honda vs proton? memang tak lah.

hari ini ada matahari. Alhamdulillah. kain pun boleh kering dah, badan pun tak rasa sejuk dah. Garfield and Ginger pun tak balik ke rumah dah. hmpfh. pantang tak hujan! -___-
________________

pagi tadi saya & adik temankan abah ke showroom Honda di err.. di..uhh.. entah? Glenmarie kot. tak tahu ler. (padahal siapa yang kena drive kereta? =.=') yee. abah pun ada kereta baru jugak. dia jealous lah tu, saya ada kereta baru, dia pun nak jugak. wek. tapi kereta saya memang TIDAK BOLEH kalahkan kereta dia lah kannn.

Honda dengan Proton. mana satu kau nak? hmpfh. jauh panggang daripada api. T_T

nombor plat kereta abah lain sikitt je dengan saya punya. kalau hujung tahun lepas, nombor plat yang tengah hot is BLB. sekarang ni BLC. tunggu lama sikit, keluar lah BLD. so, if nampak kereta kereta dekat highway tu yang BLB, BLC, BLD or BLZ sekalipun, kereta baru lah namanya tu. F.Y.I saje ye. 

hari ini abah sengih sampai ke telinga lah, dah dapat kereta baru. hmpfh. gedik betul. ehem ehem. perfect timing ni. abaaaahhh, kakak nak handbag baru boleh? *sambil kelip mata laju laju* wakaka. :P







saya dah confident nak bawak kereta. :)

4 comments

LORD ZARA 札拉 said...

Walalala!

Syoklah ada kereta baru!

Nana said...

haha. biasa je pun. sbb bukan saya punya ;P

asybedazzle said...

hanbag baru?
tak boleh. haha.
tiba2.

Nana said...

wek. nak jugakkk :D