wahai bayi kecil,

habis baca The Five People You Meet In Heaven by Mitch Albom. sekarang sedang baca Lock & Key by Sarah Dessen. an interesting book, i tell you.
__________________

boring tulis pasal Australia. yang itu, nanti nanti baru ada sambungan. haha. sekarang nak post pasal kes kelar bayi sendiri. haihh. tak tahu nak kata apa.


wahai adik yang baru berumur 16 tahun, adik pergi sekolah kan? jadi, adik merupakan seorang yang terpelajar. kenapa buat benda macam ni, dik? tak takut ke hukuman Allah nanti? dah lah berzina, membunuh lagi. malu la dik. malu. adik dah sakit-sakit bersalinkan anak tu, lepas tu senang-senang je adik bunuh? kalau ye pun tak nak anak tu, cuba bagi dekat orang lain untuk dijaga. banyak lagi pasangan yang dah berkahwin secara SAH pun tak dapat anak lagi. haihh.

tak tahu dah macam mana nak cakap lagi bila tengok dekat surat khabar, makin hari makin banyak kes buang anak. bukan sahaja orang dewasa. budak sekolah belasan tahun pun dah pandai buat anak. =.=' as for me, bila nampak je baby, terus rasa nak peluk cium. tak kisah la anak siapa. sebab mereka sangat sangat suci & putih bersih. rasa sayuuu je bila pandang muka si kecil yang tak bersalah tu. apa yang mereka tahu? nothing. Allah dah bagi kita akal untuk berfikir, bukan guna nafsu semata-mata. fikir-fikirkan lah. :)


bersama anak buah baru dalam keluarga.
gambar a few months back.

4 comments

Zulfahmi said...

Jagalah anak2 anda sebaik mungkin :-)

Nana S. said...

err belum ada anak lagi. tapi, insyaallah :)

IEQAH said...

uit uit..da mcm anak nana tu..hehehhe.. shomelll

Nana S. said...

huiiii bukan! hahahaha. kawen pun tak lagi xD