry KAM. =P


And with that, habis dahhh gambar-gambar retis yang saya tangkap. Hihi. Seronokk sangat walaupun penat. Thank you Capa & El sebab sudi teman. But most importantly, thank youuu Fuad yang hantar email invite saya pergi. Nanti lain kali ajak lagi okay? Haha. & thank you for your hospitality. Terharuu. =')


p/s: Baju saya pakai design sendiri okay. Pastu suruh cousin jahitkan. Bahaha. Nak jugak bagitahu. Okbye.

Sweet memories.
Indeed.

4 comments

akmaL said...

best gile dapat jumpe org femes2 nih..nampak meriah sgt open house tu kan :D

Nana S. said...

@akmaL
bestt. ramai orang! :)

Mohd Fuad said...

ahaaa tq sudi datang! insyaAllah apa2 contact lah k., all d best & selamat hari raya! :)

Nana S. said...

Hihi thank you Fuad. :)
all the best to u too.
slmt hari raya & slmt hari merdeka. haha :P