yes, i am simple but i do love fashion.

sekarang dah ada dekat rumah. woot woot! cuti lama, sampai ahad. mari berjoget sakan. hee. lega tadi dapat bawak kereta dengan jayanya sampai ke rumah. heheh. oh by the way, khabarnya pengacara yang famous amos tu, Aznil Hj. Nawawi akan datang ke kolej saya ahad ni. untuk program Mari Ganyang Aedes Bersama Aznil. jom? :D
________________

tadi, kelas koku - senitari cancel. halamak aih! buat penat orang je turun naik turun naik lif. penat okeh? walaupun hanya tekan butang je. tapi still menggunakan tenaga untuk angkat tangan & tekan butang. bazir sungguh tenaga. bahaha. semangat yang berkobar kobar untuk pergi berjoget dalam kelas pun punah ranah disebabkan tak ada kelas. hmpfh. next week takmo pegi! HEH. :D

so petang tadi dah tak ada benda nak buat, duduk dalam bilik tekan tekan segala benda dekat laptop ni. tiba tiba terjumpa gambar yang dah gila lama sampai habuk tebal 2 inci. whaaaatt? is that me? HAHAHA. macam tak percaya pun ada bila tengok gambar diri sendiri. gambar gambar time sekolah rendah & menengah dulu. woosh. sungguh tak percaya. 

dulu dulu muka innocent gila kott. dengan braces still tak tanggal lagi. so, panggilan 'budak gigi besi' tu dah sangat sebati dalam diri. bila nak tangkap gambar pun, sengih dengan satu cara sahaja. sebab apa? sebab if bukak mulut luas luas, akan ternampak lah gigi besi yang membuatkan mulut nampak SANGAT besar & luas. sebab tu lah kepitt je mulut tu dalam setiap gambar di atas. heh.

time matrikulasi? dah mula pandai melaram. no, actually dari zaman sekolah lagi dah start melaram (kata pun anak perempuan tunggal dalam family) tapi dekat matrik ni dah tau apa yang nampak elok dekat badan sendiri & apa yang tak. kiranya, dah pandai beli baju sendiri lah. if tak, mak je yang tolong belikan baju. T_T


dekat matrikulasi jugaklah saya banyak belajar benda benda baru. daripada pakai tudung dengan plastik keras dekat kepala (ala zaman budak sekolah) sehingga lah kepada rebonding rambut. yes, i admit. dulu memang hotak mereng sikit. on off je pakai tudung. tapi Alhamdulillah sekarang dah tak. :)


tambah tambah lagi, sekarang ni fesyen tudung pun dah banyak SANGATTT. nak tak nak pakai je. macam macam gaya boleh buat dengan hanya sehelai shawl/pashmina. asalkan tau cara & confident dengan apa yang kita pakai, orang tak akan pandang pelik. yes, itu yang saya belajar so far. sampai kan, kawan kawan UTM mintak tolong ajarkan cara lilit shawl, mintak tolong ajar macam mana nak apply make ups. kawan kawan matrik? dorg terlebih dulu dah mintak tolong make up kan. padahal semua tu saya belajar sendiri. && cermin mata pun dah pandai buang. sekarang pakai contact lens daahhhhh.


ye. saya belajar sendiri. saya tak ada kakak untuk diminta tunjuk ajar. takkan nak mintak abang & adik adik lelaki yang lain? lain jadinya kang. >.< so, saya ambil inisiatif sendiri untuk belajar tingkatkan lagi physical appearance & confidence level. Alhamdullillah so far semua okayy. yang penting yakin. boleh jadi mak andam dah lepas ni. ahaha.

p/s: semua orang pun cantik, lawa, gorgeous, handsome (dan dann..) if pandai gayakan apa yang ada pada diri sendiri. semua orang pun ada kelebihan masing masing kan? :)

terserempak dengan kawan lama, dia tak kenal dah.
"kau dah lain gila lah sekarang!" katanya.

2 comments

Sendra said...

hai nana..pertama kali saya datang sini..masa baca part yang kat matriks tu,memang betul kan?rasanya memang kat situ lah ramai yang akan beubah dan banyak belajar benda baru..

saja nak kongsi jugalah pengalaman saya kat sini (terima kasih kalau sudi baca)..masa saya mula masuk matriks,banyak perkara yang saya tak tahu,sebab sebelum ni maybe macam duduk johor saja so otak johor je)tapi bila masuk matrik perlis,campur dengan macam2 orang so banyak dapat belajar benda baru..haha.

anyway yang awak cakap plastik keras kat tudung tu,tu kan macam dari sekolah rendah dah ada??psstt..tak panas ke pakai benda tu??

anyway salam perkenalan,saya suka cari kawan blogger baru,sendra.

Nana said...

oh heyy sendra! :D
haha. yeahh, zaman matrik kan zaman dah abes sekolah. biasa la tu semua org pun nk try benda2 baru ;)
&& plastik tu panas? haha. tak adalah. dah biasa dah kot. so tade apa sgt. tp now tak pakai da benda tu.

anyway, thx.