Photoshoot AMQ (make up)

Assalamualaikum!

Post kali ini berkait dengan post sebelum ini, iaitu: Photoshoot AMQ

Tapi kali ini saya nak tulis tentang make up. Jyeahhhh.. my favorite!


Jap jap japp. Gambar di atas hanyalah gambar hiasan ye. Tidak digunakan semasa sesi photoshoot. Itu eyeshadow pallet saya dari Elianto. Saja letak. Hee.

Untuk sesi photoshoot kali ini, bos saya telah mendapatkan khidmat Kak Nor Damia sebagai MUA. Kak Damia ni cantik. Peramah pulak. && time dia conteng muka saya, lembuttt je. Aloloo. Suka la tadah muka kat dia! Hihi. 

The result? Tadaaa..!


Berubah habis muka. Saya tengok cermin pun terkejut. Hahah. Gambar before make up tak sempat nak ambil masa ni. Tengok banner kat atas je la. Eheh. Saya ambil gambar ni masa kat rumah, selepas dah habis segala sesi photoshoot. So lipstick Kak Mia bubuh pun tak ada dah. & muka dah berminyak sikit sebab penat sangat. Haha.

Kalau nak dapatkan khidmat Kak Mia boleh klik sini: Nor Damia's Make Up Artist

Suka main make up.
Seronok.

No comments