hadiah anak konon?

mid semester break dah habis & minggu kuliah telah bermula. phewww! hectic sungguh minggu ni. banyak betul benda untuk dibuat. glad that now its over! but not just yet, next week pun banyak benda nak buat. doa sangat supaya segalanya berjalan lancar. InsyaAllah. Amin.
________________

petang nanti saya nak pergi ke Shah Alam, untuk attend birthday party anak kepada sepupu saya, Amal Hidayah & Aqil Hatim yang berumur 5 dan 4 tahun. anyonyonyooo omeynyewww tecik lagi! haha. im sure dorg berdua ialah orang yang paling excited sekali untuk birthday party ni. mana taknya, mesti dapat hadiah banyak & diraikan dengan begitu meriah sekali. aww. seronoknya jadi budak kecik. 

bercakap pasal hadiah, semalam pening jugaklah kepala saya fikir nak cari hadiah apa untuk belikan dorg. Amal suka Barbie, ala-ala princess. Aqil suka Transformers. puas tawaf the whole kids section dekat Parkson Subang Parade cari the perfect gift for them. thoughtful tak Mak Ngah, Amal & Aqil? haha. =P


tengok lah. barang Hello Kitty saja pun dah berjuta-juta banyaknya. belum lagi Barbie. stress betul tengok benda comel-comel ni. terasa macam nak beli semua!


bila jumpa Play Dough teringat zaman kanak-kanak dulu, saya selalu main benda alah ni dengan adik-beradik. "seronoknya kalau bagi dorg benda ni! boleh buat macam-macam." tiba-tiba teringin nak beli untuk diri sendiri. eh. ni sebenarnya nak beli hadiah untuk siapa?


rambang mata pilih hadiah untuk dorg semalam. saya sendiri pun confuse yang mana satu paling best. sebab semua pun nampak seronok untuk dimain. last sekali, saya call mak and tanya nak beli apa. HAHA! inilah akibatnya kalau pergi seorang. tak boleh nak discuss dengan sesiapa untuk buat keputusan. lepas dah end call dengan mak, saya pergi cashier & bayar untuk apa yang ada di tangan. hasilnya?


RAHSIA. 
Amal & Aqil kena tahu dulu. *wink*

absolutely LOVE the wrapper.
want to buy one for
myself nanti. hihi.

3 comments

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Wrapping pun comel Mak Ngah :D

RahsiaSocialBookmarking.com said...

isk, byknya menan, rambang mate.. best jadi bdk kecik...

p/s: Bakal menggegarkan dunia blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com

Nana S. said...

macehh kak long. haha =P

rambang mata kannn? thought so ;)