info temuduga senibina UTM

esok (27th April) start exam first paper - Engineering Survey. pukul 9am. doakan ye kawan kawan? terima kasih banyak banyak. :)
_________________

niat di hati nak tulis pendek je. tapi, tengok Formspring tadi, ada orang tanya soalan ni pulak. akak jawab ye dik? (ceyy. macam dah tua sangat je. HAHA)

(tak nampak? click lah.)

okay. first, kenapa dia tanya soalan tu, you might asked? sebab ini: temuduga SBS-Senibina, FAB UTM. suatu masa dulu, architecture adalah pilihan utama di hati. tapi, maybe tak ada rezeki kot, tak lepas temuduga. tak apa, dapat second choice. which is, Civil Engineering. && still dapat universiti pertama pilihan hati, iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terhebat. =')

Alhamdulillah. rezeki Allah yang tentukan kan? Dia lebih tahu. :) okay, so berbalik kepada soalan adik Eda. benda benda yang perlu dibawa? saya bahasakan diri akak & adik lah ye? macam comel je. haha. adik Eda, macam yang akak dah tulis dekat post temuduga tu, interview architecture ni ada 2 sesi. 

  1. jawab The Aptitude Test. 
  2. temuduga individu.

untuk Aptitude Test, adik perlu bawa kotak pensel, pensel warna, sahaja. dalam kotak pensel tu, lengkap dengan segala alatan untuk melukis lah ye? oh. by the way, pembaris tidak boleh digunakan ye. semua kena lukis dengan bare hands. so, might as well you practice your drawing skills. barulah pemeriksa akan bagi markah lebih kan? markah lebih = peluang cerah. 

dalam Aptitude Test juga, ada soalan subjektif. adik kena baca buku buku yang berkaitan dengan senibina mulai sekarang. start buat research sendiri okay? tak kira lah through buku ke, internet ke. gunakan segala kemudahan yang ada. ambil tahu mengenai siapa arkitek yang famous dekat dunia ni, arkitek arkitek dekat Malaysia, siapa yang bina sesuatu bangunan, apa ciri-ciri yang ada dalam sesebuah bangunan tu, jenis binaan & so on. kena ambil tahu ye? sebab kalau tidak, tak dapat nak jawab lah soalan yang ada dalam tu. oh! && imaginasi juga kena tinggi. sebab adik kena sambung garisan yang dorg dah bagi menjadikan ia sebuah bentuk dalam 3D. practice lah dari sekarang. :)

&& time 2nd session iaitu, temuduga individu, kalau adik ada folio lukisan sendiri, adik nak bawa pun boleh. pemeriksa akan look through your folio & they will ask you a couple of things. nak kata bawak folio tu advantage pun, tak jugak, sebab, markah yang paling banyak dekat cara adik berkomunikasi dengan mereka. apa dorg tanya, jawab dengan bijak. practice your english! sebab ada soalan dia akan tanya dalam BM, dia suruh kita jawab dalam English. & ambil tahu jenis jenis binaan bangunan yang ada. kalau macam akak, dia tanya ciri binaan The Summit USJ. sebab akak tinggal dekat USJ. tapi, untuk adik, akak tak tahu lah. semuanya terpulang dekat penemuduga tu. memang dorg akan tanya sukehati dorg je. seriously. so, BE PREPARED.

all in all, actually tak payah bawak apa apa sangat pun. prepare yourself physically & mentally. yang penting, pensil, pemadam & pensil warna MESTI bawa. folio lukisan: sampingan sahaja. && benda benda yang dorg tulis dalam surat tawaran tu, yang tu pun kena ada lah. tengok balik surat tawaran, baca betul betul. okay? :)

PRACTICE. PRACTICE. PRACTICE.

no matter your english kee, your drawing skills kee.. be prepared. itu yang penting. && beri jawapan dalam nada yakin. okay adik? :)

GOOD LUCK! 

harap dapat membantu. 

39 comments

Anonymous said...

owh.. baru tahu.. trima ksih share pngalaman ni.. sbb sya mmang bercadang nk smbung blajar dlm bdang seni bina.. (",)

khairrul akmal said...

thanks sgt2 4 this info. lega sikit hati nie.
actually i ade bende lg nk tnye akak nie sbb akak dh ade pengalaman interview. jika blh mntak tlg sgt2 msj no nie ->017-6547271(akmal). i ade beberape soalan yg nk diajukn. please ye.. ^_^

Nana S. said...

no problem. suka dapat membantu :)

khairrul akmal said...

nk tnye skit. folio lukisan tu nk yg cmne??? sy dulu sek teknk. so sy ade blajr engineering drawing(lk).
folio lukisan cmne yg akak mksudkn???
tlg comment blik ye.. ^_^

Nana S. said...

