cikgu! cikgu! cikgu!

selesai baca buku Claire Lazebnik - The Smart One & The Pretty One. buku ni banyak mengisahkan tentang sisters bond. seronok baca. sebab, both of them berlawanan attitude. sekarang buku lain pulak! =D
________________

agaknya kan, apa perasaan budak-budak or kanak-kanak or baby-baby or budak-budak (lagi?) bila nampak pagar tadika begitu colourful macam di bawah ni?


"Ibu! Ibu! adik nak masuk tadika ni!" 

ecewahh. haha. even saya yang dah besar ini pun suka tengok pagar warna-warni macam tu, apatah lagi budak kecik.

inilah tadika yang saya pergi bulan lepas (ye, baru tulis sekarang).

Selamat Datang ke:
Pusat Jagaan Ilham (or Taski Ilham)!


untuk apa saya datang ke sini? untuk babysit. program babysit ini actually sebahagian daripada aktiviti kokurikulum semester ini. saya kan join Budi Penyayang. so, haruslah jadi penyayang lebih sikit. & plus! dapat tambah ilmu jadi lebih keibuan sikit kan? ahaks. (gelak geli)


sebelum start belajar, aktiviti pertama kanak-kanak di Taski Ilham (TI) ni ialah, tengok tv dulu. so ramai-ramai kumpul tengok Dora The Explorer. onyonyoo comelnya! ternganga mulut masing-masing. haha.

selepas dah tengok tv, baru lah mereka semua diasingkan mengikut kelas masing-masing. kumpulan ktorg pun (students Budi Penyayang UTM) turut dibahagikan jugak. setiap orang kena handle satu kelas. saya dapat kelas mengaji. =)


comel kannn? beratur laaa sorang-sorang kat belakang tunggu turn nak mengaji dengan ustazah. alahai, senyum je saya tengok keletah dorg ni. oh, yang paling depan tu, namanya Balqis Farzana. cantikk sangat orangnya! bulu mata dia panjang gilee. jealous kemain. T_T

selesai ajar dorg mengaji, saya jalan-jalan sekitar TI ni, nak tengok kawan-kawan yang tengah mengajar dekat kelas lain. 


ini kelas Sarah. dorg tengah belajar seni. belajar tampal-tampal manik ikut garisan dekat atas kertas. haha. semangat betul tengok dorg buat kerja. semua bekerjasama. =)


kelas yang di bawah ini pulak, tengah belajar mengenali bentuk.

Cikgu: "ini bentuk apa?"
Kids: "segi empat!"

alahai.


yang ini pulak, kelas menulis. gaya masing-masing tak nak kalah. sampai tertonggeng-tonggeng pun ada.


ini pulak kelas Seha. sama kecik je Seha dengan budak-budak dekat sini! haha. dorg ni pun tengah belajar seni sama macam kelas Sarah. tapi yang ini tampal-tampal kertas ikut bentuk pulak.


dekat bahagian belakang kelas ni, ada suara panggil:

"CIKGU! CIKGU! meh la sini tolong saya."

"ye, ada apa? okay. cikgu tolong ye?"

terharu jap orang panggil kita cikgu. =')


"cikgu, cikgu nama apa?"

"Nana. panggil Cikgu Nana ye?"

"okay cikgu."

lepas tu murid lain pulak (eceh murid pulak dah), "cikgu cikgu! cikgu berapa tahun?"

and another one, "cikgu! jari saya melekat gam!"

and.. another one, "cikgu cepat la sikit buat nii! ktorg nak main dekat luar ni."

because their teacher kata, siapa cepat buat, dapat main dekat luar. end up? saya buat sorang. =.=

k. fine.


haha. seronok layan dorg satu hari. bila tiba waktu pulang, serious rasa berat hati. dorg ni semua sangat mudah mesra. ye la, budak-budak kan? excited betul dapat cikgu baru untuk 1 hari. haha. untuk kenangan terakhir, saya tangkap gambar dengan 2 of my most favourite students.

Balqis Farzana & Ahmad Mustaqim
=)


sebelum balik kita kena buat apa, adik-adik?

baca doa dulu. =)


seronok memang seronok jaga dorg ni satu hari. tapi penat pun, ada jugalah. budak-budak kan banyak kerenahnya. memang perlukan banyak kesabaran. i've learned a lot from this activity, seriously. oh by the way, for those of you who might be wondering, tempat ni dekat mana? dekat belakang UTM Jalan Semarak, KL. lalu terus ikut Jalan Maktab and you won't miss it. pagar dia sangat eye catching. =)

rindu pulak dekat
budak-budak ni.

6 comments

redlomo said...

wah unik pagar 2.. kalau tgk sure nak join tadika 2...

Nana S. said...

colorful kan? haha. ;)

ef.ae said...

tha gate is really inviting! so cute! i'm sure it makes kids wanna go to school even on weekends! seems like so much fun and the kids are all so cute! <3

Nana S. said...

i know righttt :)

ezyra daniel said...

happening nye tadika nie heheh
ase nak dtg melawat je

Nana S. said...

kan? haha. meh la dtg :)