kena maki in public. apa rasa?

Happy Belated Birthday to my dearest roommate, Jua. semoga kita terus menjadi roommate! haha. okay, tak ada kaitan. bye. =P
_________________

kejadian ini, berlaku beberapa minit yang lalu. yes, it happened to me. & anda nilai sendiri apa yang terjadi.

petang tadi, around 5.30pm, i went out to Wangsa Maju with Fafa. mahu mencari Ambank sebab nak bank in duit, tapi tak jumpa. snap! but then, ternampak Tutti Frutti, oh teringinnyaa! so i asked Fafa, nak tak singgah sekejap kita pergi beli? Fafa kata okay, so saya pun stop lah kereta. tapi disebabkan tak ada parking, saya double park je lah sekejap. tak lama pun, sebab nak pergi beli Tutti Frutti je.


we were so excited dapat makan Tutti Frutti ni sebab masing-masing pun teringin. teringin yang amat sangat. dah lama kot tak makan! mana tak nya. but then, tiba-tiba ada sorang lelaki tua ni buka pintu kedai & asked me: "Cik, yang dekat luar tu kereta awak ke?". saya jawab lah ye. then tak pasal-pasal kena maki.

"SAYA HON BANYAK KALI DAH AWAK TAK DENGAR KE?! FUCK YOU!!"

Astaghfirullahalazim. sentap gila rasa. tergamam kot! dah la dia cakap kuat. depan orang ramai. satu kedai boleh dengar. satu kedai pandang. so i said to him: "okay, sorry." then saya bingkas bangun tinggalkan Fafa dalam kedai tu sebab nak ubah kereta yang menghalang pak cik tua ni.

tapi, bila saya buka pintu kereta je, dia cakap lagi: "FUCK YOU!!"

Ya Allah. nak tercabut rasanya jantung ni. i said to myself, "nana, be strong. you are way better than him. walk away. nana, walk away." so saya pun ubah kereta pusing satu round sebab tak nak tengok muka dia dah. balik saja ke kedai Tutti Frutti Wangsa Maju tu, saya masuk je, satu kedai pandang. 

MasyaAllah. boleh bayang tak macam mana perasaan saya masa tu? di-humiliated depan public. dimaki hamun depan public. tapi i act like nothing happened. because i kept telling myself, "nana, be strong." & i did. but then Fafa told me:

Fafa: "kau tahu tadi bila kau keluar dia masuk balik?"
me: "what?! dia masuk balik? bila? cakap apa?"
Fafa: "dia cakap dekat aku, 'awak bagitahu kawan awak tu, sticker UTM Student On Board dia tu, patut buang je. dia tak layak awak tahu? tak layak. tak peka langsung."
me: "Ya Allah Fafa! apa masalah dia?"

& guess what? di dalam kedai tu pun ada seorang customer lelaki ni kata, "kalau ye pun tak payah la cakap macam tu. bukannya ada apa pun." see? perbezaan antara manusia yang ada adab sopan & beriman berbanding mereka yang tidak.

pak cik, walaupun saya dah tak akan jumpa awak lagi, tapi tahulah, bahawa awak dah sakitkan hati saya. awak dah malukan saya. awak jatuhkan air muka saya depan orang ramai. maruah saya, bagaikan dipijak-pijak saja. awak ada anak kan? cuba awak bayangkan kalau anak awak diperlakukan sebegini? apa, awak suka? awak gembira? tidak bukan? hm. tak apa lah pak cik. hari ini hari awak. esok lusa, hari saya pula. walaupun awak kata saya tak layak jadi student UTM sebab double park depan kereta orang je, tapi saya rasa awak lagi tak layak menjadi seorang Islam & ketua keluarga. UTM tak ada kaitan langsung dalam hal ini. awak jangan nak herdik saya macam ni ye, pakcik tua? i wonder, macam mana keluarga & rumah awak ye? macam mana perangai awak di tempat kerja ye? hmm. tak apa lah. itu semua bukan urusan saya. saya redha dengan apa yang berlaku. saya harap Allah beri balasan yang setimpal ke atas awak sebab menganiayai & mengaibkan orang. saya berdoa supaya awak bertaubat & Allah ampunkan segala dosa awak ye pakcik.  awak pun dah tua. sedar diri lah sikit. oops. terlebih pulak. saya minta maaf sebab double park ye pakcik? saya tak dengar. okay, jaga diri. :)

jadi kawan-kawan, nilai lah sendiri. saya tak nak cakap apa-apa. saya mengaku saya salah sebab double park. tapi, tak perlu lah sampai nak maki hamun kan? saya dah minta maaf pun dekat dia. tapi nampaknya, perkataan FUCK YOU tu lebih mententeramkan hati dia. biarlah. saya redha. ini satu pengajaran buat saya. & saya akan ingat sampaaaaaii bila-bila. terima kasih pak cik sebab bagi a very VALUABLE lesson dekat saya.. 

pak cik tua tu drive kereta Myvi putih
yang bapak saya pun boleh beli.
hihik. overrr la pakcik ni!

23 comments

아핏 said...

Oh godddd kejam gilew si tue tuuu

ZYASH said...

