sekarang giliran abah,

banyak kali dah nombor 'Withheld' call. berjuta kali cakap hello, orang di seberang talian tak cakap apa apa. tadi pun call lagi. malas nak cakap hello dah. EH? dia pun diam jugak. masalah betul siapa yang call ni. -___-'
_________________

semalam terlalu penat untuk online & post blog. dari dekat bawah lagi dah tergolek golek dah depan TV, mengantuk. tapi sebab mak suruh jugak tengok rancangan Dialog di RTM TV1, maka perasaan itu terpaksa ditahan. kenapa tiba tiba nak kena tengok TV1 pulak ni? padahal tak pernah yang nak dibuka pun TV1. tak minat. haha. selepas diberitahu oleh mak, ohhhhhhh. patutlah abah tak ada malam semalam. siap pakai baju batik warna purple nak pergi mana? abah dipanggil untuk jadi tetamu jemputan ke rancangan ini:



rancangan Dialog ini dihoskan oleh Dr. Ghazali Taib.


kenapa abah dipanggil ke sana? sebab malam semalam topik yang dibincangkan ialah, "Implikasi Penyelarasan Kadar Tarif Elektrik." patutlah orang orang penting TNB ada dalam rancangan tu. haha. 

penonton

tetamu jemputan I

tetamu jemputan II

saya pun pernah masuk TV juga. 
 baca sini. (nak jugak)

2 comments

Anonymous said...

Suka cara Dr Ghazali mengacara rancangan langsung tak boring kan?tak macam pengacara rtm lain.

Milo O

Muhammad Ash Syahid bin Haji Ismail said...

Dr Ghazali adalah pensyarah bahasa Jepun di IPG KBA