jerawat dalam mata!

minggu lepas beria-ia sungguh mak ajak pergi tengok Ombak Rindu dengan dia. sampai saya cancel nak pergi tengok dengan kawan-kawan UTM sebab nak pergi dengan mak. tapi bila saya dah balik rumah, mak kata malas pulak. okay.
__________________

ehem.

apa? jerawat dalam mata?! biar betul?! OUCH!

okay tak takk. saje je tipu. hihik. dalam erti kata lain, jerawat dalam mata ialah ketumbit. yes, ketumbit. kalau dulu-dulu, bila someone tu ada ketumbit dekat mata dia je, mesti kena chop gatal miang sebab dok ngintai orang. PADAN MUKA! SIAPA SURUH MENGINTAI!? tapi tsk tsk tsk.. thats not the real reason why it happened boys & girls.

ketumbit boleh tumbuh atas 2 sebab:
  • jangkitan kuman atau kekotoran pada kelopak mata
  • kalenjar minyak yang menghasilkan 'chalazion' tersumbat
dan oleh sebab itu lah, dalam range masa lebih kurang 2-3 hari anda akan berasa sakit, pedih, gatal-gatal & etc. ada jugak yang sampai seminggu. terpulang pada berapa teruk tahap ketumbit yang tumbuh pada mata. 

gambar diambil dari Google

eh kenapa saya tulis pasal ketumbit ni? sadly, mata saya sekarang sedang berperang dengan ketumbit juga. oh demm! sakit yang amat tahuu? okay tak ada lah sakit sangat. tapi pedih lah. air mata pun kadang-kadang terkeluar sebagai tanda refleksi. haha. pagi tadi paling teruk lah kot. rasanya macam mata kena sengat tebuan. besar sebelah! tapi tak pernah lah pulak saya kena sengat dengan tebuan? err. okay, tak ada lah obvious sangat actually sebab ketumbit saya kecik je. tapi still, berat lagi bahu yang memikul kan? mata dah sedia sepet disepetkan lagi oleh Mr. Ketumbit.

bila En. KAM dapat tahu, dia tak habis-habis suruh pergi ke klinik ambil ubat. tapi saya ni jenis yang tak akan pergi selagi boleh. haha. bila dah sakit teruk sampai tak larat baru lah gegeh nak pergi. and for this case, takpe lagi kot? ketumbit sebelah mata je. the other one still boleh guna. & plus, ketulan kecik je. nanti baik lah. :)

oh by the way, cara-cara nak menghilangkan ketumbit dengan cara yang paling menjimatkan sekali ialah:

  • ambil 2 batang sudu & gesel-geselkan ia. right after dah gesel-gesel tu letak sudu tersebut di bahagian yang ada ketumbit. buatlah sekali sehari sampai hilang.(if ngilu tak payah lah buat! kang ada yang menggelupur pulak!)
  • ambil tuala yang direndam dengan air suam & letakkan di bahagian mata yang ada ketumbit. urutkan perlahan-lahan. buatlah empat kali sehari. InsyaAllah boleh hilang. ;)
ada juga yang saya baca kena ambil air dari pucuk bemban + hempedu ikan haruan. hempedu ikan haruan tu pula kena tumbuk halus. tapi cara ini saya tak tahu lah. tak pernah dengar. 

another way untuk hilangkan ketumbit juga ialah dengan mengambil seulas bawang putih & picit keluar air dia. then sapukan pada mata. tapi er err.. baca pun dah seram. BAWANG!? pedih kott. terima kasih banyak-banyak tak nak try. dah lah memang hakikat saya tak suka makan bawang, apatah lagi nak letak dekat mata. tettt! memang tak.

dari Google juga.

so err.. apa solution saya untuk selesaikan masalah ketumbit di mata ni? hm. biarkan! yeaaapp. biarkan sahaja ia berlalu pergi sendiri. selagi terdaya tahan, tahan lah. sekarang ni pun dah makin baik dah InsyaAllah. tak ada rasa teruk sangat macam semalam or pagi tadi. semoga ia cepat hilang! amin. :)

no contact lens for now.
great.

9 comments

Husna said...

akak pakai contact lens? i guess, contact lens penyebabnya.. ;)
but chill, insyaAllah eloklah tuh nanti.

zanafahmi said...

Dulu2, akak selalu sapu air embun dan baca selawat, insyaAllah ketumbit mengecut.

Nana S. said...

@husna: maybe la kot kan. tak cuci bersih2. haha. thanks anw :)

@zanafahmi: okayy. nanti try. thank you :)

IEQAH said...

alaa ciannye nana saya ni.. cepat cepat ok taw tp takpaa kecantikan you tetap tak hilang dek 'jerawat' itu..hehehe

Nana S. said...

kecantikan apa nye ni ieqaaaah? haha. takde maknanya :P
skrg dah makin baik dah. tq tw :)

najihahfara said...

paling x suka bila kena ketumbit. segan nak keluar huhu

Nana S. said...

@najihahfara sedih kann. sakit pulak tu :(

♥nurul♥ said...

sis nana,sy baru je kena ni skrg ni.tjumpa solution dr blog akak.thanks sgt2. huu. ngis2 td sbb kolej jauh dr rumah.sedihnyaa. td jumpa mcm2 petua.ada yg kena cabut bulu mata dekat2 ketumbit tuu.skitnyaaa.xsgup :(

agak2 brp hr bole hilang? masih boleh pki lens ke lepas ni? sy pun sllu guna lens jg ni.

Nana S. said...

@♥nurul♥ aww ye ke? siannyaa :/
baru kena ke?

&& lepas ni boleh je pakai lens macam biasa. cuma pastikan lens tu dicuci bersih2 dulu la baru pakai. takut kotoran kan. :)