Ya Allah..., kalau zy la tu...dah menangis2 dah...huhu... sentap beb!!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Serious melampau.
At least kalau tak menahan sabar sebab double park tu pun, tak perlulah mencarut. Depan public pula. Public humiliation betul. Dang! Manusia macam tu, mesti tak guna otak. Guna punggung je fikir. Dia tak fikir yang bila-bila masa, dia boleh kena balik. Pasal parking je pun. Pfft. Tergamak betul manusia macam tu buat pada adik kak camni. :'(


What?
Hello. Dia tak boleh humiliate budak UTM. A big NO-NO. Apa hak dia nak kata tak layak pakai sticker & siap suruh buang? Tak ada kaitan sticker tu, taraf pelajaran dengan situasi. It's just double park, urusan yang boleh diselesaikan dengan cara mudah & what he did? Kaitkan dengan my precious uni? Oh, this is crap. That old man must be insane. Seriously ada fatal damage pada brain.


Ya, sengaja copy paste ayat kat FB. Nak komen lagi panjang, takut terbuat entry pula.

Takpe.
Hari ni kenal manusia.
Manusia yang mungkin, hmmm, okay, I don't want to curse anyone.

Be strong baby.
:')
*hugs*

Nana S. said...

tak tahulah nak panggil manusia ke tak tu. :)

udie joe said...

be strong nana =) doa kn yg baik2 je utk pakcik tu~

Kidal Tegar said...

just follow u .. twin name =) ..
kesiannyer.. xbaik r pakcik tuh.. xde sivik lgsung...haisyyy lebih terkejut bile taw orng ISLAM... -_-'

Nana S. said...

thanks guys :)

Nana S. said...

kan? Islam hanya pada dasar nama.

sarah mohamad said...

uneducated person macam tuu lah. jangan amik hati. lupakan je. orang yg tahu adab sopan dia akan tegur elok2.

Nana S. said...

mungkin juga kan? sebab tu lah tak reti berbudi bahasa. haha. thx sarah mohamad :)

Zulaika Nasir said...

sabaaar jelah kan kak =_=
tak patot . tak patot !

Azlan Hasan said...

Salam kenal..

dia cakap fuck you??..lain kali jawab..sorry only my husband can d that..biar dia bengang skit..hehe..

tapi what u ar doing is right..tak guna nak bertikam lidah ngan org tak bertamadun nie..buat panjang cerita je..lgpun dia da tahap pakcik2 plak tu..mana nak dengar nasihat dr org muda even for his own good..hehehe

Regards,
-Strider-

Nana S. said...

ika: thanks :)

azlan: haha! gilaa apa nk jwb mcm tu? xD btw, thx for the advice :)

aya said...

omg, baca pon sentap, tak tenteram jiwa, nana u are a strong girl, kalau kte, mahu tarik muka buat muka bodoh, dlm hati kompem berlagu2 carutan keluar~

Nana S. said...

haha! itupun habis tahan weh. sakit hati :(

Sudut Santai said...

kalau aku la jadi macam tu.. memang aku buat tak tahu ja.. biarkan pak cik tu berasap.. Sepatutnya lagi berumur lagi pandai bercakap.. wah.. kalau keluar Fuck You tu memang kureng la.. tua ke tak pak cik tu? Agak-agak umur beliau dalam lingkungan berapa?

rozeeta rashid said...

tak perlu kot nak marah teruk2. bengong pakcik tu.

Princess Nur said...

sian nana..sabar ye dik..memang jenis orang tak beradab sopan la dia tu..bahasa pun kesat..ceh! geramnye akakkk

ANNUR said...

aduh nana! apeda pakcik tu., mesti kat umh anak2 dia salu kena maki tuh.

IEQAH said...

omg dear..mmg sentaplaa.
kalau eiqah yg dapat words tu mau menitis air mata mnahan maku n paneh dihati..saba la you.. meh kita PANGGGG je sedasss

Nana S. said...

panas je kan? haha. biarkan lah dia. >.<

by the way, hmm.. rasa2 dalam 40-50's jugak la. tua dah pun =.='

Saya at wangsa maju said...

Hi, itu la double park lagi. Area situ mmg x boleh double park unless ada org dalam kereta tunggu. U ni pergi lepak lepak pulak. Patutnya u alert kot kot org hon. Sebab i pernah tunggu lama hon kan org yg double park sebelah i tak dtg dtg. Nasib baik kereta belakang baik hati keluarkan kereta.bayangkan hati i yg sakit menunggu org yg tak berkeprihatinan. Cerita u hanya pasal u kena sumpah tapi tak mengaku salah u. Anyway, pakcik tu tak patut lah sebut the f word. Jgn marah ye

Nana S. said...

@Saya at wangsa maju terima kasih.
tapi awak tak ada pada situasi tu. awak tak tahu apa yg jadi. ya, betul, saya salah sbb double park tapi tak perlu sampai macam tu sekali kan reaksinya? tak lama pun. bukannya sampai 30min. berbudi bahasa sikit. itu melambangkan peribadi kita kan. Assalamualaikum :)