Make A Donation

ramai betul orang di Pos Malaysia tadi. nak hantar barang melalui Pos Laju pun dah beratur panjang. gila betul. tapi nasib baiklah dapat hantar jugak VCO untuk Wanie tadi. fuh. penat menunggu. Alhamdulillah selesai. :)
_________________

sedih tengok video di bawah. rasa nak menangis pun ada. T_T


manusia, kadang-kadang pun boleh terlupa nak bersyukur atas segala nikmat yang Allah dah bagi. makanan yang ada, kita buang buang. pancaindera yang ada, kita salahgunakan. selepas tengok video ni, jujur cakap, saya tak akan bazir dah makanan yang ada di depan mata. betapa mereka di sana semua kelaparan, kita di sini mewah dengan makanan, tapi sikap suka membazir tu still ada. kalau boleh, jauhkan lah. ingatlah saudara kita di sana yang tidak ada makanan langsung, sampai mati kebuluran. ='(

di bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah sama-sama kita menderma IKHLAS KERANA ALLAH ke tabung Islamic Relief Malaysia. jika ada yang berminat, klik ke link ini: Make A Donation.

bersyukur ada di bumi Malaysia.

No comments