Holiday, Day 7 - that big red bus.

rajin pulak update blog bila dah ada dekat rumah ni? haha. nampak sangat tak ada benda nak dibuat. hm. walaupun tajuk post ini sepatutnya disambung months ago, but, better late than never kan? at least saya tulis jugak. >.<
_________________

tadi buka Youtube, search One Direction - One Thing. first time nak tengok video dorg ni. sebelum tu, drools sekejap. ololooo comelnya dorg nii! haha. (bajet 1directioners)


video tu kan berlatarbelakangkan kota London. & for someone who have been there, i got excited jugak la. ni dah pergi! situ dah pergi! excited sorang-sorang dalam bilik. #facepalm 

so lepas dah habis tengok video dorg, i realized that, post holiday saya bulan januari lepas still tak habis lagi sampai sekarang. busy kemain. ceyy. more like, pemalas. haha. so sekarang, tengah semangat ni! sebelum tu, baca:

Day 1 |  Day 2  |  Day 3  |  Day 4  |  Day 5  | Day 6

Day 7 dipenuhi dengan bersiar-siar di sekitar kota London! one of the best way to see London is by riding their double-decker bus. seriously. sangat jimat masa & jimat duit. 


sebelum naik atas bas, haruslah tangkap gambar di luar dulu. bukan selalu nak dapat naik benda ni. oh. and for those yang might be wondering (siapa suruh tak baca blog ni?), ktorg pergi time winter season. that explained the outfit.


and for someone yang tak pernah naik bas double-decker warna merah ni, of course la akan duduk di kawasan yang tak berbumbung. excited kemain kan. tapi sejuknya jangan main-main. beku tangan weh! tahan kencing duduk kat sini. =.=


and so the touring begins! 


dapat tengok keadaan traffic di London. 


itu Madame Tussauds yang saya pergi. boleh baca di Day 6.


this building is beautiful, so i took a photo of it. tapi tak tahu bangunan apa. haha. 


time ktorg pergi, memang tengah Winter Sale. so SALE signs are everywhere! memang juling mata tengok barang-barang dekat sana. especially dekat H&M. =')


oh, we've arrived dekat Trafalgar Square! sebelum pergi, saya cuma tahu mengenai kewujudan Trafalgar Square ni bila main Monopoly je. sekarang dah sampai dah. seronok sangat rasa. =)


ini bangunan apa entah lupa dah. 



and.. we are now on the oh-so-famous Tower Bridge. semasa bus ride ni, ada explaination mengenai tempat-tempat di sekitar London. there's one about Tower Bridge jugak but i forgot. go Google it yourself lah. =)


nampak tak London Eye? 


tahu apa ini? kalau tak tahu, memang tak tahu nak cakap apa. haha. this is Big Ben. tak sangka dah ada depan mata. selalu tengok dalam gambar je. 


and.. thats the end of out tour. actually banyak lagi tapi malas nak tulis. haha. we went to Piccadilly Circus and bought a few stuffs. seronok tengok cara hidup orang-orang di London. totally different than kita di Malaysia. 


tak sabar tunggu Olympic London 2012.

4 comments

Ardini Izzati said...

Untunglaa boleh pegi London :)

Nana S. said...

alhamdulillah abah ada rezeki lebih. :) satu hari nanti awak pun pergi la jugak :)

IEQAH said...

nak bus merah jugakk..

nana alwayss cntikk

Nana S. said...

maceh ieqah yg cantik juga :)