dia pun puasa juga.

bulan puasa ni mesti semua orang makin kurus kan? haha. ke, ada yang makin berisi? :O jaga diet ye. nanti tak muat nak pakai baju raya baru beli tu. hewhew. or tak pun, pakai je slimming belt ni. confirm boleh melaram sakan nanti. :P
_________________

Snow. umur baru 7 bulan. tapi bila orang lain puasa, dia pun nak puasa jugak. bila ktorg bangun untuk bersahur, dia pun bangun juga. pandai pilih kerusi sendiri untuk duduk. tapi bila ktorg paling muka lagi sekali, tengok-tengok tidur dah. tadi dia lah yang paling sibuk nak sahur sekali. 


then, dari tengah hari hingga ke petang, asyik terbaring dekat ruang tamu konon macam penat sangat. tak bangun-bangun. tu lah. orang suruh makan sahur tak nak.


TAPI..

bila tiba waktu berbuka puasa je, terus cergas. lajuu je lari-lari anak pergi ke meja makan & terus naik atas. atas meja. bukan kerusi lagi dah. kemain kau kan Snow. =.=


his expression bila depan makanan. sampai jegil mata. =.= oh and plus hidung yang non-stop bergerak-gerak bau makanan apa yang dihidang. 


sibuk je nak ikut orang puasa. 
kucing pun perangai
macam budak kecik. =.=

8 comments

DilaMilin said...

haha..bulat betul matanya tgk mkanan..

piko pink said...

haha...kalau manusia x pose kne malu kt kucing nie...

Nana S. said...

@dila: haha tu la pasal. xD

@piko: betul. ;)

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

comelnya kucing nie.. hehehe

Nana S. said...

hihi. nama dia Snow :)

shafiqabdshukor said...

alalalala.
comel nya..
bagus tul kucng tu..
rajin lak nak puasa..
hahaha

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

psiko habis cara dia

:D

Nana S. said...

haha. serious, dia ikut sahur & iftar. >.<