Baby Mocha.

Assalamualaikum!

Pada yang pernah baca blog ini dulu, mesti tahu pasal Mocha & Snow, kucing kesayangan saya kat rumah selepas ketiadaan Garfield & Ginger. Sayanggg sangat dekat dua ketul ni. (Gambar diambil dari post: Mocha & Snow)


Tapi sedih, sebab Snow dah mati last month. Saya sempat jumpa dia masa cuti mid sem je. Lepas tu, tahu tahu mak cakap Snow dah mati. Sedih gila. Walaupun Snow tu annoying, tapi sayangg sangat kat dia. =(

Jadi yang tinggal sekarang cuma Mocha. Kucing kontot dan debab kesayangan ktorg. Lepas Snow mati, Mocha pregnant. Ktorg punya la excited, "Mesti anak Snow ni!" Haha. Baby Mocha lahir 10 April lepas. Dekat je dengan birthday saya. Haha. 


Mocha dah jadi mak dah. Onyonyonyoo. 

Baby Mocha patutnya ada 3 ketul. 2 putih & 1 hitam legam. Tapi yang hitam legam tu didnt make it. Ktorg tanam dia sebelah Snow. Haha. Tengoklah gaya mak kucing ni. Dahsyat sungguh bagi anak minum susu sampai macam tu sekali. Buruk perangai. -.-


Ktorg tak bagi nama lagi. Tapi yang pasti, satu ekor panjang & satu lagi ekor pendek. So ktorg panggil ekor panjang, ekor pendek je la. Wahaha.

My favourite: yang ekor pendek! OMG comel gilaaaaaaa! Omnomnom.


Yang ini si ekor panjang. Kemain orang nak ambil gambar dia siap kenyit mata lagi. Nyampah.


Memang kalau duduk rumah, dok main dengan 2 ketul ni je la. If main dengan dorg, memang serius lupa dunia. Cuteness overload!







And ini gambar latest dorg sekarang. Besar dah. Pandai lari-lari sana sini dah. Mocha pun tak kawal 24/7 lagi. Tak sabar nak balik rumah. Nak telan 2 ketul ni hidup hidup!


Aaaaaaaaaaaaaaa!!!


Kalau la boleh telan
 masuk dalam perut. >_<

8 comments

Nurul Syawani said...

c0meinye!!!!!!!! rasa nk tamapr2 dahi ank2 kcing putih 2, c0mei sgt :D

Shakira Pathi said...

Comelnyeee :D

miss farhah said...

comellllllllllllllllll >.<

Khalilah MNor said...

Comey la...! rindu jugak nak bela kucing mcm dulu :)

Darma Marina a.k.a Rin said...

Comel nye!!! Teringat kucing saye yg dulu2.

sutrimo said...

Nice ..thanks info. very beneficial for me.

AISYAH NUR said...

salam . hai blogger cute . saya follow sambil singgah blog awak . follow me back?

Leadership Developmant Training said...

cute banget kucingnya :)
salam kenal dari kami outbond di malang :)
jangan lupa kunjungi kami di website kami : http://www.nolimitadventure.com/