if its love that you want,

STAGE Cosmetic juga ada buat sale! homaigod. must buy! but but but, sale dia sampai hujung bulan april je. bila yang nak boleh keluar? exam start minggu depan. wuu. nak belii. :(
__________________

pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada guru. ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang

pelajar: "cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"

cikgu: "okay. kamu ikut apa yang cikgu suruh. kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. dah petik yang PALING cantik, kamu bawakan ke kelas."

apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. cikgu bertanya,

cikgu: "kenapa tiada rumput yang dipilih?"

pelajar: "tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."

cikgu: "ya, itulah jawapannya. maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku. semoga yang berlalu tidak berulang lagi. & ingatlah, orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik & yang paling baik. mahupun kalau nak diikutkan, banyak lagi yang cantik & baik seperti rumput tadi.."

***
aww. someone gave me this through a text message, a long long time ago. & i decided to write a post about it. betul, hargailah orang yang ada di depan kita. jangan kita take them for granted. because you'll never know if tomorrow you'll ever see them again.


people come & go. 
but memories stay forever.

4 comments

Nurul dot..dot..dot said...

already post bout stage sale yesterday:

http://nuruldotdotdot.blogspot.com/2011/04/betol-ke-ni.html

i'll be going to STAGE pavilion esok..jom jom jom ^ ^

LORD ZARA 札拉 said...

Yes, people come and go but some people will still remains in our heart.

Somehow, my mind flew to that SA.
Slap my face.
Ok, back to reality Zara.

Good luck my dear sweet lil sis.
Love U.
Alaways

the girl next door said...

nak Final dah ye!!
gud Luck :)

Nana said...

nurul: haha! okay :)

kak zara: thank you kak :)

tgnd: thanks :D