jangan baca kalau takut darah!

buat masa sekarang, saya sedang mengidam platform shooooes. *drools* someone tolong belikan boleh? sayang duit gaji. wahaha. tapi if beli nanti sure kena marah. "dah tinggi buat apa beli heels lagi?!", so they'll say. sigh.
__________________


oh tidak. tanda peace dengan jari berdarah di atas tidak lah menunjukkan yang saya rebellious. tidak. harus lah lebih gempak dari ini bukan? haha! gambar di atas adalah bukti, bahawasanya jari saya telah dicucuk tanpa rasa simpati oleh seorang nurse di Pusat Darah Negara. tett! bukan sakit pun. haha.

untuk apa semua ni? sebab saya pergi derma darah lahhh dekat PDN. first time dulu dekat sini, 3rd time pun dekat sini. sebab apa? sebab nurse dia besssst. very friendly. =') && semangat pun lebih berkobar-kobar sebab ye lah, dekat PUSAT DARAH NEGARA kot. haha. tak ada kaitan. err. >.<

time saya pergi dengan abang & 2 orang sepupu, Awina & Afiq hari Isnin lepas, seriously, ramai gila orang. kerusi dekat sana hampir penuh okay? whoaa. && guess what? i was the only female donor. lain semua lelaki! bangga jap dengan diri sendiri & semua yang datang menderma hari tu. tahniah! haha.


saya suka pergi derma darah. dari kecil, saya selalu teringin nak derma darah tapi tak cukup umur lagi. now bila dah cukup umur, each time ada kelapangan, tubuh badan sihat, saya akan pergi derma darah. banyak sangat darah dalam badan, apa salahnya kalau kita tolong orang yang lebih memerlukan, bukan? free free dapat pahala, tolong orang. mana lah tahu, kita dapat selamatkan 1 nyawa dengan darah yang kita telah derma. tak ke besar maknanya? :) tak apa, kita boleh generate darah baru, melalui makanan-makanan yang kita makan. so, i dont see anything wrong by donating your blood.


kalau dulu, saya selalu tanya mak, "mak, darah kakak jenis apa? A ke, O ke, B?". & mak selalu confused. ye lah, bukan seorang anak dia. & banyak lagi benda yang perlu diingat. ngengada betul pergi tanya jenis darah tak pasal pasal. haha. tapi sekarang, sejak saya start menderma darah ni, tak perlu tanya mak lagi. saya dah tahu jenis darah saya sendiri. so, senang lah kann kalau orang tanya. :)


sebelum masuk ke dalam, haruslah bergambar bersama sepupu kesayangan dulu. HAHA. time ni dah habis disoal siasat oleh doktor dalam bilik. "awak cukup tidur malam semalam? awak dah makan? awak ada selsema atau batuk? awak itu.. awak ini.." macam macam dorg tanya. haha.


once dah masuk ke dalam, pilih kerusi mana nak duduk, then a nurse will come to assist you. serious rasa macam nak baring je dekat kerusi tu. besar gila. haha. abang was sitting next to me. & so does Afiq. Awina? dia tak boleh menderma atas sebab-sebab tertentu.


ada yang kata, "takutlah tengok jarum dia! besar gila! sakit!". alahh, kalau takat sakit sikit macam kena gigit semut je pun tak boleh tahan, baik lempang diri laju laju. HAHA. benda tu sekejap je. kalau takut sangat nak tengok, toleh tempat lain, pejam mata. habis cerita. kan? haha. tapi saya tak buat macam tu lah. saya siap tolong akak nurse tu tepuk-tepuk tangan cari urat. time dia nak cucuk jarum, saya tengok, sampai lah selamat masuk ke dalam. lepas tu tak rasa apa dah. betul. =')


bila dah habis, haruslah bergambar dengan darah sendiri sebelum ucapkan selamat tinggal. hahah. saya habis dulu sebelum abang & Afiq. sebab nurse kata, darah saya keluar laju. abang punya darah slow. HAHAHA. ehem. tengok orang lahh. *angkat kening laju laju*


bila dah habis, anda diWAJIBkan untuk makan dulu dekat cafe ye. PDN memang dah sediakan makanan free untuk setiap penderma. && time ktorg pergi, fuyowww banyak gila makanan ktorg dapat! gila heaven lah. haha. kennnnyang perut. wee.


pihak PDN juga akan bagi ubat kepada setiap penderma selepas menderma darah. ubat-ubat tu adalah untuk tolong our body generate blood. kena makan setiap hari 1 kapsul. kecik sangat ubat dia. mesti habiskan. dulu saya selalu lupa makan. HAHA. >.< sekarang tak buat dah. janji saya makan tiap-tiap hari ye. :P


jadi kawan kawan, why not korang pergi derma darah mulai sekarang? sama-sama kita bantu orang yang lebih memerlukan. hari ini kita tolong mereka, esok lusa mereka tolong kita pulak. takdir Allah siapa tahu? tolong-menolong kan amalan mulia. :)

burst out all the latest
awesome news to your friends here.

4 comments

azharadzuan said...

xtakot darah tp takot jarum huhu

moneymakergroup said...

tak pernah derma darah sebab takut jarum :)

Nana S. said...

HAHA! dua2 pun takot jarum ke? =.='
benda tu punyalah kecik pun boleh takut? :O
tak apa mehh. tak sakit pun. betul ;)

Aizat Chik Suliman said...

bagos2 derma darah saye pon derma kat hospital nice :D