Iftar with in-laws.

Assalamualaikum!

Tengok tajuk pun dah tahu kot nak tulis pasal apa, kan? Haha. 

Family KAM ajak saya pergi berbuka puasa dengan dorg Sabtu lepas lepas. Terkejut badak (bukan beruk. Badak.) jugak la. Sebab last minute gila kot. Semput balik shopping dari Shah Alam pun tak habis lagi masa tu. Terus siap mandi keluar ke KL pulak. Nasib baik dia datang ambil. Hihi.

Ktorg makan di Restoran Zam Zam dekat Jalan TAR. If tak silap, time ni baru 2nd week of puasa kot, tapi orang dah ramai gilaaa kat sana. Tapi.. jalan TAR mana pernah tak sesak kan. Hmm. -.-

By the way, ini la family KAM. Hee. Oh, and in the photo, ialah Kak Anyss, buah hati pengarang jantung Angah. If baca magazine dara.com ke or any other magazines, akan selalu la nampak muka dia. :)


Saya diapit oleh dua orang adik perempuan KAM, Urfah & Nadhwah. Apa perasaan ada adik perempuan eh? Tak pernah rasa. Haha. Menumpang kasih kat adik KAM jap. Hihihi. =P



Sesi makan! Omnomnomnom..


Saya first time datang Restoran Zam Zam kat Jalan TAR ni. Walaupun dah berjuta kali shopping kat Jalan TAR tapi tak pernah perasan ada restoran ni. Wakaka. I ordered chicken nasi arab kot. KAM pun sama. Cuba teka, antara ktorg, siapa yang habis makanan dalam pinggan & siapa yang tidak..?

Jeng jeng jeng..


Saya habis! This is my plate! Muehehehe. Bangga hokay dapat habiskan nasi 3 orang makan ni. (Okay tak, tipu. Over pulak. 2 orang makan je) Haha. Jangan sangka orang kurus makan sikit. =P


Ini KAM punya. Tengok tangan. Tengok tangan. Apa ada di sebalik tangan? Tettt! Hahaha.


So, lepas dah makan kenyang sampai terjojol pusat segala, ayah ajak pergi jenjalan shopping dulu. Tetiba KAM cakap..

"Ayah & ibu nak belikan you & Kak Anyss telekung."
"Ehh? Whyy tetiba?"
"Saja."

OMG. Daripada tak berapa nak segan terus rasa macam nak sembunyi belakang pintu takmo keluar sampai esok. Malu gila segan gila tak tahu nak cakap macam mana dah. Haha. Ibu ayah siap suruh pilih lagi mana yang berkenan di hati. Ya Allah, lagi la tak tahu macam mana nak pilih. Tahu tak perasaan tu? Tahu takkk? Haha. Last-last saya ambil je satu yang ibu pilihkan. Alhamdulillah. Thank you ibu & ayah KAM. =')


Lepas dah shopping telekung, ktorg pergi shopping baju kurung pulak. Urfah nak cari baju. Seronok gila time ni, saya baru tahu yang taste saya & ibu lebih kurang sama. Hihi. Taste KAM? Ke laut! Semua orang cakap buruk. Wakakaka. Eh sorry KAM terkutuk in public. Dosa. Dosa. *tutup mulut*


I had a great time with them. Seronok la. Asyik gelak je. Paling banyak sekali kutuk KAM la. Wakaka. Macam ni rupanya rasa bila ada gang siblings perempuan. Haha. Best!


Dress yang sangat comfy & cantik tu dari Calaqisya. As well as favorite maggie shawl. Inner from Ayunar.

Nak guna telekung tu for raya. :)

6 comments

Mysara Ab Rahman said...

wah bestnyer! ps buka trus g shopping..2 in 1

choki choki cila said...

You are so lucky dear ;)

Shakira Pathi said...

Lepas ni gambar kenduri kahwin pulak :p

Nana S. said...

@Shakira Pathi
eh. >_<
insyaAllah. doa2kan la ye. hihi

Nana S. said...

@Mysara Ab Rahman
haha. alhamdulillah ;)

Nana S. said...

@choki choki cila
aww. thank you. alhamdulillah :)