"I lukis you ye.."

Assalamualaikum!

Untuk lebih memahami hujung pangkal cerita, sila baca post SincerelybyUs Boutique Launching terlebih dahulu. Terima kasih. Hihi.

Dah?

Okay. Kan saya ada mention yang KAM ada lukis gambar apa yang saya pakai pada event hari tu. Bersungguh betul dia lukis. Focus gila muka. Haha. Saya gelak-gelak depan dia. Dari angle saya duduk, tengok lukisan dia macam lawa je. Macam la.


Saya pakai shawl purple, dia letak warna purple. Saya pakai brooch bunga, dia lukis brooch bunga (walaupun kelopak tak cukup). Saya pakai contact lens warna coklat, dia letak warna coklat juga. Tapi sampai part nak lukis mulut, banyak kali dia padam. Hahaha! Last sekali, dia fed up, dia lukis saya pakai purdah. "Senang, takde mulut. Takde hidung." 

Cis.


Fine.

Walaupun tak secantik lukisan Mona Lisa atau Whistler's Mother, tapi, the fact that he put an effort to paint this for me, from the heart, memang sangat la comel. Haha. Menyampah. Tapi comel.

First time orang lukis saya.
Terharu ni. Haha.

1 comment

choki choki cila said...

Kelakar dkt kening tu. Huhu