musim mengawan sudah tiba

dekat kampung sejukk! pagi pagi, selsema terus. macam dekat oversea pulak, kena pakai sweater. =.='
oh lupa. Perlis kan tengah winter sekarang. haha.
________________

bulan November & Disember memang terkenal sebagai musim cuti sekolah mengawan. sebab apa? sebab time ni lah semua orang dok sibuk nak buat kenduri kahwin. sana sini sana sini ada orang kahwin. kad jemputan dekat rumah tu dah bersepah dah. sampai confused nak pergi yang mana satu. gahah. now pun, saya baru balik dari kenduri kahwin sebelah abah. err. cousin dia punya anak sedara? err. ENTAH! pegi je. :P

dalam minggu lepas pulak, saya baru attend lagi satu wedding. abang sulung kepada kawan baik saya, Fara. dekat Dewan PKPS Shah Alam. wedding dia cantik! suka sangat tengok. nak buat colour tu jugak boleh tak? sayang, kita tempah awal awal nak tak? mak, kakak dah decide dah kakak nak colour apa. abah, siap sedia duit untuk kenduri kakak okay? BHAHAHA!


ini perkahwinan antara dua negara, Malaysia & Indonesia. Johari & Citra. macam lagu 'Cintaku Tertinggal Di Malaysia' pulak. eh. tak ada kaitan. lupakan. to me personally, wedding mereka sangat sangat sweet & romantik. simple, but very intimate. I LIKE! :)

door gitfts dorg bagi cupcakes. tapi sayang, mine dah dibawa pergi. sebab tertinggal dekat meja. lepas tu tengok balik, hilang dah. huwaa. tak dapat nak rasa. T_T oh. dekat sana jugak, saya jumpa kawan kawan sekolah dulu. even kawan sekolah rendah jugak. wahhh rinduu! lama gila tak jumpa! rindu sangat rasa. semua pun dah besar besar. makin lawa, makin kacak. apalagi, jejak kasih lah sekejap. memang sembang tak ingat dunia. 

tapi part tangkap gambar tak payah cakap lah. itu kepakaran kami. especially yang tengah tulis ni. haha. jangan bagi saya nampak camera. confirm sengih besar besar nanti. kepada photographer, Razin Ramlee, thanks a lot ye. :') 

p/s: thanks Fara, for the photos.





congrats to the newlyweds.

2 comments

LORD ZARA 札拉 said...

Woot!

Lawanya theme wedding!

Nana said...

kn kn? comel. colour brown :)