Australia, Day 4 - SHOPPPINNGGGG!

oh gembiranya, blog saya sudah bertukar wajah. nak nanges nak nanges! haha. tapi tapi, sebenarnya template ni tak siap lagi pun. still ada a few things yang under construction. nanti bila dah siap, saya rasmikan ye. sabar sabar. :)
__________________

iye, saya tahu sesungguhnya saya sangatlah lembap untuk mengupdate pasal trip ke Australia tempoh hari. ni baru Day 4. yee. saya tahu saya lembap. haha. dah busy, nak buat macam mana. T_T tak kisah lah. untuk kali ini, disebabkan blog pun dah berwajah baru, so, gambar pun saya letak gedabak besaaar punyeee. if tak nampak jugak, meh nak cungkil bijik mata. haha. 

ehem. sila baca tajuk. perlukah saya beritahu lagi bahawa pada hari ke 4 ktorg buat apa? perlu ke? perlu ke? perlu. SHOPPPINGGGG! wuhahaha. pada hari keempat ni memang banyak sungguh duit melayang. mengalir macam air pun boleh. pantang nampak, semua pun cantik! jadi sebelum bertolak, haruslah bergambar bersama kawan-kawan dengan muka penuh keterujaan. (okay, macam tak je) 


destinasi yang menjadi pilihan untuk melaburkan wang? HARBOUR TOWN! serious sampai sekarang pun asyik terbayang je Harbour Town ni. sangat best untuk shopping dekat sini. barang-barang dia murah gila!






kedai-kedai yang ada dekat sini pun boleh tahan. branded stuffs la jugak. tapi, saaaangat lah murah you can go nuts! imagine, baju, kasut, bag or whatever yang sangat cantik pun you can get from as low as $5 AUD. mana tak borong sakan. hihik. 




saya seorang yang sangat gilakan baju baru. so, borong baju untuk diri sendiri banyak-banyak. HAHA. untung tak ada kakak or adik perempuan. if tak, kena belikan untuk dorg. wuhaha. 


tengok lah. baju untuk lelaki pun murah gila. 2 for $15 AUD ada. 3 for $10 AUD pun ada. serious gila heaven! even bila convert to RM sekali pun, harga dia pun still murah lagi. 




buah-buahan dekat sana pun murah. ikutkan hati memang nak beli, tapi nanti tak termakan pulak. so batalkan sahaja niat di hati. :) oh tengok lah, kawan-kawan saya dah borong sakan di Harbour Town. semua pun paling kurang mesti ada 2 beg plastik di tangan. haha. 


pada sebelah malam, shopping lagi. tapi kali ini di Night Market di Surfer's Paradise. teruja jugak nak tengok apa yang ada dekat Pasar Malam dorg kan. haha.








banyak jugak la duit melayang masa hari keempat di Aus ni. sebab saya banyak beli souvenirs. eh okay, tipu. barang untuk diri sendiri pun ada jugak. haha. but, sangat puas hati lah. sebab dapat beli semua barang dalam range harga yang diharapkan. :)

kawan lelaki pun shopping sakan.
so jangan cakap perempuan je okay. 
haha.

3 comments

Anonymous said...

nmpk lonely jee ddk kat header sensorng..letak la KAM skali

Nana S. said...

haha. tak lonely punnn.

Korean Style Online said...

Nice blog and good writing, continue and keep up a good work, sesekali boleh lepak kat blog saya korean fashion malaysia online / online shopping blog. have a nice day