selamat pulang. :)

rindu Facebook. rindu Blogspot. rindu rumah. rindu mak. rindu abah. rindu adik-adik. rindu Garfield & Ginger. rindu KAM. rindu kawan-kawan. & ye, rindu kat UTM jugak. okay.
_________________

dalam flight, baru bangun dari tidur, terdengar pilot bagitahu, kita akan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 3 petang. tapi bila tengok jam, "eh? gila apa pilot ni? sekarang dah pukul 5 kot?!". OH! baru tersedar. rupanya jam di tangan menunjukkan waktu Gold Coast. ceyy, bajet gila. lempang diri laju laju. HAHA. 

Alhamdulillah. rombongan UTM selamat mendarat di LCCT. walaupun cuaca tak berapa baik atas awan tadi, memang macam naik roller coaster. menjerit-jerit semua orang dalam flight. like, seriously. mengucap panjang dah. takut apa-apa jadi. tapi Alhamdulillah selamat sampai. =')


tapi yang bestnya, dalam flight tadi, ada flight attendance tu muka dia sebijik gila macam Zahiril Adzim. cuma tak ada tahi lalat je. kalau ada, memang dah mintak autograph siap tangkap gambar sama. haha. okay, lupakan. by the way, sangat excited nak tunjuk mak, abah & Syakir barang apa yang saya sudah beli dekat sana. cepat pulang! tak sabar dah ni nak godek-godek beg. :D

hari Isnin ada kelas.
nak cuti lagi boleh? haha.

2 comments

Amirah Adnan said...

wow dear~!! bestnyeeee dpt jenjalan kat obesi.. jelesssss

Nana S. said...

haha. jom jom pegi jugak :P