Burger Bakar Abang Burn JB

Assalamualaikum!

Hi. Have you had your lunch? 

Kalau belum, meh nak tunjuk gambar makanan bagi korang lapar. Haha. Kalau dah makan pun, nak tunjuk jugak, bagi korang lapar balik. Nyiahaha. =D


Set Burn Cheese Beef with 3 Cheesy Sausages
(Total: RM10.00)

This is what I had for dinner yesterday. SANGAT MENGENYANGKAN HOKAYYY! Sebelum makan, I had to reserve my tummy untuk sumbat benda ni.

First time makan burger bakar ni, macam mana rasanya? Hmm.. truth is, I expected more. Sebab dengar orang cakap pasal burger bakar macam sedap sangat je. Tapi rasanya biasa je. I mean, bukanlah tak sedap. Sedaaaaaaappp. Cuma.. I expected more. Haha. Payah betul kalau expectations tinggi sangat. =P


Saya lebih terliur tengok cheesy sausage berbanding burger bakar bila tengok gambar-gambar di Facebook Burger Bakar Abang Burn. Sebab tu order yang ni. Haha.

KAM tak percaya saya boleh habiskan the whole set. I said to him: Challenge accepted! Haha. Saya start makan pukul 9.15pm, habis 30 minit selepas tu. Makan guna sudu garfu kot. Lambat la sikit. Nak potong punya la payah. Tebal gila. Bersungguh betul saya cuba. >_<


Gambar di atas, baru 15 minit makan. Penat kot makan burger ni. Berapa juta kali telan pun tak habis-habis lagi. Sampai lenguh nak kunyah. -.-

Kenapa makan guna sudu garfu? Er. Sebab segan la nak nganga luas-luas. Buruk rupanya kalau perempuan buat macam tu. Sebelah meja ktorg penuh perempuan dalam lebih kurang 6 orang. KAM ternampak salah sorang nganga luas gila nak sumbat burger ni. Dia cakap buruk sangat kalau perempuan buat macam tu. Tettt! Kalau makan burger di Burger King ke, McD ke, takpe. Tapi yang ni gedabak sangat so saya minta sudu garfu. Tak nak menjatuhkan air muka sendiri. Berjaya habis dengan licin! Hihi. =D

Oh by the way, saya pergi cawangan di Johor Bahru. 

Alamat: B.Point Station, Lot 25231 - A, Jalan Yahya Al-Datar, 80000, Johor Bahru.
Waktu operasi: 5pm - 12.30am.

Sila pergi awal untuk mengelakkan beratur panjang. Tapi kalau kena beratur pun, dont worry. Servis mereka laju. Dapat makanan pun cepat. 

Boleh pergi lagi kalau teringin. :)

6 comments

cik fixie said...

sedap nye...cantik gambar tu,pandai snap

Nana S. said...

thanks! :)

AgenTopup Murah said...

lapar lak tgk burger nyy..huhuhu

muhd afiq said...

miakakaka

Papa-NtiQ said...

Hi Nana...saya pun baru jer upload pics dalam blog masa makan burger bakar abang burn di B.Point. Memang best dan cepat service.
Nanti senang2 tu jenguk la yer blog saya di blogmakanbest.blogspot topik pasal makan, makan dan makan hehe...takde topik lain.
Kalu minat tu follow la yer blog saya TQ TQ TQ

Mar Mansor said...

saya rela makan asing2 (makan roti dulu pastu makan daging..leh gitu)..dari nganga luas2..huhu..