Wedding: The Real Story.

Assalamualaikum!

WARNING: Blog post ni cecah lantai punya tau. Mohon baca sampai habis. 


Lagi-lagi kalau orang baca nama pada tulisan di atas, mesti orang salah faham. Mohon baca cerita ni sampai habis untuk tahu hujung pangkal cerita sebelum buat sebarang spekulasi ye. Thanks. =')

Jumaat (23 Nov. 2012)

Semua orang busy dengan hal wedding. Mana nak buat wedding rehearsalnya, mana nak simpan door gifts, mana nak ambil kunci dewan, mana nak shopping tudung last minute, mana nak iron baju & blablabla.. Makanya, suasana serius jadi kelam kabut. Itu tak kena, ini tak kena. Haha! Tapi yang tu yang seronok, serius. Terasa family bond & kemeriahan nak kenduri hari esok.





Golongan kanak-kanak pulak, macam biasa, lagi luas tempat tu, lagi sakan dorg main berlari-lari ke sana sini. Menjerit sampai terkeluar anak tekak. Nyaring sungguh.


Selesai wedding rehearsal. Balik rumah, saya anxious sangat nak tunggu hari esok. Sebabnya? Tak sabar nak pakai dress cantik! Hee. =P

Sabtu (24 Nov. 2012)

Hari yang ditunggu-tunggu for months now have arrived. Woot! Excited gilaaa. Nervous pun ada. Padahal bukannya buat apa pun. Haha. Semua orang kena bangun awal pagi hari Sabtu ni, sebab kena ada di dewan seawal yang mungkin. 

Mak decided untuk pergi dulu dengan kereta lain since dia diperlukan untuk tolong-tolong sana sini. Masa mak tengah siap, saya tengah conteng muka pakai make up. Ye lah, nak apply make up 10 inci bukannya senang. Kalau tangan ni tak stop menggeletar, perut tak stop berjoget nak berak, pundi kencing tak bocor setiap 5 minit, boleh je siap secepat yang mungkin. Tapi malangnya, semua anggota badan tak nak bekerjasama pulak hari tu. Nervous mengalahkan pengantin. -.-

Tapi pengantin orang make up kan. Saya make up sendiri. Tettt!

So tengah siap-siap tu, mak keluar masuk bilik saya, "kakak, tolong la make up kan mak." HAHA. Serius comel gila. Saya apply liquid eyeliner dekat mak, mak tonyoh buang balik sikit sebab tak nak nampak obvious sangat. Haiyaa.. manyak susah wo mau make up olang lain. 

The moment saya siap je, ktorg terus gerak dari rumah ke Shah Alam. Sampai di rumah Pak Ndak, semua dah siap dengan baju tema masing-masing. Cantiknya semua! Kacaknya semua! Comelnya semua! Terus saya naik atas mintak izin pinjam bilik tukar baju. Segan nak pakai dress tu siap-siap. >_<

Sampai je di dewan, semua dah sedia.




Saya dah siap, so saya decide nak tolong la sikit-sikit here and there.

Candid. Tengah tunduk susun barang. -.-

Tapi malangnya saya kena halau dari situ. Dorg kata orang tak boleh nampak saya. Saya kena duduk dalam Bilik Anggerik diam-diam. Me, being obedient, duduk je la dalam bilik tu. Camwhore dengan mereka yang lain yang tak boleh keluar jugak.


Mereka di atas ialah anak saudara saya, Amal & sepupu, Dini. Gambar di bawah pulak, ktorg berempat bergambar dengan Tok Chik. The one in tuxedo is my cousin, Muiz. Dia pasangan saya untuk wedding ni.


Lama ktorg semua kena kurung dalam bilik ni. Tak dibenarkan keluar. Kena tunggu sampai 1.30pm. Kenapa? Untuk apa?

Sebab..


Ktorg kena sambut pengantin. Haha.


