budak nerd buka kelas

ehem. bakal kakak ipar sedang tersenyum gembira nampaknya? haha. comel je. suka bila tengok orang di sekeliling happy. because at the same time, they made me happy seeing them happy. (that make sense right?) by the way, si jantung hati juga setiap hari buat saya senyum sampai ke telinga. walaupun jauh, tapi dia selalu ada. thank you. :')
_________________

note to self: 
'nana, next time if ada kelas pukul 8 pagi, sila jangan datang awal sangat macam budak skema. sebab apa? sebab lecturer tak skema. dia boleh datang sukehati dia. so, kita ikut cakap lecturer.'

wuih. pagi tadi pukul 6.30am je dah terpacak depan bilik air. sebab takot lambat siap. al-maklumlah, saya ni kan lembap nak bersiap. boleh berjanggut orang yang tunggu. HEH! kepada yang berkenaan, sila rahsiakan identiti anda. :D

di campus, KENAPA LECTURER TAK SAMPAI LAGI NI PADAHAL SEKARANG DAH PUKUL 9?!!?!?!?!?! ni yang nak marah ni. hamboih! sukehati dieeee je tak nak datang eh? surat mana surat? hahah. nasib baik tak pernah jumpa lagi lecturer tu, if tak, ketaq lutut dah weh. mana berani nak keluarkan statement di atas. hee.

&& kami, sebagai mahasiswa yang kreatif dan inovatif, mula lah buat hal sendiri. ada yang turun pegi makan. (ehem. saya bedal 3 biji donat. tapi still tak kenyang =.=') ada yang bersembang dalam kelas. (tak berbuih ke mulut korang?) 

TAPI!

the best part? ktorg buka mini library dalam bilik P401. tengok lah betapa rajinnya kawan kawan saya. ehh. okay lah okay lahh. tengoklah betapa rajinnya kawan kawan & saya. ktorg baca buku! hmpfh. korang ada ke buat? ada kee ada keee? hahaha. kan kerajaan Malaysia pun dah sarankan kempen membaca, kenapa tak buat? tak rugi masa korang lah. dapat improve lagi ada. so, marilah membaca. ;)

(yee. saya suka membaca. saya budak nerd. ada masalah?)
TAPI!

bila dah bosan membaca tu, mula lah buat benda benda lagho. ktorg mula kan sesi photoshoot dalam kelas. hamek kau! nak photoshoot sangat kan nana? hahah. takpe. time ni budak budak lelaki turun bawah pergi makan, so, we own the space. miahahaha. those girls were awesome! really. :)

oh then. dalam surau, lepas dah siap siap solat zohor semua, masing masing pun tempek bedak dekat muka sendiri. biasa lah tu. sebelum masuk surau, muka berminyak je, poyo je muka. bila dah keluar, perghh berseri seri. putih kot! HAHAHA. ehem. err. so tadi Jua minta tunjuk ajar Aqil cara cara untuk apply eyeliner. aww. suka tengok! hee. sebab itulah saya tangkap gambar ni. if tak suka, takde maknanyeee.

dalam kelas, guess what happened?

"NANA! nanti ko ajar macam mana nak pakai blusher!"
"NANA! nanti ajar aku macam mana nak belit shawl eh?"
"NANA NANA NANA! nanti ko tolong ajar aku pakai mascara."
"NANA! macam mana ko belit tudung ko hari ini weh? ajar aku."
& so on..

pening nak dengar yang mana satu. tapi takpee. saya suka mereka bertanya. :) so, malam ini meeting akan diadakan di bilik Jua. meeting apa? hahah! meeting on tutorial make ups & shawl. dorg kata, "malam ni nana bukak kelas dekat bilik Jua. jom korang ramai ramai kumpul bilik Jua. nana nak ajar." err. kawan kawan, saya bukannya reti sangat pun. tapi, saya ajar takat yang termampu lah ye? 

1/2 jam RM50 boleh tak? 
HAHA.

6 comments

aniza said...

bestnye korg...rndu..

Nana said...

meh la datang sini anizaaaa. kita lepak ramai2 :D

LORD ZARA 札拉 said...

setengah jam nak ambil RM 50?

=__="

sila kenakan pada kawan2, dah cukup banyak nanti kita pergi makan sushi eh?

Oh, Kak Zara main make up segala dengan belajar dari Youtube & articles. ROFLOL! (Bukti skema, nerd & almost geek)

Nana said...

hahah. itupun IF ada orang bayar lah. xD

eh? alaa. tu kira boleh jugak la tu make up kan kan? better than nothing :)

Nurul dot..dot..dot... said...

P401..klas history and theory of architecture last year..lps lunch je panjat tangga sampai tingkat 4..sampai2 je semua serbu kusi termengah2 haha

Nana said...

oh eh? wahhh. kita 'classmate'! hahaha. :P
gosh. betul. sampai atas je, nak cakap pun penat kot. T_T