kucing buat saya menangis!

minggu depan start final exam, from 3rd to 18th January. won't be online that much often anymore. doakan saya boleh jawab soalan peperiksaan, kawan-kawan. terima kasih.
_________________

sejujurnya, niat di hati saya nak post mengenai kucing hitam ini beberapa hari lepas. sebab kejadian ini berlaku pada hari jumaat. kucing ini bukan kucing ktorg bela actually. mak terjumpa dia dekat depan rumah jiran sebelah, dalam keadaan lemah longlai sebab kaki dia baru lepas kena gelek kereta. entah kereta siapa pun tak tahu lah, Wallahualam. kucing malang ini serius tak boleh bergerak sebab ye lah, kaki dah patah kot. ibarat steamroll gelek batang kayu. patah remuk, seriously. T_T


so mak pun bawak dia balik ke rumah. bagi makan sebab dia nampak lemah sangat. tapi esok paginya, sebelum saya nak pergi OU, seperti saya post di entry INI, kucing ni dah mati dulu. abah susah payah gali lubang nak tanam dia.


& as for me, itulah pengalaman pertama kali saya nampak kucing mati depan mata. saya tak pernah nampak kucing mati sebelum ni. so bila nampak kucing tu keras tak bergerak saya jadi, kaku sekejap. macam tak percaya pun ada. sebab tak pernah nampak! & it made me think, what if one day the same thing happen to my cats? what will i do..?

Ginger

Garfield

Ginger & Garfield

saya terfikir, kalaulah satu hari nanti, Garfield & Ginger dah tiada, macam mana keadaan di rumah? mesti senyap sunyi tanpa keletah dua ekor kucing ni. tapi, semua itu terjawab hari ini. kehilangan Ginger sejak hari Khamis minggu lepas dah terjawab. mak call petang semalam bagitahu yang Ginger sebenarnya dah mati. Ginger dah pergi buat selama-lamanya. Ya Allah! saya dengar tu bagai nak jatuh jantung & segala organ dalam badan. GINGER DAH MATI?! sedih! menangis saya dalam phone masa mak bagitahu. mak kata Ginger mati dalam longkang betul-betul depan rumah. patutlah Ginger tak balik. patutlah mak risau. patutlah saya ada terbau bau busuk depan rumah. tak sangka Ginger rupanya. ='(


Ya Allah. menangis saya tengok gambar yang adik saya hantar ni. dorg jumpa mayat Ginger petang semalam. badan Ginger dah kembung, bulu dah tercabut dari badan. dalam longkang pulak tu. tak sangka sampai macam ini sekali keadaan Ginger bila dia dah mati. luluh hati saya. Ginger kucing yang baik, tak pernah banyak kerenah, tak bising, manja, comel. he's the best cat ktorg pernah bela. tak pernah jumpa kucing sebaik Ginger. sedih sangat bila tahu yang Ginger dah pergi dulu. dalam keadaan macam ni pulak. saya menangis sampai bengkak mata. sedih sangat. i guess for those yang ada kucing kesayangan tahu lah kot macam mana rasanya.

and then, malam semalam, adik saya call dari rumah. dia beritahu, Garfield pulak berada dalam keadaan lemah. KENAPA?! terkejut saya dengar. dia kata, kaki Garfield dah lemah sangat. susah untuk dia berjalan. mulut pun macam berbuih. katanya, "kakak, adik tengok Garfield macam tengah nazak." Ya Allah! 2 berita dalam 1 hari. kenapa sekaligus mereka nak pergi?! 


ini gambar dari video yang adik saya rakam. kaki dia macam dah tak boleh nak tampung badan sendiri. & keadaan dia macam tengah tercekik & nafas pun dah tak betul. katanya Garfield tak nak duduk di rumah. dia lari pergi ke tempat lain. so, dorg di rumah tak boleh nak rawat Garfield. entah lah. mungkin dia bawa diri jauh dari kami sebab tak nak nampak dia sedang terseksa kot.

