Demi seekor anak kucing,

Assalamualaikum!

Semalam, my family dikejutkan dengan bunyi anak kucing meow meow tanpa henti dari lorong belakang rumah. (dikejutkan tu bunyi macam gempak sangat je) Bila dengar dia asyik bunyi non-stop dari pagi sampai tengah hari, so mak pun decide untuk ambil dia. 

Sebab kesiannnnn sangat. Ktorg dah tunggu mak kucing datang, tapi sampai ke tengah hari dia tak muncul. Baby tu pulak tak berhenti keluar suara. Jadi, mak ambil kotak, lapik dengan kain buruk, and letak anak kucing tu kat dalam. 

Bila letak dia dalam kotak, dia duduk diam je. Tak larat dah agaknya. Ye la, sebelum ni asyik menangis je, tak makan, tak minum. Macam baby manusia la. Mesti penat kan. =(

Nak picit!!! AAAAARRGHHH!

Baby kucing ni serious kecik sangat. Sebesar dua jari tangan saya je. Baru sehari dua lahir kot sebab tali pusat dia pun tak putus lagi dari badan. Mata pun tak boleh buka lagi. Badan dia pun penuh kuning-kuning lagi sebab mak dia tak jilat after lahir.


Sila ambil jari telunjuk & jari tengah anda, gabungkan, itulah saiz anak kucing ni. Kecik cenonet. Kalau picit sekali, mati terus. Haha okay tak takk.. tak picit. >.<

Nak tahu? Right after mak ambil dia masuk dalam rumah, hujan lebat terus turun. Nasib baik ambil dia cepat. Kalau tidak, mati dah.. Wuwuwuu. =/

Botol susu pun besar lagi.

Oh, and nasib baik dalam rumah ktorg ada susu tepung untuk baby kucing. Sebab sebelum ni, ktorg bagi minum kat anak Mocha. (nanti saya post pasal anak Mocha) So, selamatlah baby ni, ada makan minum, ada perlindungan. Syukur sangat dapat selamatkan satu nyawa makhluk Allah. =')

Malam semalam, dia tidur dengan saya. Sebab mak kata, baby kucing akan bangun every few hours untuk minum susu lagi. OMG. SERIOUS DIA BANGUN KOTTTT!!! Dia dok meow meow cari susu. So saya pun bangun lah dari katil dengan mata separuh buka, turun bawah pergi bancuh susu untuk dia. Dah bancuh, suap kat mulut pulak. Haha. Its not easy nak lawan dugaan katil, tapi kena sabar. Baby kucing lagi penting. Dia tak ada mak. *nanges*

Mak cakap "kakak kena la praktis jaga baby sendiri nanti." Wkwkwkwk. Ni baru anak kucing. Anak sendiri? Tettt!

Saya harap sangat baby kucing ni dapat membesar dengan sihat. Tak sabar nak tengok dia besar. Setiap kali bagi susu mesti sembang dengan dia, "Baby cepat la besar ye. Buka mata, so nanti boleh la jalan, boleh lari. Boleh main dengan Mocha & Snow. Kakak sayangg baby sangat sangat." Seronok tengok setiap kali dia minum susu. Timbul satu feeling yang tak boleh nak describe kat orang lain. Kena rasa sendiri, baru tahu. =)

Sekarang baby tengah tidur. Baru lepas minum susu tadi. Tak susah pun nak jaga. Sumbat susu, confirm tidur lama.

Mak kucing ni pergi mana eh?
=(

5 comments

DilaMilin said...

alahai..kesiannye anak kcing ni..sy ada byk kucing kat rumah. kdg2 ada org buang anak kucing letak depan tangga rumah..aiishh. kenapelah diaorang snggup buang ank kucing. mmg kena bg susu mcm bg susu kat anak sendiri. hehehe..sbb stp masa ank kucing tu nakkan susu. ank kucing kan 24 jam ada dgn mak dia. insyaAllah..mudah-mudahan ank kucing ni pnjang umur dan cepat membesar..gudluck ye! :D

Mardiyah said...

wah dari negeri tetangga yah... salam kenal, kucingnya cute :)

Anonymous said...

hai, nk tnya..boleh ke bg ank kucing susu tepung? ok ea utk ank kucing tu?

Nana S. said...

@Anonymous bagi susu khas untuk baby kucing. ada jual kat petstore. jangan bagi susu tepung manusia pulak tau. bahayaa.

Anonymous said...

Tali pusat tak putus lagi? Then, buat camne dgn tali pusat tu?