Restoran Anugerah Steak JB

Assalamualaikum!

Saya suka update pasal makanan. Sebab tulis pasal makanan sangat menyeronokkan. Daripada kenyang pun boleh lapar balik bila cerita pasal makan. Heheh. Kali ni tempat makan lain pula, tapi still lagi di JB. :)

Restoran pilihan?


Restoran Anugerah Steak

They basically serves western food. Boleh tahan ramai juga orang yang makan sini. Katanya tempat ni famous. Saya & KAM sampai pun dalam pukul 9pm. So, perut dah sangat lapar. Jadi, tengok menu, saya pilih MD12 ; Meatball Spaghetti with Creamy Sauce & KAM pula MD7 ; Lamb Chop.


Tengok gambar menu di atas macam sedap gila, macam awesome gila, macam tempting gilaaa makanan-makanan kat sini. Padahal..

(RM10.00)

Sedih gila rupa Meatball Spaghetti with Creamy Sauce saya ni. The first word that came out of my mouth: "Ni je ke? Tett! Buruknya." Haha. Dari segi presentation memang totally out. Tak berselera nak makan. Tapi disebabkan dah lapar yang amat, telan jugak la. Rasanya? Hmm.. So-so je. Nasib baik tak muak.

(RM12.00)

Gambar di atas ialah Lamb Chop. Banyak sungguh lemaknyaaaa. Kesian tengok KAM makan. Lebih lemak dari isi. Tapi overall he said okay. Buang part lemak bersepah je la.

(RM2.00)

& we ordered Garlic Bread as a side dish. Rasanya sangat pelik. Bukan macam garlic bread biasa. Instead, macam disapu butter je. Ktorg makan sekeping sorang. Lepas tu tak nak dah. Haha. 

All in all, tak tahu la nak recommend ke tak tempat ni. Tapi ramai je orang datang makan. Tapi, kalau makanan yang dihidang macam ni, err.. I wonder, apa yang famousnya? Hmm. Tapi tak tahu la kan, kot la menu dia yang lain sedap kee (banyak betul tapi -.-). Anyway, cuba la pergi! :)

No 18, Jalan Susur Tun Abdul Razak 6, 80200 Johor Bahru, Johor.

Teringin Nandos.
(tetiba)

No comments