TudungPeople Boutique Launching

Assalamualaikum!

Lamanyaaaa tak update blog! Wuwuwuu. Sekarang ni busy sangat sebab tengah practical. Setiap hari penat lepas balik kerja. Tidur pun selalu awal. Bersarang dah blog kesayangan ni. Haihh. T_T

***
So untuk first blog post selepas sekian lama menyepi, saya pergi TudungPeople Boutique Launching siang tadi! Pada mereka yang follow Instagram TP mesti akan perasan gambar ini:



Butik TP ini terletak di Setapak. Opposite dengan KL Festival City.

Nak masuk je ke butik TP ni, terus akan nampak frame gambar banyak-banyak ini kat tepi tangga. Dengan dinding color tema TP, iaitu hitam, memang elegan sangat. Cantik! 


Nak masuk butik bagi salam okay?

Tadaaa! Ini bahagian dalam butik. Suka sangat dengan interior design yang dorg dah buat. Walaupun simple, tapi cantik. Even KAM pun cakap macam tu. Well done TP! :) 


Cermin ni yang paling awesome sekali. Haha. 


And these are some of TudungPeople's products:





And now kita tengok design tudung/shawls TP yang sangat hotstuff tu. You name it, from Numa, Maysaa, Arraynaa Solace, and etc, semuanya ada di butik. Banyak sangat color baru!



My favourite NUMA! Rambang mata nak pilih color. Semua cantikkkk.



Dalam gambar bawah ni, mata tengah pusing-pusing sebenarnya. Haha. Pening kepala tak tahu nak yang mana satu. >_<


So lepas saya dah pilih shawls yang berkenan di hati, haruslah pergi ke bahagian cermin besar ni kan. 


Puas hati try shawl dengan cermin besar. Hihi. 



Kalau datang ke Boutique Launching, haruslah bergambar dengan ownernya sekali kann. This is Kak Fazrena Aziz. Comel sangat orangnya! Lawaaa and very friendly. Suka la! Hee. Banyak sangat ambil gambar dengan Kak Faz tadi. Dia layan je saya. Hahah. =P 


Selepas dah bergambar dengan owner, then baru boleh bergambar dengan KAM. Hihi. Suka sangat effect lampu kat atas tu. Awesome!


Oh ya, untuk hari ini sahaja, free membership card for everyone. Yay! Gambar di bawah, saya saja nak show off card baru. Wahaha. =D


Congrats Kak Faz and team on the new TP Boutique! Alhamdulillah. :)


Awesome people,
awesome place,
awesome day.

2 comments