Beauty Contest by SimplySiti

Assalamualaikum!

Wahh! Lama gilaaa tak sentuh blog. Terasa macam dah berzaman tak membebel kat sini. Haha. Sekarang ni curi masa pukul 3 pagi buta sebelum pergi tidur. Assignments & projects banyakkk sangat sekarang. Nak bernafas pun tak sempat. Wuu. T_T

Saya nak cerita, baru-baru ni (Ahad) saya ada masuk My Beauty Contest di Festival Konvo '50 UTM Skudai. Seronokkk! Hihi.

Lebih kurang seminggu jugak la saya plan baju. Temanya ialah Gala Dinner. Nak pakai baju lelawa, takut over la pulak. Nak pakai baju sesimple, takut orang lain pulak yang over. Jadi saya pilih baju biasa-biasa je. Ada rezeki, menang la. Tak ada pun tak apa. Oh! & saya make up pun sendiri. Hee.

My make up skill bertambah tambah baik sekarang. Siap kena puji dengan salah satu juri Beauty Contest ni. Yayy! Lepas ni boleh make up orang lain pulakk. =D


Gambar-gambar saya tengah makeup ni Fafa yang ambilkan guna phone dia & iPad saya. Dah macam jadi my PA dah. Dia yang tolong saya angkat barang semua. Haha. Thank you Fafa! ♥


Masa 2 jam diberi untuk makeup sahaja. Imagine la, 2 jam untuk conteng muka. Haha. Selalunya saya makeup tak lebih dari 1 jam. 

Gambar di bawah, ialah contestants yang lain. Dorg semua dari luar UTM. Bawa MUA masing-masing yang ohemgeee sangatlah professional kott. Terasa diri ni kerdil je bila compete dengan dorg. Kenapa students UTM tak nak masuk haa?! Sedih saya. T_T 

Tengoklah baju dorg. Macam nak kahwin pun ada. Rasa macam nak lari turun pentas sambil nangis sebab baju kita tak lawa macam dorg. Padan muka siapa suruh pakai baju simple. =( 


Di bawah, bergambar ramai-ramai lepas dah kutip hadiah. Seronok hadiah yang saya dapattt. Hihi.


Tadaaa~

Barangan dari SimplySiti. Cantik. First time nak guna ni. Suka sangat sebab barang free. Muahaha!


Oh, this was my look for the contest. Shimmer brown smokey eyes. 

Gambar diambil dari instagram: @syazanaselimin

Eh lupa! Saya & kawan-kawan jumpa Boboi & Yaya juga! Haha. Excited gilaaa ktorg. Macam budak kecik pulak. >_<


Terima kasih dekat kawan-kawan sebab sudi bangun pagi datang FESKO'50 sebab nak tengok saya catwalk. KAM juga, sampai peluh-peluh dia tunggu tengah panas. Terharu sangat dengan semua orang. Thank you so much. ♥ ♥

Pengalaman manis.

1 comment

Mysara Ab Rahman said...

rjinnyer dye join..kte suke tgok bnda2 cm ni