wabak master chef sudah merebak

sekejap lagi, 3.30pm ada koku. kelas senitari. tolong lah ada kelas, tolong lah tolong lahhh. dah banyak kali kelas cancel. dah tergedik gedik dah ni nak menari. HAHA. okay tak, tipu. tak nak!
_________________

penat sungguh kelas lab hari ini. TAPI experiment sangatlah menyeronokkan. sebab apa? sebab ktorg semua siap boleh main masak masak lagi. semua pun nak jadi master chef jugak. kunun kunun buat kuih lah, buat kek lah. best! dapat main tanah. teringat zaman budak budak dulu, selalu main tanah/pasir dekat depan rumah dengan jiran sebelah. (yee. dulu saya comot. jeles?) zaman dulu mana ada PS3, Nintendo Wii semua! hmpfh. T_T

ehem. cara cara untuk memasak tanah. yes, i repeat, TANAH:

1. sukat tanah yang telah diayak dengan betul. make sure reading kena baca elok elok, if tak, report tunggang langgang. masalah besar.
2. lepas tu, campurkan sedikit air bersama tanah yang telah ditimbang tadi. adun sehingga sebati ye tuan tuan dan puan puan. 
3. eh lupa pulak! kena make sure bekas yang nak guna tu dibersihkan terlebih dahulu. jadikan ini step yang pertama. silap laaaahh. :')

4. gunakan tanah tanah yang sedia ada tu untuk buat bentuk seperti yang di bawah. apa? tak suka? nak buat bentuk lain? TAK BOLEH! nanti tak jadi. 

(macam cacing kerawit pun ada. -__-)
5. dah siap buat bentuk semua, boleh masak daaahh. so, next step is, masukkan bekas bekas tersebut ke dalam oven.
6. eh lupa lagi! if malas nak ayak tanah guna cara tradisional, iaitu tangan, kaedah lain pun ada - mechanical shaker. tunggu 10min, tanah yang nak digunakan pun siap. hebat betul teknologi zaman sekarang. :')
7. sementara menunggu mesin di atas buat kerja, sila ambil segala ukuran yang diperlukan. seperti: berat setiap penyangak EH! silap, pengayak. if tak buat nanti kena marah dengan prof. masalah besar jugak.
8. EH. masa ada banyak lagi. apa kata kita tangkap gambar dulu? :D


PALING PENTING!
etika berpakaian ketika melakukan sesi masak masak di dalam makmal. sila berpakaian begini jika tidak mahu kena halau keluar. 
(kasut tu penting. HAHAH!)

ini hanya cara caranya. esok baru kita boleh makan tanah yang dimasak ini ye tuan tuan dan puan puan. sebab memang peraturannya, kena masak 24 hours. harap bersabar & segala kesulitan amatlah dikesali. 

tak habis habis merepek. 
-_____-

5 comments

N A D E A said...

semua nak jadi chef sekarang. Hee ;)

airaniez wirdani said...

cantik baju workshop UTM..^_^

Nana said...

nadea: haha. tu la pasal :P

airaniez wirdani: cantik ke? =.='

LORD ZARA 札拉 said...

Baju kaler lawa tu!

Haish.

Nana said...

baju UTM International Campus, Kuala Lumpur. woot! banggeeee. hahaha :P