He's married, now. :)

Assalamualaikum!

Semalam, telah berlangsungnya majlis perkahwinan ex-classmate saya sewaktu di sekolah menengah, iaitu Azzri Fickri. Terkejut sangat bila dapat berita yang dia nak kahwin dah. Terkejut, tapi tumpang bahagia untuk dia. Tak sangka, dia antara yang terawal kahwin. Kalau dalam kelas ktorg, he's the second person to get married. Saya, dengan ini cemburu. Heheh.

(kes malas nak buka kasut, tangkap gambar pelamin dari jauh. boleh?)

This is the bride and groom. Azzri Fickri & Fatimah Azzahrah. ♥ ♥


Cantikkk sangat wife Azzri. Pandai kamu pilih, ye? Hihi. :)

Oh and of course la, bila datang wedding kawan sekolah sendiri, mesti akan terjumpa kawan-kawan sekolah yang lain. Reunion la senang cerita. Masa tengah duduk makan pun boleh bercerita tentang sekolah. Bergelak sakan sampai tak ingat dunia pun ada. Memang tak terasa langsung makanan yang masuk mulut. Tengok-tengok pinggan licin dah. Punya seronok bersembang. 


Mereka di bawah, ialah antara kawan sekolah yang saya rapat sampai sekarang. Rumah ktorg pun sekangkang kera je. Haha.


Selesai makan, its time to meet up dengan ex-schoolmates yang lain! Seronok nak dengar apa perkembangan masing-masing sekarang. And.. seronok nak tangkap gambar! Lama tak jumpa kann. Haha. Kalau kawan-kawan perempuan, kemain semua melaram sakan. Cantik cantik semua. Kalau dulu pakai baju sekolah comot je masing-masing. Sekarang.. WAHH! =D

Seronok gilaaaa jumpa ex-classmates masa Form 5, ex-schoolmates, ex-crush pun ada! Tapi tak tangkap gambar dengan dia la, segan. Eh? Haha. >.<








And, tengah ktorg dok busy bergambar, tetiba Azzri & wife datang ke tempat ktorg berkumpul. Semua orang tepuk tangan! Hahah. Lepas tu masing-masing berebut nak tangkap gambar the newlyweds. Macam artis dah dorg. Haha. Lihatlah betapa ramai yang serbu.



Sesi bergambar ramai-ramai ni yang paling seronok & mahal sekali. Bukan senang nak kumpul ramai-ramai macam ni. Seronoknyaa bila fikir, semua orang datang pada hari ni semata-mata untuk meraikan hari bahagia Azzri & pasangan. *nanges*

Oh ye, geng sekolah ktorg terlampau ramai jadi terpaksa bergambar by group. Haha.




Dah habis bergambar ramai-ramai, continue bergambar dengan kawan-kawan lain pulak. Hahah. Time ni tak fikir penat langsung. Fikir nak kumpul gambar banyak-banyak je.


Ktorg bergambar sampai hujan turun. Hahah! Terus masuk bawah khemah. Agaknya kalau hujan tak turun memang asyik bergambar sampai lebam. >.<

Tapi kan, tapi kan.. bawah khemah pun continue bergambar lagi. Nyiahaha.


Sebelum pulang, haruslah ada gambar bersama pasangan pengantin. Ini gambar wajib. Kalau datang kenduri tapi tak ada gambar pengantin memang tak sah. For me la. Haha.

Tengok Azzri, saya meredah hujan untuk bergambar dengan kamu. Sila terharu. Haha.

I had so much fun yesterday. Serius tumpang bahagia tengok Azzri & his wife. Ditambah lagi dengan kehadiran kawan-kawan lain, memang double double seronok.


Nampak tak dia happy? Aww. =')

To the newlyweds, Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Cepat-cepat dapat baby so i can be an auntie! Haha.

Tak sabar nak pergi next wedding ni.
Siapa dulu?

3 comments

inna_risna said...

wah,nmpk best je bila dpt kumpul dgn kawan2 high school nie...
btw, hensem + cantik kawan awak yg kawen nie.

Azzri Fickri said...

What a wonderful blog post Nana! Terima kasih banyak-banyak sebab sanggup basah kena hujan utk tangkap gambar dgn saya & isteri:D Saya & Fatimah rasa begitu terharu, sentimental dan sangat gembira bila baca post ini :'D terima kasih Nana kerana telah berjaya merekod sebahagian kisah cinta kami di alam maya dengan begitu indahnya. Semoga ia berkekalan selamanya. InsyaAllah
: )

Nana S. said...

@Azzri Fickri
aww.. =')
no prob azzri.