perut oh perut

kelas Differential Equation pukul 2-4pm tadi cancel. sebab ibu kepada lecturer ktorg meninggal dunia. sama sama sedekahkan Al-Fatihah ye. :)
_________________

sejak semalam, exactly right after pergi wedding di Sungai Buloh tu (baca: definitely not the last wedding), dekat rumah saya muntah muntah, cirit birit. no, its not what you think. bukan makanan kenduri tu yang bersalah, bukan. tapi ini disebabkan perut saya yang sangatlah mengada. perangai lama dia datang balik iaitu: GASTRIK. iyee, saya mengaku saya ada gastrik. boleh kata teruk jugak lah. since sekolah rendah lagi dah ada natang ni.

walaupun dah lama penyakit ni bersarang dalam badan, tapi kadang kadang terlupa jugak, pergi skip breakfast, kadang kadang skip lunch, or makan sikit sangat. perut saya perut tong, bukti? cari dekat previous previous posts. so, ianya BUKAN SEBAB DIET! hm. so perut pun naik angin jugak. dia lapar tapi tuan perut tak bagi makan. haihh. T_T so semalam, keluar habis nasi kenduri, tak sempat nak hadam pun. balik rumah terus muntah. bagitahu mak, she knew right away that my gastrik datang balik. wuu.

kawan kawan, saya mahu bagitahu, gastric ni tak seronok. merana semerana rananya. sebab dia berkait dengan perut. perut dalam badan, mana boleh tengok? tahan je lah sakit dia sorang sorang sampai tergolek tak boleh jalan. if luka dekat tangan kee, apa kee, boleh jugak letak ubat, tengok condition dia. if dalam perut, nak korek? tentulah tidak. 

apa punca terjadinya gastrik dalam badan ni? ce citer ce citer.
seperti yang anda semua tahu, dalam perut sudah sedia ada acid untuk proses penghadaman makanan. so, IF kita tak makan, perut dah tak ada makanan untuk diproses, maka acid acid tersebut akan mengamuk, makin lama dia makin banyak, & rise up naik ke bahagian atas. sebab itulah perut akan rasa senak macam ada orang tengah tumbuk berjuta juta kali tanpa henti. agak agak best ke rasa? tak nak jawab.

jadi, sebagai peringatan buat saya & juga kawan kawan, untuk mengelakkan diri daripada dapat penyakit ni, saya nak bagitahu:

  1. sila makan ikut waktu. tak payah nak diet diet. tak payah nak makan sikit. bantai je semua! TAK GEMOK AIH! heheh.
  2. minum banyak banyak air kosong. its THE best water for your body. bukan Coke, bukan Milo.
  3. be active. sila bersenam sampai patah kaki.
  4. (sila rujuk no. 1) if nak makan pun, jangan sampai overeating ye? ambil portion yang mencukupi saje. jangan melantak. baiklah.
  5. jangan makan makanan pedas or oily. sebab it will only trigger your gastritis. nak kee nak kee?
  6. if kena gastrik, boleh minum susu. TAPI, effect dia untuk jangka pendek je. 

okay, itu untuk mengelak. tapi, macam mana nak tahu if kita ada gastrik atau tidak?
if perut dah sakit macam gila, sehingga menyukarkan pergerakan anda, sama ada untuk berjalan atau berdiri, ting ting tinggg! gastrik lah ia.

oh iyee. gastrik ni, if tak diubati, or dikawal, & makin lama makin teruk, boleh jadi ulcer. if lagi teruk dari ulcer, boleh mengakibatkan cancer. so meaning: GASTRITIS > ULCER > CANCER. siapa nak kena cancer kan? jadi, marilah makan secara sihat & ikut waktu. iaitu, 3 kali sehari & drink plenty plenty plenty of water. oh perut, sila baik cepat. 

tak suka minum ubat kapur.

8 comments

LORD ZARA 札拉 said...

kena makan 3 kali sehari eh?

nanti punggungku makin lebar.

tak mau


wuuuuu~

Nana said...

HAHAHAHA! kak zara niii. xD
takde maknanyeee.

NULEUL syaznic said...

samelah kite...tapi my condition tade la trok sgt smpai munta2...pas mkn ubt ok la...
get well soonnnn.....~~~~~! :D

byk minum susu ok..?hee

Nana said...

nuleul syaznic: oh really? haha. okayy thank you :)

kendra said...

Cari bermacam-macam informasi terkini berkaitan dengan teknologi, perisian, komputer, pelaburan, kenderaan, peralatan mudah-alih, pengetahuan umum dan segalanya di http://kendrabing.com

Anda juga boleh mengambil kesempatan untuk mempromosikan hasil penulisan di blog anda di Kendra Bing tanpa had asalkan terma dan syarat dipatuhi.

Tambahan pula, Kendra Bing merupakan laman sesawang yang paling sempurna sebagai sumber muktahir dan ilham untuk isi kandungan penulisan yang seterusnya di blog anda.

* Sertailah sekarang. Buatan Malaysia untuk orang Malaysia.

salwa said...

thank you nana for sharing the info....saya pun ada gastrik yg teruk mcm nana & dari kecik lg...tp selalu degil bila abah / doktor bg nasihat....skrg pun dalam process makan ubat lg sbb dalam 3 minggu ni mengalami gastrik yg mlampau...sob3 :(
baca blog nana ni tambah kesedaran sy sikit untuk lebih menjaga kesihatan & mengamalkan pemakanan yg sihat :)

p/s- doc suruh byk amik serat...tp sy langsung x makan sayur :( ...

salwa said...

aiikk...kenapa comment sy yg pnjg2 td mcm x published :(

Nana S. said...

ada. comment salwa keluar tu :)
cuma kena approve dulu.

btw, jgn skip makan tauu. makan makanan berkhasiat. perut kena jaga. nnt makin sakit kita jgk yg susah kn. bukan org lain yg tanggung sakit tu. >.< ingat pesan doktor tau salwa! eat healthily.

take care :)