Australia, Day 3 - Yes, Civil Engineer?

semalam di Subang Parade, saya & Jua terserempak dengan Remy Ishak & Tiz Zaqyah tengah jalan together. nak tahuuu, Remy Ishak senyum dekat saya. sila cemburu! hihik. Tiz Zaqyah rendah je pun dari saya. baru tahu. ingatkan tinggi. haha. semalam tidur tersengih sebab teringatkan senyuman Remy Ishak. wahaha. lempang diri laju laju. :P
_________________

Australia! Day 3. October 4th, 2011.

hari ke-3 kami dipenuhi dengan lawatan ke Queensland University of Technology, Gardens Point Campus (QUT). agak jauh jugak lah dengan tempat tinggal ktorg. sebab QUT Gardens Point dekat Brisbane, padahal ktorg duduk dekat Gold Coast. so, gagahkan jugak lah bangun pagi. haha. 


gambar di atas diambil dari Google. ini entrance untuk ke QUT. di sebelah kanan tu ialah bangunan Parlimen. ada gambar ktorg ambil di situ. mana? baca duluuuu. ;)


time ni tengah dengar a few lectures dari lecturers di sana. satu je nama yang saya ingat: Dr. Vaughan Coffey. dia sangat kelakar. ceramah tu pun, quite interesting lah. mostly talks tu semua pasal civil engineering stuffs lah. betapa luasnya skop civil engineering ni. haha. tiba-tiba rasa tak menyesal pulak pilih civil engineering. okay, berapa banyak nak guna perkataan civil engineering? =.='

nampak tak di belakang tu? mereka adalah students dari Malaysia. seronok juga dapat jumpa kakak kakak & abang abang dekat sana. ada yang tengah buat PhD pun. untung laa dapat belajar dekat Australia. haha. selepas dah dengar ceramah, had our snacks, its time to - lawat sekeliling campus! seriously QUT ni sangat besar. possibility untuk sesat dekat dalam ni amatlah tinggi. sebab bangunan dia rapat-rapat & tinggi. banding dengan Bond (read: here), walaupun kawasan dia luas, tapi bangunan jauh-jauh.

person-in-charge as our tour guide ialah: Nate! 
haha. tak ingat lah pula full name dia apa. but, Nate ni sangatlah comel. bila nampak camera hala dekat dia je, dia mesti sengih. haha. gila camera juga rupanya dia. kita boleh kawan! :D





dah penat pusing keliling campus, makan lagi. haha. dekat sana best. makan tak perlu risau. perut pun selalu penuh je. hahah. && seperti biasa, lunch ktorg hanyalah roti sandwich. time ni dah biasa dahh. tak ada ingat-ingat nasi lagi. dah jadi orang australia celup kann. haha.



gambar di atas, ktorg bersama abang apa tah nama dia. lupaaa. T_T tapi he's from Malaysia lah. sangat talkative. senang mesra orangnya. :) lepas makan, solat & then wooooshh.. ktorg masuk kelas kena belajar. haha. dalam kelas ni, dapat la berbangga sekejap sebab jadi tetamu jemputan khas. duduk pun belakang sekali. tujuan masuk kelas dorg? sebab nak expose kan ktorg dengan cara mereka belajar. tak ada jauh beza pun. sama je dengan dekat Malaysia. cuma, sana lagi extreme lah. nak masuk lewat 45 minit ke, nak keluar sesuka hati ke, nak main phone sambil kaki naik atas kerusi ke, semua tak ada siapa kisah. agak kejutan budaya sikit lah part tu. haha.



meja dorg pun boleh tahan besar. okayy lah. tapi overall, tak ada beza mana sangat pun dengan dekat Malaysia. habis kelas, tangkap gambar ramai-ramai dengan students Associate Professor Bambang Trigunarsyah ni. semua pun sporting habis lah. tengok la dalam gambar ni. 


dari QUT, ktorg berjalan kaki untuk pergi site visit. only a few blocks away. tahu tak bangunan ni bangunan apa? 


this is Brisbane Supreme & District Court. cuba try Google. haha. kami bertuah sebab diberi peluang masuk ke dalam construction site ni untuk tengok cara-cara ia dibina, bagaimana ia dibina & banyak lagi lah. bukan calang-calang orang boleh masuk ke dalam construction site sesuka hati okayy? && dapat lah ktorg tengok dekat mana dia punya ceremonial court, mana dia letak banduan, dekat mana bilik security. semua tahu lah. thanks to this guy down here:


tak ingatlah pula nama dia apa. tapi dia pun sangatlah comel. baby face je muka dia ni. comel gila. tapi malangnya, dia tak ada Facebook. :( haha.

tengoklah aksi-aksi ktorg first time dapat pergi site visit. siapa tak excited wehh. sebab ini ialah bidang kerja ktorg, as a future civil engineer, so might as well kita di-expose-kan lebih awal lah kann? :) 


saya bakal jurutera awam! haha.




bila dengar baju oren ni explain blablabla pasal construction ni semua, ktorg jadi ternganga mulut sekejap. cara bangunan ini dibina sangatlah teliti & setiap aspek pun dia akan ambil berat walaupun kecil. factor of safety pun terbaikk. best lah dapat pergi site visit ni. sangat tak sabar nak tunggu mahkamah ni siap. nak bagitahu yang saya terlibat sama semasa ia dibina! haha. thank you Lend Lease!
tahu tak?
Amitabh Bachan baru sahaja 
dapat anugerah dari QUT.
klik sini.

6 comments

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Woo hoo.
Seronok amat ni.

XD

Nana S. said...

mmg seronok :D

Nia Ridzwan said...

wah best3. tahniah ea sis!

nanti buatlah giveaway dari australia :P

Nana S. said...

haha. thanks :)

Nurul dot..dot..dot said...

jelesnye korang dapat pegi trip oversea..kitorang nak pegi penang pun susah nak dapat dari HEM -___-"

Nana S. said...

hem kan mmg cerewet sikit. biasa la tu nurul. haha. takpe2. nnt u'll get ur chance ;)