rupa sebenar bakal engineer

second week dah ni, kenapa tak ada assignment lagi eh? kenapa lecturers terlalu baik hati kali ni? HAHAHA! suke suke sukeee. kalau boleh biarlah sampai lepas Chinese New Year ye professor professor & doktor doktor sekalian? saya allergic sikit dengan assignment banyak banyak ni. :D
_________________

pagi tadi yang sepatutnya tak ada kelas, telah disemakkan dengan lawatan ke Akademi Binaan Malaysia (ABM), dekat Jalan Chan Sow Lin. buat apa ktorg ke sana? entah lah. kata Dr. Syazli, untuk expose ktorg dengan cara binaan yang baru, iaitu Industrialised Building System (IBS). baru Tahun Satu Semester 2 kot. tapi, tak apa lah. kata pun, ehem bakal engineer kan? haha. ehem. :P

so apa itu IBS? ianya terbahagi kepada 5 jenis. Sistem Konkrit Pratuang; Sistem Kerja Kerja Acuan; Sistem Kerangka Keluli; Sistem Pre-fabrikasi Kayu & Sistem Kerja Kerja Blok. tengok! bukti yang menunjukkan bahawa saya dengar lecture yang orang tu bagi tadi okehh? haha. (padahal part ni je yang dengar. lain? no comment)

before pergi sana, ktorg terpaksa tunggu sampai berjanggut dekat tempat menunggu bas di campus. pak cik bas ni memang nak kena tibai. HAHAHAHA! && dah kata bakal engineer, so kami pun dengan tidak membuang masa, buat lah kerja kerja yang berfaedah. seperti? 

jadi mak andam. 

jadi ulat buku.

jadi budakyangtakpernahpenattangkapgambar


and jadi orang yang tiba tiba menyelit duduk tengah tengah.

see!? kami semua bakal engineer yang sangat berpotensi tinggi. HEE! :D

oh sekejap. time ni ktorg dah sampai dekat sana. tengoklah mereka semua. sangat excited bukan?

dekat sana ktorg kena brief pasal binaan rumah menggunakan sistem IBS ni lah. katanya lebih baik daripada kaedah konvensional. dalam erti kata lain, IBS lebih jimat, lebih bagus & lebih selamat. jadi, lupakann yang lain. (tiba tiba teringat iklan Daia)

ho ho ho. dah dibawa ke dalam makmal & rumah contoh dia, apalagi weh? posing sakan lah semua orang. saya dah kata dah dalam post post sebelum ni, bahawasanya 1-SAW memang gila bergambar. tidak kiralah sama ada lelaki mahupun perempuan. sebab tu mereka ROCKKK! haha. ;D

saya ada rumah baru. jemputlah masuk. :'D
rumah saya berlubang lubang lagi. atap tak siap, tingkap takde, tangga berlubang. maaflah ye. saya miskin je. :')

tapi dapur lawa. sebab apa? ada gaya isteri mithali tak? nak masak untuk si suami kena lah dapur lawa lawa. MWAHAHAHA. okay, sila muntah sekarang. encik KAM, not a word okeh? haha. 
penat dah kot mengupload gambar & menaip ni. nak tidur. penat yang teramat sangat. esok pagi kemungkinan kecil ada kena buat Field Work pulak dekat tengah tengah padang. hadoih. baiklah kawan kawan. goonite! 

bakal civil engineer.

2 comments

LORD ZARA 札拉 said...

dah cam rancangan Deco2 dah~

XD

kamu tinggi betul.

nak kata tu je.

okthxbai <<< style twitter~

sobs~ >.<

Nana said...

hahah. tinggi? tu lah. dgn kawan2 saya, saya sorg je yg pelik. lain sume sama taraf je. agaga :P