kalaulah dia tahu,

seharian di dalam bilik. apa lagi untuk dibuat eh? haih. boleh gila tahu? wahai hari esok, cepatlah datang. saya nak pergi kelas, supaya saya tak payah fikir lagi dah benda benda yang tengah melompat lompat dalam otak sekarang ni. T_T
________________

saya pernah terbaca dalam satu artikel mengenai Islam. lama dulu, tapi tak ingatlah pulak artikel mana. then tadi, terbaca Erti Seorang Lelaki katanya lebih kurang begini, 'pemilihan calon suami bagi anak perempuan sedikit sebanyak berdasarkan karakter ayah mereka. jika putih suci sifat seorang ayah, maka terbaiklah pilihan mereka.'

tapi bagi saya, jujur cakap, saya nak cari calon suami yang 1000% berlawanan daripada sifat abah. kenapa sebabnya, biarlah saya saja yang tahu. segala yang tidak ada pada abah, segala benda itulah yang saya nak cari pada seorang lelaki untuk dijadikan suami suatu hari nanti. & segala apa yang ada pada abah, saya tak nak ciri ciri itu untuk ada pada lelaki yang saya pilih itu nanti. 

walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur sebab at least saya ada seseorang untuk digelar bapa. untuk dipanggil dengan panggilan 'abah'. berbanding orang lain, yang tak ada ayah langsung. saya still ada emak, still ada abah. still ada abang & adik adik untuk bergurau senda. setiap hari saya doa supaya mereka semua dipanjangkan umur, sihat tubuh badan & diterima segala amal ibadat. 

tak ada apa untuk ditulis lagi. saya just harap, satu hari nanti abah akan berubah sikap menjadi seorang yang lebih baik. semoga Allah dengar segala apa yang saya mohon kepadaNya selama ni.

Amin.

3 comments

LORD ZARA 札拉 said...

Dan mencari juga orang yang lebih baik dari Abah. Abah baik tapi modification version of Abah in future husband will be better.

Moga2 doa kamu juga akan didengari dan dimakbulkan.

ieMa ackLes said...

jangan sedey2 erk...
banyak2 berdoa pada Allah semoga mendapat jodoh y terbaek..

semoga doamu dimakbulkan Allah..amin

Nana said...

thanks :)