@khairrul akmal

folio lukisan yg awak pernah lukis sebelum ni lah. maksudnya, apa2 jenis lukisan yg awak ada. tak kisah lah LK ke, or lukisan suke2 ke. letak je semua tu dlm bentuk folio. kalau akak dulu, akak lukis bangunan2. sbb architecture kan. haha. but apa2 pun boleh :)

khairrul akmal said...

ouh. thanks :)
n lg 1, interview yg ke-2 tu lbih kpd oral kn?? so klo die tnye dlm bi or bm blh ke kite jwb cmpur(bi+bm)??
time akak interview tu kebiasaanye die byk tnye ape ye? klo blh beri cth sikt. :)
tlh terangkn ye.. ^_^

Nana S. said...

@khairrul akmal yeap. oral je. dia akan soal face2face. awak duduk dkt dpn dorg. dorg akan soal. & akan mark awak punya paper yg Aptitute Test tu.

if dorg tanya dlm bm, tp dorg suruh awk jwb in bi, awk kena jwb in bi. tak boleh campur dik. tolak markah nnt. jgn sia2 kn. practice ur english. kena mantap.

hm. apa yg dorg tanya? sesuka hati dorg je actually. kalau mcm akak aritu, dia tanya psl family. dia suh kita ceritakan psl family. then kenapa kita pilih architecture. & dia suruh explain psl sesuatu building's architecture. kalau mcm akak, dia tanya The Summit USJ tu lah. sbb akak tinggal dkt2 situ. sng2 je soalan dia. dia just nk tengok cara kita berkomunikasi je. :)

Anonymous said...

Salam akak, sye cndidate spm'11 so skrg berminat sgt nak ambik course seni bina. Tp saye asal nye in science stream. boleh ke? n tade basic dlm lukisan sume nie, jd mcm mane nak pass test aptitude tu T.T mgkin ttg info2 lain sye bole wat research dkat entnet. Bole x akk tlong saye??

Anonymous said...

Salam akak, sye cndidate spm'11 so skrg berminat sgt nak ambik course seni bina. Tp saye asal nye in science stream. boleh ke? n tade basic dlm lukisan sume nie, jd mcm mane nak pass test aptitude tu T.T mgkin ttg info2 lain sye bole wat research dkat entnet. Bole x akk tlong saye??

Nana S. said...

x apa kalau awk takde basic dlm drawing pun. asalkan awk minat course ni, drawing skill tu akan dtg dgn sendirinya.

aptitute test tu senang je. its all about basic drawing. asalkan interviewer faham lukisan awk, pun ok dah. practice la dkt rumah. try lukis a few buildings ke, orang ke.. practice makes perfect kan? :)

info2 lain tu, kalau awk betul2 nk amek course ni, awk baca serba-serbi psl architecture. ambil tahu siapa arkitek famous di dunia. jenis2 binaan yg ada dlm bangunan & etc. soalan2 tu akan ditanya dlm interview nnt.

ada soalan lg tanya okay? :)

Anonymous said...

Thanx kak :D 1 more..akk ade pape info tak tntng town planner nie? saye minat gak course nie. Tp ramai takot2 kan sye ckp town planner n archi tak byk pluang kerje. Betul ke???

Nana S. said...

akak x berapa nk sure la psl town planner. haha. adik buat la research. cari dkt internet maklumat2 ttg town planner ni. :)

yg psl peluang kerja tu pulak, i dont think so. because skrg ni pembangunan makin pesat. org pun makin ramai. demand untuk rumah, or office buildings mesti akan makin banyak. dkt situ, kita dah tahu, architecture mesti diperlukan kn? && sama jugak mcm civil engr, town planner, quantity surveyor, mechi & electrical engr.. & etc. semuanya berkait. dont worry psl kerja. insyaallah ada rezeki, ada lah :)

Missy Yna said...

ni nak tanya saya budak matriks batch 2011/2012 n terkena panggilan tmuduga seni bina UTM. sykur juga saya ada ambil Seni masa SPM dulu.
maksud dy tnya THE Summit USJ tu, dy tnya reka bentuk ker atau pndapat??? sbb sy basic ni xde la bnyk sangat sebab matriks aliran science.

Nana S. said...

dia tanya "terangkan apa yang awak tahu mengenai seni bina The Summit USJ? Explain in English."

so, ia berkaitan seni bina :)

Anonymous said...

@ miss yna
you pun dipanggil utk temuduga utm next week? wah, same lah kite.
you untung lah, at least ade pengalaman dalam course art. sy dari spm sampai matrik skg ni takde experience langsung dalam bidang ni. but nasib baik ade minat. so, i wish you all the best :)

Nana S. said...

good luck anon! :)

nojay said...

kakak, awak temuduga tu sebelum result upu keluar ke? atau sudah dapat tawaran upu?

Nana S. said...

sebelum yang :)

Sonia ~~ (soso) said...

when is the UTM interview individual? it's start oredi?

Sonia ~~ (soso) said...

when is the UTM interview? it's start oredi?

Nana S. said...

for this year? im not sure. but i think it started already though. idk.

Nola Haslinda Nouza said...

Salam,dlm temuduga tu wajib speaking english kew? OMG. huhuu!