"Garfield, kakak sayang Garfield sangat-sangat. Garfield dah bawa seribu satu kenangan dalam rumah. terima kasih sebab muncul dalam hidup kami. walaupun kadang-kadang Garfield mengada sebab makan pun nak bersuap, tapi kakak tahu Garfield saja nak manja lebih kan? kakak tahu sekarang Garfield berada di syurga. tempat yang terbaik untuk Garfield sekarang. begitu juga Ginger. kakak dah curahkan sepenuh kasih sayang dekat Ginger. kakak sayang Ginger banyak sangat. Ginger tak pernah buat perangai. tak pernah bising, tak pernah menyusahkan orang. Ginger kucing yang baik. sekarang Ginger & Garfield dah kembali kepada PenciptaNya. thank you for being the awesomest cat a person could ask for. kita jumpa lagi di alam sana. InsyaAllah."

still menangis lagi masa tulis ni.
sudah terlalu sayang.

14 comments

ayiel said...

it's okay sis, saya pun ada kucing same like u and i really loves cat very much same like u

tapi kalau dah sampai ajal dia nak buat macam mana kan? kita kena terima..nway u dah jaga dia elok2 selama ni, dpt banyak pahala kalau bela kucing, macam abu hurairah yang digelar 'bapa kucing' :))))

lepas ni jangan serik nak bela kucing lagi tau :P

Nana S. said...

thanks ayiel. :)

itulah kan. dah sampai ajal dia. kita kena terima walaupun payah. tak apalah. Allah lebih tahu. mungkin ada hikmah benda ni jadi.

IEQAH said...

meowww meooowww.. alaaa takmoo laa sedih sedihh naa

Nana S. said...

thanks ieqah :)

♥ NuR 'aQiLaH ♥ said...

garfield comey! ;)

hamzah ian said...

sabar ya ... jgn menangis

Nana S. said...

thx :)

y.Ho said...

Aih... kesian betul. Kucing-kucing kamu ni semua dah nak pergi. Saya tengok gambar pun sedih. :(

http://www.bananamylove.blogspot.com

Nana S. said...

dah ajal mereka kan. :)

Alias Kadafi said...

hi nana..
i fatin..
actually i research about kucing mati coz i teringatkan my cat..then i saw u pny blog..i read it..
so sad..
my cat pun dah xde bulan lps...
i sdh sgt smpai skg..
n i just nk perbetulkan yg kucing kita xkan ada alam lain selain di dunia sahaja..
tiada syurga dan neraka bagi mereka..
syurga dan neraka hanya untuk jin dan manusia..
i rujuk bnd ni dari org yg lebih ilmu agamanya..
mmg sdh kan..
1stly pun i igt my cat kt syurga da..tapi...
hmmmm...
i faham u pny feeling towards u pny cat..

Nana S. said...

@Alias Kadafi

alright, thanks :)

Anonymous said...

But dlm rasulullah ada sabda.. Di syurga kita akn brsm dgn benda2 yg kita sayangi. Kita boleh mohon dgn Allah utk brsm dgn fmly dn kcg.Di syurga Allah sbg reward kelakuan baik kita didunia.

Anonymous said...

Sabar na.....setiap yg idop pasti mati...

Anonymous said...

Dear all, saya juga mau sharing. Kucing saya + 2 anaknya tewas tadi pagi, ditabrak mobil tetangga dan digeletakkan begitu saja. Saya sangat sedih and can't stop crying till nowsebelum ke pasar, saya lihat induk masih menyusui anak-anaknya, 30 mins kemudian, sepulang dari pasar, saya menemukan 1 anak berlumur darah ditengah jalan. Saya tidak menemukan indul, saya panggil nama induk, puspita , dan terdengar rintihan, ternyata induk sekarat di dekat pohon. Ledakan tangis tak terbendung lagi, luar biasa kesedihan saya, dia yang sudah menemani selama 9 bulan dan berperilaku sangat manis dan penurut.... Saya kubur induk + 2 anak di tanah kosong depan rumah. Puspita masih meninggalkan 2 anak yang sangat lucu dan masih membutuhkan air susu. Saya berjanji akan membesarkan kedua anak sampai dewasa dan mandiri. Selamat jalan puspita dan 2 adik kecil... So sad, can't stop crying till now... Tuhan berkati semuanya. Amien,