Australia, Day 6 - Beach, Style, Weddings.

esok cuti, nak balik rumah, tapi khamis & jumaat ada test. greatt. just what i need. by the way, kepada yang menyambut Deepavali esok, Happy Deepavali. & please be safe! :)
_________________

our second last day in Australia. Day 6. October 7th, 2011.

pada hari kedua terakhir ni, dah tak banyak aktiviti yang ktorg buat. mula-mula ingat nak pergi Currumbin Wildlife Sanctuary tapi disebabkan kekangan masa, lawatan tersebut terpaksa dibatalkan. sedih jugak lah, sebab ktorg semua tak pernah pergi lagi. tak tercapai hajat nak tengok binatang-binatang comel. tapi tak apa! sebab kesedihan ktorg semua terubat bila dapat pergi pantai! woohoo. haha. pantai yang menjadi pilihan? tentulah Surfer's Paradise yang famous amous tuu. =D






tengoklah kawan-kawan saya, kemain lagi semua. haha. walaupun saya tak turun pantai pada hari ini, sebab teman Sarah, tapi Subhanallah, Surfer's Paradise ni memang cantik i tell you. air jernih, ombak kuat, pemandangan cantik, && pasir pantai dia pun sangat halus. bila angin kuat memang terbang melayang masuk mata semua pasir tu. memang seronok pedih mata. =') (berdasarkan memori 5 tahun yang lepas)


okayy, untunglah dorg semua dapat turun pantai. tapi saya lagi untung sebab dapat tangkap gambar dekat arch Surfer's Paradise ni. korg ada? haha. saya dah ajak dorg semua datang sini, semua tak nak dengar cakap saya. dahhh tak ada gambar ramai-ramai dekat arch ni. lain kali dengar cakap orang yang pernah datang ye? pantai tu semua tempat ada. haha! =P


dorg tak nak tangkap dekat arch, tapi tangkap gambar depan van instead. van ini memang telah banyak berjasa dekat ktorg sepanjang 7 hari dekat sana. ke hulu ke hilir dengan van ni. sampai kena saman $200 AUD pun sebab van ini lah. terbaik betul. okay, lepas dah puas turun pantai, kita ke mana pulak? 



ke Rivermill Cafe! tempat ini serious cantik. ala-ala countryside. siapa nak buat wedding reception dekat sini pun bolehh. walaupun tempat dia tak berapa nak luas, tapi if buat wedding reception, dapat rasa lah the intimate wedding feeling. kita buat dekat sini nak, Encik KAM? haha! okay, lupakan. 




before ke cafe di belakang, kita kena lalu muzium kecil ni dulu. macam-macam artifact ada dekat sini. amazed la jugak sekejap. piano yang dah berumur 200 tahun pun ada tapi err. gambar dia tak tahu pergi mana. heheh. lepas dah tengok muzium kecil ni, baruu lah akan berjumpa dengan cafe di Rivermill ni. :)




cantik kan pemandangan di sini? *pengsan* kalau nak buat reception dekat sini, tak payah pergi jauh-jauh untuk tangkap gambar after-wed. background pun memang dah awesome dah. 







well of course. haruslah ambil gambar kenangan di sini kann. haha. mereka di atas ni were the only guys yang ikut serta dalam trip ni. okay besides Dr. Syazli. out of 13, 5 je lelaki. perempuan major! wuhahaha. eh Zamir, tidur?! haha.



jumpa binatang yang comel dan err yang tak berapa nak comel juga. main-main sekejap dengan si putih ni tepi pagar. but then, terjumpa playground, nampak buaian, terus lupa dunia. saya suka buaian! =') 




saya sangat sukakan suasana persekitaran macam ni. aman damai je rasa. udara pun bersih. && paling best, berlatarbelakangkan bukit-bukau. pokok keliling, jadi tak perlu risau tentang udara kotor. serious rasa nak tinggal terus je. saya jatuh cinta dengan tempat ni. :)


suka gambar di atas.
thank you cdie. :)

5 comments

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Kalau nak buat majlis kat situ, sila jemput XD

Nana S. said...

err. dlm mimpi boleh la kak. haha.

Most Desirable said...

Hi Lucky u, great pics of australia and really i can only dream of being there. Nice of you to share your moments. Life is great, enjoy!!

anisrosli said...

nana! gambar last serious nice gila.. ;)))

Nana S. said...

thx most desirable. :)

anis: haha! lawa kannnn? view dia perghh. tu pun suruh kawan amekkan tu ;D