Photoshoot Bersama Selebriti, Majalah Dara.com.

"assalamualaikum, boleh bercakap dengan Nana?"
"waalaikumussalam. ye saya."
"Nana, nama akak Kak Liza, call dari majalah Dara.com nak panggil Nana untuk buat photoshoot hari Isnin ni untuk slot Bersama Selebriti."

whoaaa! time Kak Liza cakap tu je, terus nervous tak hengat sampai nak terkeluar jantung dari badan. mana taknya, dapat offer dari majalah favorite saya kot. setiap bulan tak pernah miss beli! hihi. Alhamdulillah. terima kasih Kak Liza bagi peluang pada saya. syukur sangat. =')

photoshoot ni berlangsung pada hari Isnin yang lepas. sampai je di Karangkraf, terus text Kak Liza. for those of you girls yang selalu baca Dara.com mesti selalu perasan slot Bersama Selebriti kan? nak tahu saya shoot dengan siapa? baca duluu. =P

oh! saya datang dengan Aqil, sebab Kak Liza kata kena bawak at least seorang kawan. so yang lain tak mahu ikut, Aqil je yang available, saya angkut la sekali. untung dapat masuk magazine. kan Aqil, kannn? haha.


gambar di atas, ktorg berada di dalam bilik make up. ramai orang tengah make up time ni. artis yang photoshoot dengan ktorg sekali pun ada, tapi dia tengah make up. so ktorg curi masa bergambar berdua sementara tunggu dia dimakeupkan.


itulah dia selebriti kami! haha. lama betul tunggu dia make up. so Kak Liza kata kita buat studio shoot untuk saya & Aqil dulu. untuk Aqil yang baru first time masuk studio & berphotoshoot, boleh nampak yang dia tak biasa & segan untuk posing sana sini. first time. saya dulu pun keras jugak. :)


nasib baik photographer baik & sporting. so Aqil tak ada la menggelabah sangat. tapi still boleh nampak la yang dia nervous. haha. saya sengaja bagi dia pergi dulu. SENGAJA BULI! wakaka. next, bila Aqil dah habis, my turn pulak.


saya tak tahu yang akan ada studio shoot. if tak, saya dah pakai baju lawa sikit. ni baju simple & selekeh habis kot. sebab selepas shoot ni, ktorg akan tukar ke pakaian sukan! tema shoot ini ialah sukan & photoshoot dibuat outdoor, di Tasik Shah Alam.


gambar di atas ialah Kak Liza, yang superrrrr comels. sporting habis. suka lah! Kak Liza la yang call saya and bagi offer photoshoot ni. hihi. =') oh, and itu baju sukan saya. kononnya. menipu betul pakaian sukan macam tu sekali. kemain. -.-

masa ni, ktorg tengah tunggu selebriti tu buat studio shoot & tukar baju. the moment dia habis tukar baju je, ktorg terus gerak ke Tasik Shah Alam. first time buat shoot yang memang open to public habis. haha. time photoshoot dekat Taman Tasik Perdana (baca: Photoshoot @ Taman Tasik Perdana) tu pun tak segan macam ni. nasib baik orang tak ramai sangat. by the way, inilah dia selebriti kami! dapat teka takk siapa?


mula-mula jumpa, terfikir yang dia ni macam sombong je, tak friendly langsung. tapi lepas tu, ehh laa! dia friendly je kot. siap gelak-gelak lagi time photoshoot berlangsung. mana taknya, ktorg kena berlakon konon-konon tengah jogging la, tengah stretching la, tunjuk sana, tunjuk sini.. haha. buat tu je pun dah peluh-peluh macam jogging 10 round. but it was fun! seronok dapat kenal dengan...

Ainul Aishah!


Ainul seorang pelakon, ye kawan-kawan. saya suka tengok lakonan dia. orangnya in person sangat sempoi, cantikk & friendly. dia juga seorang yang sangat jaga pemakanan dia hokayy. tak makan benda goreng-goreng langsung, hanya rebus atau bakar. ktorg dengar tu fikir balik, "semalam baru telan ayam goreng madu seketul." hahaha. mulai sekarang nak diet macam Ainul jugak! :P

and thanks Kak Liza, thanks encik photog, thanks Ainul, thanks mak & abah, thanks kawan-kawan bagi support. haha cehh! dah macam ambil award pulak. tett!

belilah majalah Dara.com
 isu November. hihi.

7 comments

IEQAH said...

awww awww mestii kenaa beli laaa

amalina husna said...

great photoshoot..=)

harus lar beli..
majalah no 1 husna..

Nana S. said...

aww macehh :)

Anonymous said...

as salam.. nana, 1st of all tahniah..
eh, aqil is fatin aqilah kan. she's my ex-roomate in college MARA of kulim..
kecik je dunia ni, dah lame lost contact dgn dia..
nana, if u happen to read my comment please send my warm hug to her.
one more thing does she has fb account as the old one was not activated?
btw, thanks..

Nana S. said...

baik. insyaallah nanti saya cakap ye :)

dia ada fb. nak?

Amanda Musa said...

awak, boleh tanya? camne nak join ni?
http://thefunnjoy.blogspot.com

Nana S. said...

@Amanda Musa
join testshoot dara.com kat karangkraf :)