Nana S. said...

dia akan tanya a few questions dlm english :)

Anonymous said...

salam..akak,sy ad soalan na tanya paasal archi la...harap akak blh tlg,msj je no sy 0179007908...akak bgtau je...sy blh call..hehe ^_^

Nana S. said...

@Anonymousnak tanya apa ye?

Anonymous said...

salam kak. saya lepasan lepasan spm skola smk biasa dan saya ambil aliran sains di skola.saya sangat minat minat menjadi arkitek sejak kecil. dalam aliran tu tiada mata pelajaran lukisan kejuruteraan, adakah saya layak utk memohon kursus seni bina? dan manakah yg patut saya pilih sama ada mengambil diploma senibina di utm atau memilih program matrikulasi yg hanya mengambil masa selama 1 tahun? tolong saya kak! hehe

Anonymous said...

salam, nk bertanya, sekiranya saya mengikuti program matrikulasi selama satu tahun kemudian sambung pengajian saya ke utm, bagaimanakah saya mendapat part 1 dan part 2? maksud saya bukan ke kursus senibina ada part 1 Dan part 2 kan? kalau saya berjaya masuk ke utm untuk sarjana muda adakah saya akan terus mendapat part 2? walaupun soalan saya belit2 tp harap dpt bantu saya.. saye tgh pening :(

Nana S. said...

@Anonymous kalau awak takde bljr subjek Lukisan Kejuruteraan (LK) pun tak apa. awak still boleh mohon utk kursus senibina. akak dulu pun tak ambil LK juga kat sekolah. akak pun aliran sains macam awak, sekolah biasa mcm awak. tapi alhamdulillah dapat temuduga :)

& psl yg nak ambil diploma or matrik, itu terpulang pada awak. kalau diploma, 3 tahun. tapi matrik 1 tahun.

advantage Diploma:
lepas 3 tahun, awak ada sijil diploma. banding dengan matrik, awak tak ada sijil. jadi kalau awak fail (minta dijauhkan), kelayakan awak cuma takat SPM je. faham tak? matrik tu, tak dikira. sbb matrik mmg tak ada sijil. faham? :)

advantage matrik:
after setahun, awak boleh terus masuk degree. instead of 3 tahun diploma, lepas tu degree. tapi bila masuk matrik, setahun je awak spend. struggle la sikit. sebab matrik ni setahun je. tak susah pun. depends kat jati diri awak mcm mana. kalau awk rasa awk boleh buat, awak masuk matrik. mcm akak. :)

semua terpulang pada awak nak ambil mana satu. akak ada kawan masing2 ada yg ambil diploma dulu, ada juga yg ambil matrik. dua2 pun ambil senibina. :)

Nana S. said...

@Anonymous

refer comment kat atas ye. :)

Anonymous said...

salam... tempoh belajar utk tamat degree mana yg mana lebih pendek? melalui matrik kemudian degree ATAU diploma kemudian degree? yg saya tau tempoh belajar di metrik lebih pendek drpd diploma...

Nana S. said...

@Anonymouswslm.

matrik : 1 tahun
diploma : 3 tahun

if ambil matrik + degree lebih cepat dari diploma + degree.

Anonymous said...

Kak nk tanya... Kursus senibina pilihan utama saya di upu.. Kalau saya tak lepas temuduga utk kursus senibina, adakah saya akan dpt tawaran utk kursus pilihan kedua di upu? Mcm kakak bgtau yg kakak tak lepas temuduga then dpt kursus engineering... Saya cuma risau kalau saya tak lepas temuduga nanti upu saya burn camtu je.. Tolong jwb ye ^.^

Anonymous said...

salam kak. saya nk tnya kenapa kurus senibina tiada dlm option UPU? ada cara lain tak untuk apply kursus senibina ni kak? T.T

wada abd.kadir said...

akak saye ade temuduga sains seni bina dekat utm 28 mei nie... so, akak rase pakaian yang mcm mne yg saye patot pakai?? thanks kak.

Nana S. said...

@wada abd.kadirbaju kurung pun boleh. or if awak nk pakai seluar, pakai seluar slack. warna hitam/beige/putih. kasut kena ada heel sikit and bertutup.

ALL THE BEST for your interview!

Anonymous said...

salam kak, saya lepasan matrik. saya xde seni atau LK semasa SPM. mereka suh bwa folio atau lukisan untk iv this course. boleh ke lau xde folio atau lukisan dr skolah dulu?

Nana S. said...

@Anonymous thats okay. if tak ada folio drawing pun tak apa. just make sure masa interview buat elok2. wow the interviewer with your talents, your communication skills & etc. show them who you are!

GOOD LUCK! :)

sya jamie said...

assalammualaikum akak,klau lukisan saya mmng semuanya dah ditampal atas cardboard macam mana ya?kira folio jugak eh?

Nana S. said...

@sya jamie hmm boleh try bawa. atau pun ambil la gambar lukisan tu. atau pun, try lukis lukisan lain utk dijadikan folio.