Inilah sebab utama saya pakai dress putih ni. Saya salah sorang flower girl je. Or bahasa melayunya, pengiring pengantin. Dini dengan Amal, saya dengan Muiz. Bukan saya yang kahwin ye kawan-kawan. Repeat, bukan saya. Walaupun nama saya juga Nana. =P



Ada beberapa tetamu confused, dorg ingat saya & Muiz pengantin, sedangkan pengantin sebenar tengah jalan belakang ktorg. Hahaha. Malu gila. >_<


The newlyweds, Kak Nana & sepupu baru saya, Abang Shah.

Tugas sebagai flower girl? Jalan & sengih je. Feeling retis sikit sebab orang pun ambil gambar kita jugak selain dari gambar pengantin. HAHAHA. Sangat seronok! xD


Selesai je tugas saya sebagai flower girl, saya terus ke meja makan cari kerusi. Penat senyum. Haha. Sementara tu, tengok-tengok jugak la para tetamu yang datang. Sekali, saya ternampak satu muka ni, familiar sangat sangat sangat sangat..

Jantung stop 5 saat sebab terkejut nampak this someone berbaju putih, di antara celah-celah orang ramai tu. My jaw dropped! "OMG OMG OMG OMG OMG" je yang saya mampu cakap. Sampai sepupu saya pun perasan, dia tanya kenapa. What is the correct word heh? Terkesima? Ha. Ye la tu. Saya terkesima nampak dia ni:

KAM.

He came without telling me! I invited him awal-awal tapi dia cakap dia tak boleh balik. So i was like, "Okay never mind." Tapi tengok-tengok, dia muncul out of nowhere, tak bagitahu pulak tu. Mana tak gugur jantung ni. Dia cakap sengaja nak buat suprise. Ya Allah. =')

& with him was Fyna, her sister, Pika & Fain, her friend. Seronoknyaaa jumpa semua. Terus lompat-lompat peluk cium semua. Haha.

Siapa pengantin sebenarnya ni? HAHA!

Dipendekkan cerita, kerja saya pada hari tu asyik tangkap gambar je. Oh ye! Ada a few artis datang buat persembahan. Ada Saida, Sofaz, Erry Putra, Aziz Sattar & siapa entah lagi sorang ni tak kenal.


Ingatkan Erry Putra ni tinggi. Tak punnnnnn. -.-


Siapa yang baju pink tu eh? Tak kenal. =/



And, dalam banyak-banyak tetamu yang datang juga, saya jumpa si blogger cantik ni. Selalu buka blog dia sebab sukaaaa tengok cara dia bergaya. Kak Shea Rasol, you're so sweet. Really. :)


Oh, and gambar yang korg nampak on previous post tu (baca: Wedding: Dress), sebenarnya saya tak plan pun nak tangkap macam tu. Saya tengah duduk di kerusi, then Abang Khairul (sepupu) ni jenis yang pantang pegang camera, dia cakap,

"kakak, tak nak tangkap kat situ. Meh sini tangkap kat langsir ni."

Huishhhh, kita pun, apatah lagi. Orang tu suka tangkap gambar, kita pulak suka bergambar, memang okay je la. Terus ready!


Terus Kak Nana pun join sekaki. Haha!


Eh. Tiba-tiba terus bertukar jadi studio kenzzz..


Gambar di bawah, mereka semua nak balik dahh. So bergambar dengan mak & abah saya dulu. Haha. Serious gambar ni nampak macam KAM & I yang jadi pengantinnya. -.-


Oh ya, baju mak pun buat dekat Nawy Aris. Designer sama macam baju saya.

Okay, malas dah nak cerita. Tengok gambar je lah.





Gambar di atas, cubaan untuk twirl bagi baju kembang. Sebelum Tok Chik, Maksu Nadia & Mak Njang Ida datang.




To the newlyweds, congratulations! Semoga cepat-cepat dapat anak, berbahagia selalu & bersama hingga ke jannah. Amin.

p/s: Kan dah cakap entry ni cecah lantai. Tembus habis lantai. Ha.
p/s lagi: Jangan cakap congrats pada saya lagi tau. Saya bukan pengantin.
p/s lagi lagi: Saya tak edit gambar sangat, so ada yang gelap or tak lawa tu, abaikan je. K?

Penat type.
Harap suka. Thanks! :)

No comments