on this very special day, (part 2)

Alhamdulillah, siang tadi dah berjaya babysit budak-budak di sebuah tadika ni. InsyaAllah nanti saya post gambar. & dengan berakhirnya program tu, maka cuti pertengahan semester sudah pun bermula. yayy! seronoknya. =D
_________________

i just had the best birthday EVER! malam semalam memang, without a doubt, was one of the best night in my whole entire life. memang, boleh dikatakan sebagai the highlight of my birthday la. my classmates memang super awesome! i love each and every single one of them. thank you dear friends! =')

nak tahu apa yang dorg buat? baca.

okay, so pada petang 5 April 2012, Fafa ajak saya makan malam di Restoran Mali's Corner. katanya, dengan kawan-kawan perempuan. mulanya reluctant jugak sebab tengah hari semalam dah makan di Fullhouse (baca: SINI) but then memikirkan it was the last day untuk ktorg berkumpul sebelum mid semester break & its my birthday, so why not. lepas dah siap ala kadar, ktorg drive 2 kereta datang sini. 


bila sampai je, dorg pilih tempat duduk atas. "kita duduk atas la nak tak? macam best je." saya jalan paling belakang sekali antara mereka semua, so ikut bontot dorg je la tanpa banyak soal. dekat atas, Sarah, Fafa & Syafa yang ambilkan order ktorg & immediately turun bawah. by the way, Mali's Corner ni memang self service segala benda. baik dari order makanan, ambil makanan, ataupun bayar bil. semuanya layan diri.

jadi yang tinggal di atas, Jua, Mimi, Seha & myself. lama gila dorg dekat bawah ambil order. in my mind, i was like, "kenapa dorg ni lama sangat? oh. ramai orang kot. takpe la." so saya pun sembang-sembang je la dengan Jua, Mimi & Seha. tengah ktorg dok sembang-sembang semua, dengar suara Mirza dari belakang, he was humming lagu Happy Birthday dengan tray Char Kuey Teow di tangan.


terkejut gila nampak budak-budak laki sekelas pun ada sekali! ramai pulak tu. semua ada. Mirza, Fawaz, Zamir, Fido, Zamani, Din and Cdie. even Yana & Aqil yang kononnya 'tak dapat datang' tu pun ada jugak. serious suprised sangat.


masa Zamir tengah bawa tray makanan ke meja, dia tak sedar, di tangan dia ada pisau kek. saya ternampak dekat tangan dia, so saya tanya, "Zamir apa ni? apa ni? apa ni?". dia gelak je tanpa jawab sepatah pun. kantoi kat situ! haha. 


a few seconds later, lagi sorang kawan sekelas saya, Aizat datang bawa kek di tangan. & sekaligus dorg nyanyi lagu Happy Birthday kepada saya & Seha. ye, birthday Seha hari ini. saya semalam. so sambut sekaligus. =')


time potong kek ni i was shaking like crazy! serious overwhelmed sangat dengan suprise yang dorg buat ni. tak sangka ramai datang! i thought it was just us girls keluar makan malam biasa. haha. by the way, thats Seha. adik muda sehari daripada saya. haha.


this is our cake. "Happy 21st Nana & Nuna." kek ktorg ada swan dekat atas tu. tapi sayang, dah patah dah kepala swan tu. HAHA.


time ni semua orang sibuk-sibuk lagi nak settle tempat duduk & makanan. tapi saya ternampak camera Sarah menghala ke meja, so saya sorang je yang senyum. HAHA. nampak tak tengah excited tak habis lagi?! =.=


haaaaa.. ini baru betul. semua ready for the camera. aww. tak sangka daripada 2 meja je dah berganda jadi 4 meja. ramai sangat malam tu. terharu sebab semua budak lelaki ada sekali. kawan-kawan perempuan pun semua ada kecuali Emel, El & Eza.


masa mula-mula datang makan, saya kebulur gila sebenarnya. tapi right after nampak ramai sangat yang datang, terus jadi kenyang. haha. cehh poyo la Nana! but its true. serious terus kenyang. happy sangat. =') 

selesai makan, they told us to make a speech dekat depan. i was like, whaaattt? untuk apa?! haha. tapi buatlah jugak, sebab nak thanked all of them yang susah-susah datang celebrate & plan benda ni.


habis je ucapan, terus kena snow spray dengan Aizat. WHOAA! terkejut gila kot. nampak tak reaksi di bawah? haha.


mandi snow semua orang malam tu. Aizat pergi sembur dekat semua orang. haha. selesai speech, ktorg makan kek pulak. dorg suruh Fafa suapkan saya. haha. aww! kena suap lagi. hihik. siang tadi di Fullhouse  (baca: SINI)  dah kena suap dah. malam pun dapat lagi. SERONOK! =D


lepas dah makan, dah bagi ucapan, dah makan kek, dah kenyang, ktorg semua abadikan gambar sama-sama. aww. kawan-kawan saya ni comel sangatt. memang malam semalam, walaupun suara sengau sebab selsema tapi saya asyik gelakk je. & sengih pun sampai ke telinga. sakit pipi & mulut. bahagia sangat sebab ada kawa-kawan yang awesome macam dorg. =')


one thing for sure, i can definitely feel the love that night. our friendship were built from the last 2 years in UTM and now we're so close macam family dah. di UTM KL ni, walaupun bilangan kami kecil, tapi kami sangat rapat. i can open up to them and share almost about everything.

i hope kita kekal berkawan rapat even bila pindah Skudai ye, kawan-kawan? and even bila after grad, kerja, get married, have kids. i hope we grow old together! i love you guys. =') they were so sweet for planning the event from the beginning.


i am so blessed for having such great friends. Alhamdulillah. thank you Allah for giving me the chance to meet these wonderful people. i'll cherish our friendship sampai bila-bila. and another thing for sure, saya & Seha happy sangat malam tu. walaupun its just a small gathering & makan pun simple, but its the thought that counts right. rasa happy sangat-sangat. thank you, dear friends! kamu memang superb!

terharu yang amat sangat.
=')

No comments