Recipe: Strawberry Tiramisu

Assalamualaikum!

Lately ni, i've always wanted to try a few recipes, tapi tak pernah yang berkesempatan nak buat. Kelam kabut dengan hal lain, makanya tak menyempat la nak pung pang pung pang kat dapur. Tapi a few days ago, walaupun busy macam nak gila, saya berkeras jugak nak try buat Strawberry Tiramisu. Tujuan utama? Nak bagi KAM makan. Suka masak untuk dia pulak sekarang ni. Pembakar semangat untuk saya belajar masak. Wakaka. Tettt! =P

Okay, so nak tahu bahan-bahannya?


Buah strawberry segar
Strawberry jam
2 ketul telur ayam
250g mozarella cheese
250g ladyfingers
2 sachets of Nescafe Gold 3 In 1 
50g gula 
Cocoa powder untuk dusting

Cara-caranya ialah:

1. Asingkan putih & kuning telur. Ambil kuning telur, campurkan dengan 50g gula, then blend guna mixer. Tunggu sampai dia jadi pekat and warna keputihan. Bila dah agak-agak warna dia keputihan, campurkan cheese sampai sebati dengan adunan tadi. Tapi for this one tak perlu guna mixer. Manual sahaja.

2. Pukul putih telur & letakkan secubit garam. Then, pukul putih telur tadi sampai jadi soft peak. If nak guna mixer pun boleh, but saya guna pemukul telur je. Usaha gigih sikit ye! Stress betul pukul telur. Haha. 

3. Campurkan adunan Step 1 and Step 2 tadi. Mix them sehingga sebati, ye kawan-kawan. Manually je. Tak perlu mixer. Then ketepikan.

4. Buat coffee dengan 2 sachets of Nescafe Gold 3 In 1 tadi. Lepas tu, tuang coffee tadi dalam piring leper (mangkuk pun boleh) and biarkan ia sejuk sekejap.

5. Prepare a serving dish, or tupperware ke, or whatever container yang korang nak letak Strawberry Tiramisu ni.

6. Ambil 250g ladyfingers then dip them one by one dalam coffee (Step 4) tadi. Susun ladyfingers tu dalam serving dish sebelah-menyebelah. Make sure rapat-rapat so nanti bila dah siap, dia tak hancur.

7. Dah siap dip 1 layer of ladyfingers dalam serving dish, layerkan dengan mixture cheese (Step 3) tadi. Make sure semua bahagian fully covered ye. Sampai tak nampak ladyfingers kat bawah. 

8. Selepas dah layer dengan cheese, letak pula strawberry jam randomly dekat atas lapisan tadi. Tak rata pun tak apa. Dah siap? Belum.

9. Then letak pulak slices of fresh strawberries antara strawberry jam tadi. Dekat bahagian yang tak kena strawberry jam, ha letak la fresh strawberries kat situ.

10. It'll look something like this:


11. Repeat Step 7-9 sampai cukup 3 layer ye. Selagi tak habis semua bahan, continue.

12. Dah siap? Okay, for the final touch, bahagian paling atas tu, its up to you whether nak letak strawberries sahaja or nak letak cocoa powder untuk dusting. Both pun tak apa. Nampak laaaaaagi super duper yummy!


Selepas dah siap, letakkan dalam fridge for at least 4 hours. Strawberry Tiramisu ni paling sedap makan masa tengah sejuk. 

Nak tengok how mine looked like? Hehe. =P

Tadaaa!~


Walaupun saya fail dalam bab dusting sampai kena marah dengan mak, tapi, sangatttttlah puas hati dengan resultnya. SEDAP GILA WEHHHH! First time buat terus jadi. Excited! =')

Saya bagi dekat KAM, dia kata sedap. Bagi dekat family KAM pun dorg kata sedap. Seronok! Hihi. Cubalah. Senang je. Good luck!

p/s: Up to you whether nak tukar jenis coffee, gula, or cheese. ikut citarasa masing-masing ye.

Tiba-tiba teringin nak makan lagi.
Macam mana nak buat kat sini? :(

No comments